07 February 2011

Resepi spagetti (Teratak Chetam )

Spagetti Ala Melayu

Bahan-bahan;
  • 3 labu bawang besar-Cincang
  • 2 ulas bawang putih-Di mayang
  • 2 batang daun selari-cincang
  • 1 biji lada hijau-cincang
  • 2 batang lobak merah-hiris halus
  • 125gm cendawan butang
  • 4 biji tomato-hiris agak halus
  • 2 biji cili hijau-tumbuk
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 250 gm daging cincang
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 bungkus spagetti 
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa  
Cara Membuatnya;
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
  2. Masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Masukkan bahan daun saleri,lada hijau,lobak merah dan cendawan butang.Kacau sebentar.
  4. Masukkan bahan tomato,cili hijau,sos tomato puri,daging cincang dan air secukupnya.
  5. Masukkan garam,gula dan lada sulah.Kacau sebati.
  6. Biar kuah agak pekat dan angkat. 
Cara Menyedia spagetti;
  • Didihkan air bersama garam dan masukkan spagetti.
  • Masukkan 1 sudu besar minyak bila hampir lembut dan toskan.
Spagetti Berkuah
  
Bahan-bahannya;

  • 850 ml air
  • 200 ml santan
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 2 kiub pati tom yam
  • 2 camca besar kerisik
  • 1 camca teh gula,garam 
Bahan Di kisar;
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 4 biji cili merah
  • 4 sudu besar bawang goreng.
Cara membuatnya;
  1. Panaskan minyak,tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan air,santan,pati tom yam,kerisik,gula,garam.
  3. Kacau dan biar mendidih.Reneh selama 10 minit.
  4. Siap (300 gm Spagetti,rebus ikut arahan bungkusan)
  5. Hidang di hias dengan lobak merah parut,telur puyuh rebus atau telur ayam,tomato dan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠