Kadang kala apabila kita memasak,ada kalanya kita terlebih memasukkan garam dan hasilnya masakan menjadi terlalu masin.Keadaan ini akan menyebabkan masakan tidak enak dan selera terbantut.Jika kita berhadapan dengan masalah ini,apa kata anda potong bawang besar sebanyak tiga atau empat labu dan masukkan ke dalam masakan berkenaan.Insya Allah rasa masin akan berkurangan dan masakan menjadi lebih enak.
Cengkih Harumkan nasi
Nasi yang enak dan harum baunya pasti disukai ahli keluarga.Apa kata anda mencuba petua ini untuk membuatkan nasi di rumah bertambah enak.Sebaik sahaja selesai mencuci beras,masukkan beberapa kuntum bunga cengkih dan secubit garam ke dalam beras yang di tanak.Kemudian tanaklah beras seperti biasa dan anda akan dapat hasilnya beras di hidangkan berbau harum dan juga putih bersih.
Kekalkan kesegaran halia
Halia adalah satu daripada herba dalam bahan masakan masyarakat kita.Bagaimanapun kesegaran halia tidak tahan lama dan cepat mengecut serta kering.Cara untuk mengekalkan kesegarannya adalah dengan menanam halia dalam tanah dan siram setiap hari.Apabila hendak menggunakannya, ambillah secukupnya sahaja.Dengan kaedah yang mudah ini halia sentiasa segar dan secara tidak langsung anda turut mempunyai pokok halia di rumah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠