Showing posts with label Resepi Nasi Minyak. Show all posts
Showing posts with label Resepi Nasi Minyak. Show all posts

29 May 2011

Nasi Minyak Terengganu

Hai Semua...Hari ni hari Ahad..Hari minggu....Cik Rose Cute Tak Kemana Pun....Duk Umah Jer....Because Abang Cik Rose Cute Koje.....Hehehe...Biasalah Keja Cutinya Tak menentu....Keja kilang sebagai Juru teknik.....Tapi Cik Rose Cute Tak kisah...ada cuti....Cik Rose Cute keluar jalan2 gan husband.Korang mesti dah prepare nak kemana.....kan...Cik Rose Cute bukan nak cerita benda ni....Cik Rose Cute Nak Share Satu resepi dari Aisya Humaira...Baru jer bukak blog dia and copy resepinya...hehehe..
Resepi Aisya Humaira

Bahan-bahan nak buat nasi minyak Ganu


  1. Beras
  2. 1 biji bawang besar di potong mayang
  3. 3 cm halia di ketuk
  4. 1/2 tin susu cair
  5. Marjerin (bagi klasik sikit )
  6. Minyak Masak
  7. Sirap & Sanquick
  8. Air mengikut sukatan beras
  9. 2 helai daun pandan
Rempah Kasar
  1. 2 biji butir limau
  2. 1 kuntum bunga lawang
  3. 5 biji bunga cengkih
  4. kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya
  • Panaskan kuali,masukkan sesudu marjerin bersama minyak masak
  • Masukkan rempah kasar,tumis sampai naik bau atau biji limau jadi kekuningan.
  • Masukkan 1 sudu bawang yang di mesin then bawang besar yg di hiris mayang dan halia yg telah di ketuk
  • Masukkan susu cair dan air mengikut sukatan beras.Pada mulanya masuk 1 cawan air (korang guna cawan sebagai sukatan beras  )
  • Masukkan sedikit sirap untuk buat nasi jadi colour merah sikit.Biarkan ia mendidih sekejap.
  • Masukkan bahan yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi elektrik.Tambah air sukatan beras.(Tadi Sebanyak mana korang nak masak.Contoh 3 cawan beras tambahkan lagi 2 cawan air ke dalam periuk nasi tadi.Seeloknya, lebihkan sedikit air ) Biarkan Ia mendidih sekejap.
  • Masukkan beras yg siap di cuci ke dalam periuk.
  • Masukkan sedikit garam
  • Selepas nasi kering @ masak, Masukkan sedikit Sanquick dan gaul rata.Biarkan nasi masak dalam periuk.
  • Ok dah siap untuk di makan.

11 February 2011

Nasi Minyak

Ni pun dari blog kak hanieliza,tgk cam best jer...nanti habis pantang boleh la buat...My hubby suka nasi minyak.Jangan marah ya kak...saya curi resepi...he.3

Bahan A;

  • 1 kg beras bathmati
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan susu cair (bancuh 1/2 cawan air )
  • 50 gm daun ketumber(Potong Pendek)
  • 50gm daun pudina
  • 1 cawan kismis kuning
  • 1 sudu besar pewarna kuning di bancuh dengan 1/2 cawan air.
  • Garam secukupnya.
Bahan B;
  • 3 ulas bawang merah(Di hiris)
  • 3cm halia ( Di hiris)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga.
Cara-cara:
  1. Beras di basuh dan di rendamkan selama 30 minit.Tapiskan..
  2. Masukkan bahan B di dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras,kismis daun ketumbar dan daun pudina.
  4. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair
  6. Curahkan bancuhan pewarna kuning ke atas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
  7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
  8. Gemburkan nasi perlahan dan hidangkan.