Showing posts with label Tentang Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Tentang Lelaki. Show all posts

18 October 2013

Masing-masing ada kelemahan Pasangan Suami Isteri

Assalamualaikum..

Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri...petikan lagu dari nyanyian Allahyarham P.Ramli...di sini ingin aku kongsikan tentang kes2 yang berlaku di kalangan pasangan suami isteri...aku terbaca dalam satu artikel..terus aku type di sini...




DALAM msyarakat kita cukup banyak kes yang terjadi dikalangan pasangan suami isteri.Walaupun pasangan ini sudah berkahwin lama atau pun baru,tetapi kes-kes yang terjadi dikalangan mereka paling banyak dan cukup menyulitkan.Masalah rumahtangga merupakan masalah besar.Pada kadi,dan mereka yang menjadi juru nikah merupakan orang-orang yang paling banyak menyimpan rahsia suami dan isteri.

    Apa tidaknya,kepada merekalah tempat pasangan suami isteri mengadu hal masing-masing sekiranya berlaku krisis.Di isteri dengan masalahnya dan tidak tahan dengan perangai suami lalu mengadu kepada pihak kadi.Begitu juga dengan suami.Tidak tahan dengan karenah isteri yang tidak boleh di tegur dan dilarang,akhirnya akan mengadukan masalahnya kepada kadi juga.Justeru itu,kadilah yang banyak sekali menyimpan rahsia mereka,sama ada rahsia zahir mahupun rahsia batin.




    Dalam kisah-kisah yang berlaku dikalangan pasangan suami isteri ini,maka para suamilah yang kadang-kadang banyak membuat aduan.Diantara aduan-aduan itu termasuklah: "kami tidak merasa bahagia dalam kehidupan perkahwinan kami."Isteriku tidak mengimbangi cintaku kepadanya.Isteriku cepat marah.Isteriku cepat naik angin.Isteriku paling kuat cemburu."Isteriku seorang egois.Isteriku banyak minta itu dan ini.Isteriku tidak fikir langsung tentang kesusahan suaminya...,"Isteriku banyak menimbulkan masalah.."dan ada seribu satu masalah yang di timbulkan oleh para suami bila membuat aduan ke pejabat kadi.

     Apakah semua aduan itu benar?Apakah pihak yang menerima aduan akan terima bulat-bulat akan aduan itu?Keluhan yang dicurahkan oleh para suami biasa begitulah caranya.Mereka merasakan seolah-olah tidak bahagia hidup dalam perkahwinan mereka.Tetapi bagi setengah-tengah kadi yang menyimpan rahsia pasangan ini mendapati penyebab utamanya jadi begini bersumber dari para suami itu sendiri.Kerana suami tidak pandai memilih isteri dan tidak menjadi isterinya yang akan bertanggungjawab  terhadap rumahtangganya dan juga anak-anaknya kelak.



     Kadang-kadang ada masalah yang di timbulkan oleh seseorang isteri bermula dari suaminya sendiri.Maksudnya,awal mula penyebab timbulnya sesuatu masalah dari si suami lebih dahulu.Adakalanya si suami suka membesarkan suatu masalah dan melupakan kebajikan,sehingga masalah yang kecil diperbesar sehingga sebesar-besarnya.Si suami biasanya akan ikut emosinya dengan pelbagai curiga dan buruk sangka.

    Seharusnya dia mengkoreksi dirinya sendiri lebih dahulu sebelum menyalahkan orang lain.Seorang yang tidak mampu mengatur dirinya sendiri,mana mungkin dia boleh mampu mengatur diri orang lain?Soalnya,bersabar melihat kekurangan seseorang isteri merupakan cara terbaik,sebab,setiap orang pasti akan menghadapi kekurangan,lupa dan salah.

    Nabi s.a.w. pernah menerangkan bahawa kekurangan dan kekeliruan watak dominan setiap wanita.Seorang lelaki yang bergaul dengan seorang wanita,hendaknya memahami watak ini agar dia selalu bersikap baik kepadanya,walau pun wataknya memang begitu.Rasullullah s.a.w. dalam satu sabdanya yang ertinya:"Berpesanlah yang baik kepada kaum wanita,ia dijadikan dari tulang rusuk,sesungguhnya yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas,jika engkau luruskannya dengan kekerasan,maka engkau akan mematahkannya,jika engkau membiarkannya,maka ia tetap bengkok,maka berpesanlah yang terbaik bagi kamu wanita."(Mutaffaq 'aliah).

     Imam Nawawi berkata:Maksud dari hadis di atas,Nabi s.a.w. menyuruh kaum lelaki untuk bersikap lemah lembut dan bijak kepada kaum wanita dan bersabar atas berbagai kekurangan dan lemahnya akal mereka,dan melarang perceraian tanpa sebab,dan bersikap keras terhadap mereka."


Nota Pink: Untuk pasangan Suami Isteri kena harus banyak2 bersabar dalam menempuh liku2 kehidupan...betul tak? Nasib baik aku gan hubby jarang sangat bergaduh hihihi

26 October 2011

Kecantikan Lelaki



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.

23 May 2011

Cinta Seorang Pemuda

Salam Buat warga blogger.Dah lama aku tak tulis n3 aku ni...,pasti korang boring aku asyik duk layan "Contest/Ga jer kan....hehehe...Hari ni aku ada mood sikit...nak tulis n3....Tentang 'cinta seorang pemuda'
  • Saya suka sangat tengok jari jemari teman wanita saya,cantik betul.Sungguh! Sampai saya takut nak pegang.Bukan takut jari jemarinya patah, tapi takut nanti jari jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa
  • Saya suka sangat tengok rambutnya.Cantik betul....Sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung.Bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup  macam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila.........takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa.
  • Saya suka sangat tengok body teman wanita saya.....solid betul. Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan kekasih dia Yang Utama, dia jaaaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya . Saya pun tumpang dapat pahala....syoknya!
  • Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,tidak makan sebab rindukan saya.Saya pun macam itu juga.Si dia tanya, 'Apa ubatnya, bang?' Saya pun bagi dia Al-quran sebagai penenang jiwa.....semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.
  • Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam: "Makan , minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok.....nanti awak sakit saya juga yang susah hati.....bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas Asar dan Maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. Aduuuuuuh.....berdosanya saya!
  • Saya memang sayang sangat pada dia.Saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber 'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
  • Doa kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami.....semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya, di syurga nanti. Amin.......


P/s: Betapa bertuahnya seorang gadis mendapat pakwe sepertinya.....