19 February 2011

PAU PANDAN ( CHEF ZAM )

Bahan-bahan yg di perlukan:

  • 500gm tepung khas pau atau tepung Hongkong
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu besar gula
  • 6gm yis
  • 2 sudu besar lemak sayuran
  • 250ml air suam
  • 1 sudu kecil pandan emulco
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau
  • Daun pandan-untuk lapik di bawah pau
Cara-cara:
  1. Campurkan ke semua bahan kering ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan air suam,sedikit demi sedikit sambil di uli hingga doh menjadi kenyel serta tidak melekit di jari.
  2. Bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan uli lagi sehingga benar2 licin
  3. Rehatkan doh di dlm 2 biji mangkuk dan tutupkan dengan tuala basah sehingga doh naik 2 kali ganda dari saiz asal (30-1 jam)
  4. Tumbukkan doh untuk mengeluarkan gas yg terperangkap dan uli lagi selama 5 minit.
  5. Bahagikan doh menjadi doh dan pastikan intinya tidak bocor.Letakkan sekeping kertas minyak kecil di bawah setiap doh sebagai alasnya.(daun pandan pun boleh)dan rehatkan doh selama 30 minit lagi sebelum di kukus.
  6. Di kukus selama 10 minit sahaja...
INTI KELAPA:
  • 200gm kelapa parut
  • 2 ketul gula melaka
  • 50gm gula pasir
  • 1 gelas air.sedikit garam
  • 1 helai daun pandan- di simpul
Cara-caranya:
  1. Masak gula melaka dan daun pandan dengan air dan biarkan cair
  2. Campurkan dengan gula pasir dan sedikit garam
  3. Kemudian tapis dan masukkan pula ke dalam kuali.
  4. Akhir sekali masukkan kelapa parut dan gaul rata sehingga kering.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠