11 February 2011

Kuih Seri Muka

Kuih seri ni..memang aku suka...ari tu dah buat tapi tak jadi...,dah la tak jadi tak cantik..tak tengok resepi main buat jer..sekarang dah ada resepinya...insya Allah..kali ni buat mesti jadi...

Untuk Bahan Lapisan Bawah:

Bahan2:

  • Saiz Loyang 22cm/3
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 sudu garam
  • 2sm minyak
Untuk Bahan Lapisan Atas:

Bahan2:
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140 gm gula
  • 3 biji telur
  • 450 ml santan pekat
  • 1/2 garam
  • 300 ml air tambah 10 helai daun pandan di kisar untuk di jadikan air pandan (bagi yang tak mudah nak dapatkan daun pandan boleh di gantikan dengan 1 st pandan peste)
Cara-cara untuk lapisan Bawah:
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu.Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan di rendam selama 10-20 minit.
  3. Toskan beras pulut(tak perlu lama2 rendam beras pulut sekejap pun boleh)
  4. Satukan semua bahan-bahan di dalam loyang dan di kacau sedikit agar minyak dapat di ratakan.
  5. Kukus di atas kukusan yang telah sedia mendidih selama 20-30 minit.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi.Siap untuk di lapis dengan lapisan atas.
Cara-cara untuk Lapisan Atas:
  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit pun boleh.
  2. Masukkan santan yang telah di larutkan dengan garam.Di ikuti dengan air pandan dan di pukul / di kacau lagi.
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dalam adunan tadi.Di pukul atau di kacau lagi agar tidak berbiji-biji.Hendaklah di tapis adunan ini dan siap untuk di kukus.
  4. Sekali lagi dengan kukus yang sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...,Letakkan loyang yang berisi pulut tadi tu...ke dalam kukusan dan dengan perlahan-lahan tuangkan lapisan atas.
  5. Kukus ia selama 45 min atau 1 jam.
PERINGATAN:Kuih ini hendaklah ia betul-betul sejuk baru ia mudah di potong dan cantik di hidangkan jadi selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠