14 February 2011

Hospital Banting

Salam....
Hari ini..pukul 6.00am...ibu dah bangun....sembahyang subuh,mandi dan terus bersiap untuk ke hospital Banting.Si haziq dah bangun..,dia menyuruh ibu bukak tv..ibu bukakkan...emmm..biasalah si haziq kalau menonton tv cerita kartun..mesti ada botol susu dekat mulutnya...susu tak minum..cuma nak kebab kat mulut...itulah perangai si haziq..anak ibu yang no dua.
Abah gan kakak belum bangun lagi...,biasalah abah katanya nak bertolak awal..tapi dia masih membuta.
Dah hampir pukul 6.40am,baru lah ibu kejutkan abah gan kakak.Si kakak bila tengok ibu dah siap lawa mulalah tak nak ke sekolah.Di pujuk barulah nak mandi dan pakai baju sekolah.Itupun dalam siapkan dia airmatanya asyik mengalir nak ikut sekali..ibu pergi ke hospital Banting.Ibu cakap gan dia..ibu nak check baby kakak barulah..airmatanya berhenti mengalir.Dah siap..Ibu hantar kakak kat jiran sebelah.Waktu kakak ke sekolah lambat lagi...pukul 8.00am baru van sekolahnya datang...
Barulah ibu bertolak ke hospital Banting...waktu pagi2 ni..biasalah jalannya jem...lambat jugaklah nak sampai kesana...pukul 7.35am baru sampai.
SAmpai sana..Ibu ingatkan area pesakit luar...,tapi bukan..area pesakit pakar.Nasib baik abah belum parking kereta lagi..kalau tak mengamuk laki aku ni....,bisik ibu dalam diam.Dari jauh ibu tengok abah korner balik keretanya.Kitaorang cari bahagian pakar kat belakang bangunan kecemasan.Sampai kat sana ibu terus register kad buku merah dan duduk sementara menunggu ambik no giliran.Biasa la..hospital kerajaan mesti lama nak buat apa-apa hal..(kalau sesiapa pernah pergi hospital kerajaan tentu tahu..).
Akhirnya dapat no giliran 3503....tak lama kemudian abah datang dengan si haziq.No ibu di panggil tapi bukan untuk jumpa doktor..tapi jumpa nurse kat dalam..timbang berat gan check darah tinggi ke tak.Dah siap semua tu..barulah keluar,sebelum tu nurse ada tanya dah makan atau belum,ibu cakap belum...,diaorang suruh ibu pergi makan terlebih dahulu kemungkinan doktor belum sampai.Ibu & abah pergi kantin hospital...nasi lemak dah beli dah..kat tepi jalan..cuma order air jer dua...abah ada ambik bihum goreng..ingatkan nak suap untuk haziq tapi pedas sikit,haziq tak nak makan.
Dah siap makan barulah kitaorang masuk kat situ balik.Sebenarnya jumpa doktor bukan apa...Ibu nak bersalin kat hospital banting..tak nak pegi hospital klang...sebab ibu tak ada masalah apa-apa pun..darah tinggi tak ada,kencing manis tak ada,cuma bersalin sebelum ni...ibu Operate..tu yang diaorang cam tak bagi jer nak bersalin kat sana.Sakit hati betul...tapi tak kisah la...21/02/2011..diaorang suruh datang lagi...malas nak layan...ibu dah dekat nak bersalin dah...Abah bagitahu kita pergi klang jer lah...nak buat camna?Lantak la..doktor suruh datang pada tarikh tu...bukannya ada problem apa-apa pun...cuma doktor tu nak tahu boleh bersalin normal atau tak....Betul jugak cakap abah tu...nanti pening pulak kepala ibu...campur pulak dah dekat nak bersalin ni...lagi 24 hari lagi.Kadang-kadang Doktor ni buat kita sakit hati jer...Abah dah mara-marah...lagi la..ibu sakit hati..,abah tak nak ikut masuk..dengar apa yang doktor cakap...biasa la..lelaki..semuanya nak senang jer...betul tak kawan-kawan blog yang dah kawin...?

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠