Author : Cik Rose Cute | 5:59 PM | 0Total Comments |
Jemput Bilis Daun Kunyit

Bahan (Anggaran)

  • 1/2 kg tepung gandum
  • 1 cawan ikan bilis-di mesin separuh hancur
  • 1 labu bawang besar (di dadu)
  • 1 tangkai cili merah- di cincang halus
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 helai daun kunyit- di hiris halus-halus
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya (Adunan mesti lembik sedikit,jika nak jemout lembut)
  • Minyak masak untuk goreng terendam.
Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak.Adun dan kacau sebati.(Pastikan adunan tidak kental,biar lembik sedikit)Biarkan sebentar dalam 10 minit.
  2. Panaskan minyak dan sudukan ke dalam kuali(guna jari pun boleh)
  3. Goreng dan balik-balikkan selalu hingga nampak kekuninggan.
  4. Angkat dan hidangkan dengan cili sos kegemaran.
Cucur Siti Nurhaliza

Bahan-bahan:
  • Susu sejat (1 sudu)
  • Bunga kantan( Di hiris halus)
  • Daun bawang(Di hiris Halus)
  • Roti Gandenia( Di potong halus)
  • Bawang besar(Di potong Halus)
  • Udang Kering(Tumbuk)
  • Tepung Gandum( separuh)
  • Telur ( 1 biji)
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak masak
Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan di atas kecuali minyak masak.
  2. Gaul semua bahan dengan menggunakan air hingga lembik dan sebati.
  3. Biarkan 10 minit baru di goreng menggunakan sudu atau jari anda.
  4. Siap untuk di hidangkan bersama sos kegemaran anda.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠