Showing posts with label Resepi Bubur. Show all posts
Showing posts with label Resepi Bubur. Show all posts

18 June 2011

Bubur Biji Nangka By Kak Rose

Bahan-bahan ( 5 orang )
  • Bahan A
  • 200g tepung pulut
  • 140ml air suam
  • pewarna
  • Bahan B
  • 2 mangkuk santan
  • 6 sudu gula
  • secubit garam
  • 5 helai daun pandan
  • bahan C
  • 1 liter air
  • (kak rose tambah 2 sudu makan sagu biji)

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan A dan diuli sehingga sebati.Kemudian dibahagikan kepada beberapa bahagian dan diwarnakan dengan pelbagai warna yang disukai.
  2. Air didihkan di dalam periuk.Doh yang siap diuli akan digentel@bulatkan kecil seperti biji nangka dan dimasukkan ke dalam air mendidih..biji yang terapung diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  3. Bahan B dicampurkan ke dalam periuk dan didihkan.Akhirnya masukkan biji Nangka yang siap dimasak tadi...Bubur siap untuk dihidangkan..
P/s: Ambik resepi dari Kak rose punya resepi...Nanti nak try buat...cantik betul warnanya...betul tak?...

16 February 2011

PENGAT NANGKA BERSUSU

Bahan-bahan:

  • 500gm nangka
  • 1 liter santan pekat
  • 200ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200gm sagu
  • 2 helai daun pandan
Cara membuatnya:
  1. Masak santan pekat,daun pandan dan sedikit air sehingga sedikit mendidih.
  2. Kemudian masukkan garam dan gula...tunggu sebentar sehingga gula hancur.
  3. Kemudian masukkan sagu dan biarkan sagu kembang...,sedia untuk di hidangkan.

11 February 2011

Bubur Jagung (Minum Petang )

Bahan-bahan;

  • 500gm jagung frozen
  • 3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula perang
  • 2 sudu besar gula (sekiranya kurang manis)
  • 2 sudu besar sagu mata ikan (basuh dan toskan)
  • Garam
  • Daun pandan
Cara-cara:
  1. Masukkansemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk.
  2. Masakkan sehingga mendidih dan nampak sgu jernih.
  3. Masukkan santan pekat dan kacau perlahan2 sehingga mendidih sekali lagi.
  4. Hidangkan.

07 February 2011

Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan;

  • 300gm kacang merah
  • 2 cm halia-hiris
  • 1 daun pandan
  • 1 buku gula sira
  • 2 cawan gula pasir
  • 4 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu makan biji sagu
Cara penyediaan;
  1. Rebus kacang merah dengan 4 cawan air dalam periuk,sehingga kacang kembang.Masukkan halia,daun pandan dan garam.
  2. Masukkan gula sira dan gula pasir.Kacau hingga gula larut sepenuhnya.
  3. Masukkan santan kelapa cair dan biarkan hingga mereneh.
  4. Masukkan biji sagu dan santan pekat.Kacau berterusan.
  5. Setelah sagu kembang dan menjadi jernih berkilat,keluarkan daun pandan.
  6. Sedia untuk di hidangkan.Boleh di hidangkan panas-panas atau di sejukkan terlebih dahulu ke dalam peti ais.