Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

12 September 2014

Qi Razali & Nelydia Senrose Pakai Baju Pengantin Sweetnya...

Assalamualaikum....

Dah lama blog menyepi...hari nie sibuk pulak nak story pasal Nelydia Senrose dengan pasangannya Qi Razali.
Gambar  nie di ambil untuk photoshoot perkahwinan bersempena dengan majalah inspirasi pengantin. kalau korang beli majalah Inspirasi..adalah gambar mereka berdua....Sweet tak? hihihi..Cantik betul Nelydia Senrose buat rambut stail Allyssa dlm movie Frozen...Korang layan jerlah gambar di bawah...Dah macam real nak kahwin dah...

gambar kahwin qi dan nelydia

gambar kahwin qi dan nelydia
gambar kahwin qi dan nelydia
gambar kahwin qi dan nelydia
gambar kahwin qi dan nelydia
gambar kahwin qi dan nelydia

Bila lagi Qi razali...cepatlah pinang Nelydia kahwin cepat2...

12 July 2014

WAJAH ANAK AMAR ASYRAF - 'AMAR TAUFIQ'



Comelnya....anak Amar Asraf nie....geram tengok...


Sebelum ini, Amar Asyraf memuat naik gambar dia mendukung anaknya (tanpa memperlihatkan wajah), tapi terkini menerusi laman instagramnya, Amar akhirnya telah berkongsi wajah anaknya itu yang diberi nama Amar Taufiq. 

"Saya dan isteri telah sepakat memilih nama Amar Taufiq sebagai nama anak sulung kami," ujar Amar di status terbarunya itu. 

Jom tengok! 

 

Kredit Sini

13 April 2014

Engku Emran Mahu Rujuk Erra Kembali?

Assalamualaikum...Jom! layan gosip bekas suami Erra Fazira mau rujuk kembali.....Apa salahnyakan....kesian Engku Aleesya...




Punca Sebenar Engku Emran Mahu Rujuk Erra Kembali? Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mungkin itu adalah peribahasa paling tepat buat tiga beranak ini iaitu, Engku Emran, Erra Fazira dan Engku Aleesya yang pernah melalui hari-hari sukar dalam kehidupan mereka.
Ini kerana, baru-baru ini ayat yang ditulis oleh Engku Emran melalui Twitter dan Instagramnya seolah membayangkan yang dia masih sayangkan Erra! Atau lebih tepat lagi, masih ada rindu dalam hati. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
091b5accc24e11e38d0c0002c9dc0ec4_8
“Salam ALL… ok this wil be my last pix for tday and id like to dedicate this posting to ALL of u who hv doa-ed fr the best for this innocent girl’s parents… tq fr giving me the idea to create the hashtag on her baju… we were in KLCC last nite to look fr a place that can do as such but failed… 
“But Alhamdulillah tday Aleesya n I managed to find a shop that wud do it… last nite Aleesya n I had an intimate chat again… i asked her if she wud help me win back Mom… and she replied YES!!! (Saya bertanya apakah dia mahu membantu saya memenangi semula Ibu … dan dia menjawab YA!!!) wtout hesitating followed by a looooong giggle… Aleesya only giggles when shes v excited…

11 April 2014

Kisah Cinta Emma Maembong Dan Zizan Pelawak

Assalamualaikum...layan gosip jap...lama tak bergosip hihihi

BERBULAN menyembunyikan kisah cinta akhirnya terpaksa akur, memang wujud kasih sayang di antara mereka. Tidak menolak ada yang meragui keterbukaan kisah ini, bagi Emma Maembong ada sebab yang lebih kukuh mengapa dia memilih untuk merahsiakan hubungan ini terlebih dahulu.
Jujurnya selepas selesa dengan status terbarunya sebagai kekasih Zizan Razak, ada yang ingin mengetahui bagaimana sikap sebenarnya terhadap hubungan ini. Menyusup beberapa kisah sebelum ini ada yang melabelkan gadis kacukan ini sebagai “pengongkong". Terkejut untuk mengetahui telahan tersebut, bagi Emma tiada asas untuk dia berubah sedemikian rupa.
“Kalau saya suka kongkong, baik saya jangan berkawan dengan artis. Jelas, saya sendiri tahu bagaimana skop kerja di dalam bidang ini. Saya dan Zizan meletakkan kepercayaan sebagai perkara utama. Saya percaya dia dan dia percaya saya. Selebihnya terpulang pada diri masing-masing. Mungkin saya muda, tetapi saya lebih suka bersikap matang dalam hal sebegini," katanya.
Menafikan kontroversi yang melanda kedua mereka sebelum ini memberi tekanan dalam hubungan, ada batas yang perlu dipersetujui bersama sepanjang tempoh percintaan. Namun pengakuan wanita berusia 21 tahun ini bukanlah bermakna untuk mengelak kisah tidak enak mereka terus diperdengarkan.
“Saya juga pernah berada dalam hubungan lain sebelum ini, malah ketika itu saya belum lagi dikenali. Tetapi memang cerita-cerita tidak benar ini cukup mudah keluar tanpa bukti yang kukuh.
“Dan bila terus-terusan hubungan saya dan Zizan dikontroversi, saya tahu ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan Zizan sendiri memang sudah dikenali," katanya.
Tidak ada sebab untuk mereka terus menjadi orang lain, pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail, dia dan kekasihnya itu kini akan terus menjalani kehidupan yang sama. Tidak terbit rasa takut untuk mempamerkan cinta, bagi Emma itu bukan soal mahu menunjuk.
“Bukan saya mahu menunjuk, malah selepas kontroversi yang melanda itu kami masih seperti biasa. Jujurnya saya suka berkongsi, jadi saya akan jadikan laman sosial saya untuk memberitahu peminat mengenai aktiviti saya. Bukanlah asyik kongsi kisah cinta sahaja," katanya.
Utamakan Ayah
Hubungan yang kini sudah diketahui umum, jauh di sudut hatinya tiada apa yang lebih penting dari kemahuan ayahnya sendiri iaitu Ismail Embong yang juga pelukis terkenal negara. Keputusan untuk lebih sensitif dalam soal berpakaian dan pergaulan juga ada kaitan dengan 'lelaki nombor satu' dalam hidupnya itu.
“Memang saya mahu mulakan sedikit demi sedikit. Ayah ada buat permintaan ini, jadi saya ambil keputusan untuk hormat dia. Zizan tidak ada kena mengena dengan keputusan yang dibuat ini," katanya.
Bercerita momen pertama dia membawa Zizan bertemu ayahnya, jelas Emma status Zizan bukan perkara yang dipandang. Pembawakkan diri Zizan, serta penggunaan dialek Terengganu, menjadikan Zizan cepat selesa dengan ayahnya.
“Zizan lelaki pertama yang saya bawa pulang bertemu dengan ayah. Jujurnya ayah tidak pernah tanya apa hubungan kami tapi saya yakin dia tahu. Dia tidak kenal Zizan siapa, tetapi mereka cepat mesra kerana Zizan menggunakan dialek Terengganu.
“Sama juga saya dengan ibu Zizan, memandangkan kami masing-masing memahami dialek Terengganu, jadi hubungan itu lebih mudah terbina," katanya.
Mencuit hati Emma tentang kisah bernikah, nyata gadis ini tidak goyah. Setiap butir perkataan yang disampaikan cukup tersusun. Katanya di kala ini perkahwinan bukan destinasi pilihan lagi.
“Memang Zizan ada kata akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini, tetapi itu sebelum kami dalam hubungan.
“Jujurnya saya tidak ada perancangan ke arah itu. Bila itu tidak pasti, mungkin selepas ayah saya membenarkan," katanya tersenyum.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140411/hi_01/Dia-lelaki-nombor-satu#ixzz2yZ0EtBCi
© Utusan Melayu (M) Bhd 

04 March 2014

Rozita Che Wan tanpa make-up Kelihatan Lebih Muda

Assalamualaikum...

Dah lama menyepi....huhuhu....sibuk mengedit blog orang dan juga sibuk mengemas rumah...yg penuh habuk gara2 renovate kat depan rumah...banyak betul habuk...Hari nie hujan begitu lebat Alhamdulillah...syukur sangat2....Nak bergosip jap...dah lama tak bergosip kikiki


Gambar Rozita Che Wan tanpa make-up lebih cantik - Mungkin tidak ramai peminat yang pernah melihat gambar Rozita Che Wan tanpa memakai make-up di wajah. Ini kerana, isteri Zain Saidin itu jarang berkongsi gambar peribadi untuk tatapan peminat.

Apapun, anda tidak perlu tercari-cari lagi Rozita tanpa make-up. Admin ada sertakan gambar beliau tanpa make-up di atas yang kelihatan lebih cantik dan muda dari usianya.

Kebanyakkan pengikut fanpage rotikya mengakui pelakon itu lebih muda jika tidak mengenakan sebarang make-up. Mari baca beberapa komen peminat tentang gambar Rozita tanpa make-up di bawah.


Comel cik ta tak pakai make-up....nampak muda dari umurnya....patutlah Zain Saidin terpikat...kalau pakai tudung lagi cantik cik ta niekan...

09 February 2014

Senarai Pemenang Anugerah Meletop ERA 2014

Assalamualaikum....

Anugerah Meletop Era....Jom! tengok siapa yang Meletop....walaupun aku tak tengok kat TV....hihihi...



Nampaknya Zizan memang meletop di Era dengan memenangi 4 kategori...Tahniah Zizan...

1-Top Top Meletop (Lelaki)
Zizan Razak

2-Top Top Meletop (Wanita)
Zara Zya
3-Lagu Meletop
Bahagiamu Deritaku (Hafiz Suip)
4-Penyanyi Meletop
Hafiz Suip
5-Grup / Duo Meletop
Dato' Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
6-Program Radio Meletop
Johara Pagi Era

7-Penyampai Baru Radio Meletop
Nabil (Era fm)
8-Filem Meletop
KL Gangster 2
9-Bintang Filem Meletop
Aaron Aziz (KL Gangster 2)
10-Program TV Meletop
Maharaja Lawak Mega 2012
 11-Bintang TV Meletop
Jep (Super Spontan 2013)
`                                                       
12-Bintang Siber Meletop
Zizan Razak
13-Couple Meletop
Nabil Ahmad & Zira
14-Artis Baru Meletop
Zara Zya
15-Fesyen Meletop
Zizan Razak
16-Artis Serantau Meletop
Sleeq
17-Anugerah WeChat Meletop
Zizan Razak


Sekarang nie macam2 anugerah ada...untuk hiburankan....

21 January 2014

Rita Rudaini Dan Gambar Bekas Suami Pertama

Assalamualaikum....

Tadi terbaca kat satu blog tentang suami pertama Rita Rudaini...first time aku tgk rupa suami Rita Rudaini...yg pertama...rupa-rupanya suami petamanya pengulas sukan iaitu Akhbar Shaari...you all tahu ke...atau aku yg belum tahu..Dibawah biodata sepenuhnya Rita Rudaini





Nama penuh: Rita Rudaini Mokhtar

Nama panggilan: Rita Rudaini 

Tarikh lahir: 11 April 1976

Tempat lahir: Kampung Sentua, Utan Aji, Kangar, Perlis

Tinggi: 160sm

Berat: 55 kilogram

Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia

Kerjaya: Pelakon dan model.


-Adil Zafuan - turut berpisah pada tahun 2013.


-Akbar Shaari - berkahwin pada 23Mei 1999,merupakan seorang pengulas sukan. Berpisah pada 2001. 

08 January 2014

David Teo puji Nora Danish pakai tudung manis dan cantik

Assalamualaikum....tadi belek2 instrgaram artis...terbaca satu instragram iaitu pengarah yang tidak asing lagi David Teo.Wah....walaupun David Teo bukan Islam...tapi dia puji jugak artis yang pakai tudung nie ya...

David Teo ada tag satu gambar Nora Danish sedang memakai tudung....dengan satu ayat "bertudung lagi cantik",nampaknya David Teo pun suka Nora Danish bertudung....hihihi....memang cantik Nora bertudung....nampak baik jer....nampak comel jer....nampak alim jer.....Sama-sama ler kita doakan semoga terbuka pintu hati Nora Danish ya......

Memang cantik...Nora Danish bertudung.....

25 December 2013

Cinta Tidak Di Restui..Akhirnya Johan Dan Lana Mengakhiri Perhubungan Mereka

Assalamualaikum....

Korang pasti dah tahu berita perpisahan yang di umumkan sendiri oleh Johan yang mengakui hubungan cinta mereka itu telah putus kelmarin kerana keluarga Johan tidak dapat menerima Lana Nordin.Menurut Johan, dia terpaksa akur biarpun masih sayangkan Lana namun terpaksa bertindak demikian demi memilih keluarganya...Apa boleh buat...tiada jodoh...kan...sabar jerlah Johan...


ohartis-lana-nordin-johan-as'ari

“Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana.
“Keadaan saya cukup tersepit, umpana diluah mati mak, ditelah mati bapa. Syurga di bawah telapak kaki ibu saya. Jika pilihan saya tidak mendapat restu keluarga , saya anak derhaka.
“Saya minta maaf, Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana.
“Saya bimbang harapan kami tidak kesampaian. Kami tetap berkawan selepas ini.” katanya ketika ditemui di Istana Budaya semalam.



Sebelum ini, nama Johan hangat diperkatakan kerana melamar Lana Nordin selepas 3 hari bertemu sedangkan dia kelihatan begitu rapat dengan penyanyi Shila Amzah. Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan mereka, hinggalah Shila menjauhkan diri dari Johan dengan menyekat Johan daripada menghubunginya.

Sesuatu hubungan perlulah mendapat restu ibubapa...barulah kekal bahagia...

14 December 2013

Qi Razali Masuk Hospital Akibat Sakit Leher, Tulang Belakang

Gambar Qi Razali yang menerima rawatan. Gambar dimuat naik di akaun Instagram Nellydia Senrose.
PETALING JAYA: Pelakon Qi Razali telah dimasukkan ke Pusat Pakar Ortopedik Quill Taman Tun Dr Ismail di sini pada tengah hari Khamis lalu akibat mengalami sakit leher dan tulang belakang kronik.
Kekasihnya pelakon Nelydia Senrose berkata, Qi sering mengadu sakit leher dan tulang belakang sejak terlibat dengan kemalangan sebulan lalu namun selepas penyakit itu semakin serius, Qi membuat keputusan untuk melakukan rawatan di hospital dengan segera.
"Sebelum ini Qi menganggap ia hanyalah sakit-sakit biasa selepas kemalangan lebih-lebih lagi dia telah membuat ujian sinar-X di sebuah klinik dan doktor tersebut berkata, tiada yang serius.
Nelydia Senrose
"Tetapi sejak akhir-akhir ini sakitnya makin menjadi-jadi dan kerana itu dia terus mendapatkan rawatan di hospital dan dia terus ditahan untuk memudahkan doktor membuat rawatan secara terperinci," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Jumaat.
Tambah Nelydia, dia berharap keadaan Qi tidaklah terlalu serius memandangkan aktor tersebut akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada minggu hadapan.
Sementara itu, Nelydia turut berharap agar isu kononnya Qi berasa cemburu selepas dia digandingkan dengan Sharnaaz Ahmad dalam drama Bukannya Aku Tak Cinta tidak diperbesarkan kerana perhubungan mereka masih lagi baik.
"Sebenarnya kami okey. Biasalah kami kan masih lagi dalam tempoh perkenalan.
"Ada masanya sikap cemburu pasti keluar. Tapi Alhamdulillah kami masih lagi sayang antara satu sama lain," ujarnya.
Alahai...Kesian Qi..Semoga Cepat sembuh ya...Bahaya jugak sakit leher dan tulang belakang nie...

27 November 2013

12 peserta berentap di final AJL 28


BARISAN karyawan muda mendominasi final Muzik Muzik 28 yang bakal berlangsung pada 26 Januari 2014.


SAINGAN ketiga separuh akhir Muzik Muzik 28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat lalu menyaksikan 12 lagu telah dipilih untuk bersaing dalam AJL 28 yang akan berlangsung pada 26 Januari 2014.
Antara lagu menepati ramalan menjadi pilihan juri seperti Kau Yang Terindah (Alyah), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet), Takkan Terpisah (Black), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Bahagiamu Deritaku (Hafiz) dan Bosan (Stacy).
Enam buah lagu lain yang turut terpilih ke pentas akhir final AJL 28 iaitu Sahabat (Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Type Writer), Aku Pelat (Salam Musik), Hanya Aku (Hyper Act), In Love With You (Aizat & Noh) dan Penglipurlara (Hazama).
Salah seorang penyanyi yang sudah menyertai saingan AJL buat kali kelima berturut-turut, Hafiz berkata, dia melihat saingan yang harus dilalui kali ini menjadi lebih mencabar.
Ujarnya, dia sendiri langsung tidak menyangka lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan LY dan Baiduri menjadi pilihan juri memandangkan semua lagu yang bertanding memberikan cabaran yang hebat.
“Setiap lagu memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri dan saya percaya juri pastinya berusaha keras untuk memilih lagu-lagu yang dirasakan mampu layak untuk dipertandingkan di pentas AJL.
“Saya tetap bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang untuk beraksi di pentas yang berprestij seperti AJL ini. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi,” ujarnya sewaktu ditemui semasa majlis sidang akhbar.
Apabila ditanya mengenai bentuk persembahan yang akan ditampilkan semasa final AJL 28 nanti, Hafiz menyatakan, dia masih belum lagi membuat sebarang perancangan memandangkan masih mempunyai masa yang banyak.
Menurutnya, berdasarkan lagu yang dipersembahkannya itu, berkemungkinan besar dia akan lebih memberi fokus kepada vokal memandangkan lagu tersebut bernada tinggi.
“Mungkin ramai yang beranggapan lagu ini memberikan kelebihan kepada saya untuk sekali lagi memenangi kategori Vokal Terbaik. Namun begitu, semua keputusan terletak kepada juri dan bergantung kepada persembahan yang saya tampilkan.
“Lagipun banyak lagi peserta yang turut memiliki vokal yang cukup mantap dan pastinya ia menjadikan persaingan bertambah sengit. Jadi, saya perlu membuat persediaan dari sekarang serta menjaga kesihatan supaya tidak menjejaskan persembahan nanti,” ujarnya yang pernah memenangi Vokal Terbaik tiga kali berturut-turut iaitu pada AJL 25, AJL 26 dan AJL 27.
Sementara itu, satu lagi peserta yang turut layak ke final iaitu kumpulan Sleeq berkata, perasaan berdebar tetap dirasai memandangkan ia kali pertama mereka bersaing dalam pentas yang besar seperti AJL.
Salah seorang anggota Sleeq, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah atau Syarif menyatakan bahawa penyertaan sulung mereka ini pastinya akan memberi pengalaman yang cukup bermakna sepanjang bergelar penyanyi.
“Walaupun lagu Sahabat adalah hasil kolaborasi bersama Najwa Latif dan Shamkamarul, namun kami merasakan lagu ciptaan Najwa dan kakaknya, Ika mempunyai kekuatan untuk dipilih sebagai salah satu lagu yang layak bersaing ke final,” ujarnya.
Melodi dan lirik
Selaku ketua juri yang dilantik oleh pihak TV3 untuk mengadili saingan separuh akhir yang berlangsung selama tiga minggu, Datuk Ramli MS memberitahu, kesemua lagu yang terpilih memang mempunyai kelebihan dari segi penciptaan melodi dan lirik.
Ujarnya, penilaian turut dibuat berdasarkan kepada persembahan yang ditampilkan oleh peserta semasa separuh akhir yang memberi pengaruh kepada permakahan yang dibuat.
“Sama seperti proses yang pernah dibuat sebelum ini, 70 peratus markah diberikan sebelum saingan separuh akhir dimulakan iaitu penilaian dari suduh melodi dan lirik.
“Kemudian markah sebanyak 30 peratus lagi diberikan sewaktu peserta membuat persembahan dan mereka dinilai berdasarkan kepada kreativiti cara olahan lagu dan nyanyian yang ditampilkan,” jelasnya.


Artikel Penuh: Kosmo


Sekarang AJL tak berapa menarik sangat....tak tahu kenapa...tapi tetap jugak layan..nak tahu siapa yg menang hihihi

12 November 2013

ANDRIAN SHAH Penyanyi Cilik Tahun 80an

Assalamualaikum...

Tiba2 teringat  lagu "Sayangi Daku (1987)" nyanyian dari seorang penyanyi yg bernama ANDRIAN SHAH,kecik2 dulu selalu nyanyi...bila nyanyi lagu nie...terus teringat dan rindu dekat ayahku hehehe...Almaklumlah ayah dan mak aku berpisah waktu aku berumur 5 tahun sehingga aku dah kawin baru jumpa balik ayah aku...cuba korang bayangkan..lama tak?..Kalau dengar lagu nie memang sedih tau...





Andrian Shah Andy, merupakan artis paling muda yang pertama menerima gold disc dalam usia baru tujuh tahun. Anugerah tersebut diterimanya berikutan kejayaan album sulungnya berjudul Sayangi Daku yang terjual melebihi 40,000 unit di bawah syarikat rakaman NSR.

Orang yang bertanggungjawab membawa kejayaan Andrian ialah bapanya sendiri, Andy Yunus yang bertindak selaku penerbit album. Selain itu, Andy juga telah mencipta beberapa lagu termasuk lagu Sayangi Daku yang menjadi hits dalam sekelip mata.

Andrian selepas itu masih aktif dalam seni suara dan telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama N'Rian band dengan lagu hits 'Maafkan Sekali Lagi'. Bagaimanapun, kumpulan tersebut yang terpaksa bersaing dengan beberapa kumpulan popular lain akhirnya terus senyap begitu sahaja.


Story copyright: myartis.com


Aku tak tahu sekarang ke mana Andrian Shah menghilang...tiba2 rindu kat dia...

10 November 2013

Gambar Sekitar Malis Akad Nikah Fizo Omar & Mawar

Gambar Sekitar Malis Akad Nikah Fizo Omar & Mawar - Alhamdulillah. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar yang telah sah menjadi suami isteri sebentar tadi dengan sekali lafaz. Berikut merupakan gambar sekitar majlis akad nikah Fizo Omar & Mawar









Tahniah Kepada Fizo Omar dan Mawar...Semoga Bahagia Hingga Ke jannah..

08 November 2013

INFO - DRAMA WEB BERSIRI 'SWEETHEART FANTASIA'

SILKYGIRL dan SG Men hari ini mengumumkan pelancaran sebuah lagi siri web “SweetHeart Fantasia” hasil kerjasama bersama Tonton yang akan ditayangkan mulai 11 November 2013. Siri web ini diinspirasikan daripada dua jenama haruman terkenal SILKYGIRL dan SG Men iaitu SweetHeart dan Fantasia EDT. 

Siri web 13 episod dengan durasi 5 minit setiap satunya menampilkan duta bintang SILKYGIRL, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan yang juga merupakan seorang actor yang kini sedang meningkat naik. Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing. 

 


Menerusi “SweetHeart Fantasia”, Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baharu yang pernah gagal dalam percintaan sebelumnya sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia. 

“Kami sangat berbangga dapat bekerjasama bersama Tonton dalam menghasilkan siri web yang begitu menarik, dan pastinya penonton akan terhibur dan terpesona dengan aksi yang ditayangkan menerusi siri ini,” kata Ng Chee Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Cosmetic Group. 

 

“SweetHeart dan Fantasia EDT merupakan sebahagian daripada Siri Romantik dalam rangkaian haruman SILKYGIRL dan SG Men, dan kami mahu membawa ‘kesegaran’ haruman hebat ini kepada para pelanggan. Ini adalah peluang terbaik dalam menggabungkan 2 aktor paling berbakat di Malaysia dalam sebuah drama percintaan,” Tambah Ng lagi. 

“Kami sangat teruja apabila Tonton dipilih sebagai platform digital untuk tayangan siri web ini oleh Alliance Cosmetic Group. “SweetHeart Fantasia” pastinya menjadi kandungan eksklusif terbaik untuk tontonan 3.3 juta pengguna berdaftar di Tonton menerusi kesemua peranti elektronik mudah-alih,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital. 

“Sweetheart Fantasia” turut memperkenalkan elemen interaktif buat penonton menerusi beberapa siri peraduan mini sebelum ini. Ramai peminat telah menyertai ujibakat bersama Emma dan Syarul untuk watak lakonan dan 10 peminat bertuah telah dipilih untuk tampil sebagai pelakon dalam kesemua episod. 

Bermula 11 November ini juga penonton turut berpeluang memenangi barangan daripada SILKYGIRL dan SG Men, apabila menjawab dengan tepat soalan yang dipaparkan di akhir tayangan setiap episod web. 

Para peminat “SweetHeart Fantasia” boleh mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan siri ini selain menyertai peraduan di sweetheartfantasia.com serta tonton.com.my. 


GAMBAR-GAMBAR LAIN: 

 

 

 

 

 



Kredit SINI


Emma Maembong nie lawakan...dengar gosip dia couple dengan Zizan...entah betul ke tidak..aku pun tak pasti..

06 November 2013

Wartawan Zubir Kena Hentam


Assalamualaikum...ada baca tak kisah seorang pelakon kena fitnah dengan seorang wartawan...So sesiapa yg belum tahu boleh baca kat bawah kenapa wartawan Zubir Kena Hentam...
Dalam dunia hiburan yang serba glamor, bukan artis saja yang dikenali masyarakat malah wartawan yang menulis cerita juga. Dan dalam ramai-ramai wartawan hiburan, antara yang paling dikenali adalah Zubir dari BiPop, Berita Harian.
Antara artis yang pernah bermusuhan dengan wartawan ini seperti Shila Amzah, Zain, Rozita Che Wan, Hattan, Michael Ang, Hans Isaac, Pierre Andre, Rita Rudaini, Neelofa, Anzalna, dan ramai lagi.
Aeril Zafril melalui satu post di Instagram peribadinya, mengeluarkan satu screenshot yang diambil dari WeChat milik Wawa Zainal yang menampakkan beberapa mesej dari Zubir mengajak Wawa keluar. Dari caption gambar tersebut, Aeril Zafrel mencela Zubir dengan menyertakan ayat ‘cliche’ yang selalu dilontarkan wartawan tersebut, “Abang boleh naik dan jatuhkan….
Para peminat Aeril Zafrel jelas kecewa dengan sikap wartawan itu yang menganggap dirinya seperti Tuhan boleh menjatuhkan dan menaikkan orang serta menyekat rezeki orang lain ikut suka hatinya sahaja.
Baru-baru ni si Zubir ni cuba libatkan si Ummi Nazeera kononnya pernah berkahwin dengan Aeril Zafrel sebelum perkahwinannya bersama Wawa Zainal pula.
Penyanyi Hattan pernah menghentam Zubir sebelum ini dengan kata-kata “Sudahlah gemuk pendek, mahu disanjung pula“ sementara Hans Isaac pula pernah mencela wartawan ini melalui Twitter miliknya.
Kepada Zubir, janganlah gunakan kelebihan menulis kamu tu untuk menjatuhkan orang lain takut-takut nanti kamu pula tersungkur terpalit tahi ayam.

Kredit SINI

Aku pun tak tahu apa masalah Zubir nie...sebab Wawa tak layan dia ke?emmm

03 November 2013

Biodata Mawar Abdul Karim


Mawar nie...cantikkan....sesuai dengan Fizo Omar,bertuah betul Fizo Omar dapat isteri cantik dan juga tauke tudung fareeda....dan Fizo pun buat bisnes jugak bisnes burger...kalau tak silaplah....Aku suka jugak pakai tudung Fareeda...amat2 sesuai dengan bentuk muka aku hihihi...tapi nak membelinya...emmmm fikir 2,3 kali...Almaklumlah cik hubby kerja sorang...tak dan duit hihihi...nasib baik ada yg baik hati (My sepupu) tolong belikan...dapat harga murah....lepas tue pulak boleh bayar ansur2 hihihi....Kat bawah biodata Mawar kalau korang nak tahu...


Nama Penuh : Mawar Abdul Karim
Umur : 24 Tahun
Asal : Pulau Pinang
Agama : Islam
Tempat Menetap : Kuala Lumpur
Kelulusan : -
Pekerjaan : Model dan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA







Cantik2kan koleksi Fareeda nie...cuma satu jer tudung Fareeda nie sittng sikit...

31 October 2013

Tuah Nabil Dapat Rumah Secara Percuma

Assalamualaikum....


Wahh!! bertuah betul Nabil....dahlah harga rumah sekarang mahal....boleh pulak dia mendapat rumah dengan harga free..pepatah melayu ada mengatakan "Tuah ayam nampak di kaki ,tuah manusia siapa yang tahu....betul tak....apa-apa pun itu semua rezeki dari Allah...Jom! baca gosipnya...


Nabil pada mulanya hanya ingin bertanya mengenai kondominium yang ingin dibelinya namun tidak menyangka perkara itu membuatkan dia menerima tawaran sebagai duta kepada syarikat perumahan tersebut. Mereka bersedia memberikan Nabil sebuah rumah sebagai hadiah diatas kesanggupan Nabil itu.
“Saya terkejut kerana pada asalnya saya sekadar melakukan ‘house hunting’ dan berminat dengan sebuah unit di kondominium Antara yang bernilai RM600,000 kerana harganya murah berbanding dengan perumahan lain yang agak mahal.
“Selepas membuat perbincangan, tiba-tiba pihak pemaju (Faber Development Holdings Sdn. Bhd) berminat pula untuk menjadikan saya sebagai duta kondominium tersebut selama setahun dan menawarkan sebuah unit bernilai RM1.036 juta secara percuma pada 23 Oktober lalu,” katanya.
Nabil menyifatkan pemberian kondominium tersebut merupakan hadiah terbesar yang pernah diterima sejak bergelar selebriti, lima tahun lalu.
Malah ia juga sebahagian daripada rezeki anaknya, Naera Mikayla yang akan berumur setahun pada 25 November ini. Nabil juga memberitahu bahawa dia kini bergiat aktif dalam membuat pelaburan hartanah selepas didorong oleh rakan-rakan.
“Saya juga banyak belajar daripada seorang lelaki yang hebat dalam pelaburan hartanah bernama Ahyat Ishak. Dan setakat ini saya telah membeli sebuah kondominium di Jalan Duta (Kuala Lumpur), dan rumah itu dihadiahkan kepada emak saya. Manakala sebuah lagi di Ara Damansara yang mana di situ saya tinggal bersama isteri (Nazirah Ayub),” tuturnya.

21 October 2013

Nomad Penyanyi -Tetap MenantiMu (Drama Love You Mr Arrogant)

Assalamualaikum....

Seriuslly... dengar lagu ni...terus terpikat.Ingatkan lagu nie artis indonesia Penyanyinya..Lagu "Tetap Menantimu Nomad yang merupakan salah satu lagu melayu baru 2013.Lagu ini di nyanyikan  oleh Nomad iaitu salah seorang anak kelahiran Negeri Terengganu.


Lagu Tetap Menantimu juga tersenarai dalam Carta Era 40 dan zon 30 Hot FM.Lagu tetap menantimu juga adalah main song dalam Drama I Love U Mr Arrogant

Biodata Nomad

  • Nama Penuh : Nur Mohd Alieff Ayub
  • Tarikh Lahir & Umur :9 Mac 1988, 25 tahun (2013)
  • Twitter Nomad:@nomadaish88
  • Asal: Kualan Terengganu
  • Keluarga: Anak Pertama daripada 5 beradik
  • Bidang: Penyanyi,penulis lirik,pencipta laguKarier:Kumpulan Nasyid Algebra (2008),kumpulan Cherita (2009),Program Realiti Keynote
Temu bual Nomad Bersama Nabil Raja Lawak

Video Youtube Nomad Dalam Program Realiti Keynote


Nota Pink: Aku fikir Nomad nie Penyanyi Indon hihihi rupa2nya orang ganu...Hensemkan...