NASI GORENG PATTAYA (DARI KAK UMMI)

Author : Cik Rose Cute | 3:00 PM | 0Total Comments |
Bahan-bahan-anggaran saja

  • 3 mangkuk sedang nasi putih.
  • 3 tangkai cili merah-di tumbuk.
  • 4 tangkai cilipadi -di tumbuk.
  • 1 labu bawang besar- di dadu.
  • 3 ulas bawang putih -di cincang.
  • 150 gm isi ayam- di potong kecil2
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/2 batang lobak merah-di hiris batang mancis
  • 6-8 urat kacang panjang.
  • 2 sudu besar kicap pekat manis.
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah.
  • Garam secukup rasa.
  • Minyak untuk menggoreng nasi.
UNTUK TELUR DADAR NIPIS:
  • Dapatkan 2 keping telur dadar nipis
  • 4 biji telur
  • SEdikit garam.
Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yg di tumbuk hingga naik bau dan cili garing sedikit dengan api sederhana.
  2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam-kacau sedikit.
  3. Masukkan kicap dan lobak merah-kacau sebentar.
  4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
  5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah.Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
  6. Tutup api dan ketepikan nasi.
  7. Panaskan Non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telur yg telah di pukul sikit tadi,bahagikan untuk 2 keping dadar.
  8. Masak  dengan api perlahan (tutup pan)
  9. Bila telur telah masak,tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yang sesuai dan telangkupkan aje ke atas telur dadar dalam kuali tadi.Buat lipatan telur tepi,telur menutupi nasi.Ambil pinggan sesuai dan tekapkan nasi yang telah di bungkus dengan telur tadi dan telangkupkan @ terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
  10. Picitkan soso di atas telur dan hidangkan.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠