09 February 2011

Persediaan Penting (Menjengah Alam Persekolahan(Petikan Majalah Keluarga)

Rasanya tak terlambat lagi untuk ibu coretkan di sini pasal persediaan penting Menjengah alam persekolahan kot.....(entah le....budak2 dah sekolah dekat 2 bulan..)



  1. Bijak mengatur kewangan-menghampiri January,tidak dapat tidak pasti ramai kanak-kanak yang kepingin hendak menggayakan kelengkapan serba baru apabila tiba sesi persekolahan.Jadi,adalah menjadi tugas dan tanggungjawab anda untuk mengatur belajawan keluarga secara bijak.Sebagai langkah awal,sediakan senarai ringkas perbelanjaan untuk persekolahan anak anda.Antaranya termasuklah yuran,tambang pengangkutan,buku,pakaian dan kasut.Letakkan anggaran kos yang diperlukanuntuk setiap satu dan jumlahkan kesemuanya.Kemudian bandingkan dengan bajet yang telah anda peruntukkan.Jika tidak selari,cuba kurangkan nilai setiap perbelanjaan agar ia tidak melebihi peruntukan yang sedia ada.Bahagi-bahagikan wang tersebut mengikut keperluan yang telah ditetapkan dan elakkan daripada berbelanja melampaui bajet terutamanya ketika membeli belah.
  2. Memilih Sekolah Yang Sesuai-Mewah dengan masyarakat majmuk,Malaysia memiliki pelbagai jenis sekolah.Antaranya seperti Sekolah Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,Sekolah Rendah Agama Integrasi,Sekolah Rendah Pendidikan Khas dan sebagainya.Lantaran itu,terserah kepada anda untuk memilih sekolah yang bersesuaian dengan anak terutamanya kalau dia baru sahaja melangkah masuk ke darjah satu.Sebelum membuat keputusan,anda harus ingat bahawa setiap sekolah mempunyai sistem serta indentitinya yang tersendiri.Perbezaan ini bukan sekadar dari segi persekitaran.Tetapi ia turut berlainan dari aspek peraturan,bahasa pertuturan,buku serta silibus.
  3. Proses Pendaftaran Sekolah-Selaku ibu bapa,anda harus ambil tahu akan tarikh,masa dan lokasi pendaftaran persekolahan anak anda.Sekiranya anda was-was atau tidak tahu,adalah lebih baik anda merujuk kepada sekolah terbabit.Proses pendaftaran mungkin mengambil masa agak lama.Oleh itu,adalah lebih baik kalau anda mengambil cuti seandainya ia berlangsung pada hari bekerja.Ini penting supaya proses pendaftaran berjalan lancar.Di samping itu,cubalah datang lebih awal daripada waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan serta kelam kabut kerana terlewat.Usah lupa membawa wang secukupnya untuk pendaftaran anak.
  4. Utamakan Pengangkutan Yang Selamat-Sama ada dekat ataupun jauh sekolah dari rumah anda,anda harus berfikir tentang aspek pengangkutan.Ia bukan sekadar untuk menyenangkan anak anda ke sekolah,tetapi ia juga sebahagian daripada langkah untuk memastikan keselamatan anak.Bagi anak yang baru masuk sekolah (darjah satu),membiarkan dia menaiki basikal ataupun berjalan kaki bersendirian atau dengan rakan seusia tidak di galakkan kerana keselamatan tidak begitu terjamin.Jika anda tidak dapat menghantar serta mengambilnya,pilihlah perkhimatan bas sekolah.Walau bagaimanapun, semak dahulu syarikat bas terbabit,keadaan kenderaan yang di gunakan serta cara pemanduan pemandunya.Pilihlah syarikat yang mengutamakan keselamatan penumpang.
  5. Menyediakan Pakaian Dan Kasut-Memiliki pakaian,stoking dan kasut sekolah baru tentunya menyeronokkan kanak-kanak.Jadi sediakan sedikit peruntukan untuk membeli kedua-duanya.Menyediakan sekurang-kurangnya dua pasang baju dan kasut sudah memadai.Dengan ini dia boleh memakai pakaian serta kasut yang bersih setiap hari.Meskipun begitu,membeli pakaian baru bukanlah suatu kemestian kerana tidak semua keluarga berkemampuan.Anda boleh menggunakan semula pakaian sekolah lama sekiranya ia masih elok dan boleh di gunakan lagi.Misalnya jika pakaian sekolah si abang masih boleh di gunakan si adik ,tidak salah sekiranya ia di gunakan semula.Anda boleh membasuh dan mencuci pakaian tersebut menggunakan bahan pencuci agar ia kelihatan cantik dan baru.
  6. Membeli buku dan peralatan menulis-Buku dan alat tulis merupakan antara medium wajib dalam keperluan pembelajaran anak anda di sekolah.Namun,anda tidak perlu berbelanja banyak.Sebaliknya belilah mengikut keadaan kewangan anda misalnya dengan membeli buku-buku teks dan juga buku-buku rujukan penting sahaja yang akan di gunakan pada sesi awal persekolahan.Anda boleh membelinya lebih awal bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku apabila membeli disaat akhir.Jangan membazir dengan memberikan anak begitu banyak alat tulis.Bilangan yang sedikit akan membuatkan anak anda lebih menjaga peralatan yang anda sediakan.
Tip-tip di atas ibu sengaja snapkan kat sini,mana tahu anak-anak ibu nak masuk alam darjah satu,boleh la..ibu baca kat sini..supaya ibu boleh beringat-ingat...takut nanti terlebih boros....Almaklumlah..anak pertama nak menempuh Alam persekolahan darjah satu.Buat masa sekarang kakak baru sekolah TBK...,baru 5 tahun...lambat lagi nak menempuh alam tersebut.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠