03 February 2011

Rendang tanpa santan

  • 1 ekor ayam (potong 40 ketul)
  • 2 inci lengkuas
  • 1 ketul halia
  • 6 labu bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cilipadi
  • 12 batang serai (racik)
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 ketul kunyit hidup (2 inci)
  • daun kunyit (racik)
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Membuatnya:
1-Lengkuas,halia,bawang besar,bawang putih,cilipadi,kunyit hidup,serai (Blender semua bahan ini)
2-Bahan yang di blender tadi masukkan ke dalam kuali,kacau.
3-Masukkan ayam telah di potong 40 tadi,gula melaka,garam secukupnya dan masak dengan api perlahan,kacau supaya semua bahan sebati.
4-Bila sudah agak-agak masak ayam serta rasanya dah okey angkat.
5-Seperti biasa tabur daun kunyit yang telah di racik tadi,selepas rendang ayam sudah sejuk.
6-Resepi ini dari abang asri (kelantan) tak payah guna santan untuk kesihatan.

2 comments:

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠