21 February 2011

NASI 3 WARNA (DARI BLOG KAK ZANA FAHMI)

Mari kita mencubanya...


Bahan-bahan (4-6 orang)

  • 3 cawan beras (beras basmathi pun boleh)
  • 3 cawan air
  • Pewarna merah,hijau,kuning dan secubit garam
  • 1 ketul stok ayam (knorr @ maggie)
  • Beberapa helai daun pandan
  • 2 sudu makan marjerin
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara-cara:
  1. Cucu beras dan toskan
  2. Blend bawang besar,bawang putih dan halia
  3. Panaskan periuk dan masukkan marjerin hingga cair
  4. Tumiskan bahan yang telah di blend hingga naik baunya.
  5. Masukkan 3 cawan air,stok ayam @ maggie,garam dan daun pandan (takde daun pandan gantikan serai pun tak per)
  6. Masukkan beras dan masak hingga nasi kering.
  7. Setelah nasi kering,buatkan lubang dengan belakang sudu pada 3 bahagian yg berbeza dan masukkan sedikit ketiga-tiga pewarna ke dalam lubang yang berbeza.
  8. Biarkan hingga nasi masak
  9. Kacau nasi setelah betul2 masak.

No comments:

Post a Comment

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠