11 February 2011

Nasi Minyak

Ni pun dari blog kak hanieliza,tgk cam best jer...nanti habis pantang boleh la buat...My hubby suka nasi minyak.Jangan marah ya kak...saya curi resepi...he.3

Bahan A;

  • 1 kg beras bathmati
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan susu cair (bancuh 1/2 cawan air )
  • 50 gm daun ketumber(Potong Pendek)
  • 50gm daun pudina
  • 1 cawan kismis kuning
  • 1 sudu besar pewarna kuning di bancuh dengan 1/2 cawan air.
  • Garam secukupnya.
Bahan B;
  • 3 ulas bawang merah(Di hiris)
  • 3cm halia ( Di hiris)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum buah pelaga.
Cara-cara:
  1. Beras di basuh dan di rendamkan selama 30 minit.Tapiskan..
  2. Masukkan bahan B di dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan beras,kismis daun ketumbar dan daun pudina.
  4. Biarkan nasi masak seperti biasa.
  5. Bila telah masak siramkan bancuhan susu cair
  6. Curahkan bancuhan pewarna kuning ke atas nasi pada 3 tompok yang berasingan.
  7. Masakkan lagi sehingga nampak nasi cantik.
  8. Gemburkan nasi perlahan dan hidangkan.


No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠