27 November 2013

12 peserta berentap di final AJL 28


BARISAN karyawan muda mendominasi final Muzik Muzik 28 yang bakal berlangsung pada 26 Januari 2014.


SAINGAN ketiga separuh akhir Muzik Muzik 28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Jumaat lalu menyaksikan 12 lagu telah dipilih untuk bersaing dalam AJL 28 yang akan berlangsung pada 26 Januari 2014.
Antara lagu menepati ramalan menjadi pilihan juri seperti Kau Yang Terindah (Alyah), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet), Takkan Terpisah (Black), Ikut Rentakku (Jaclyn Victor), Bahagiamu Deritaku (Hafiz) dan Bosan (Stacy).
Enam buah lagu lain yang turut terpilih ke pentas akhir final AJL 28 iaitu Sahabat (Najwa Latif, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Type Writer), Aku Pelat (Salam Musik), Hanya Aku (Hyper Act), In Love With You (Aizat & Noh) dan Penglipurlara (Hazama).
Salah seorang penyanyi yang sudah menyertai saingan AJL buat kali kelima berturut-turut, Hafiz berkata, dia melihat saingan yang harus dilalui kali ini menjadi lebih mencabar.
Ujarnya, dia sendiri langsung tidak menyangka lagu Bahagiamu Deritaku ciptaan LY dan Baiduri menjadi pilihan juri memandangkan semua lagu yang bertanding memberikan cabaran yang hebat.
“Setiap lagu memiliki kelebihan dan kekuatan tersendiri dan saya percaya juri pastinya berusaha keras untuk memilih lagu-lagu yang dirasakan mampu layak untuk dipertandingkan di pentas AJL.
“Saya tetap bersyukur kerana sekali lagi diberi peluang untuk beraksi di pentas yang berprestij seperti AJL ini. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi,” ujarnya sewaktu ditemui semasa majlis sidang akhbar.
Apabila ditanya mengenai bentuk persembahan yang akan ditampilkan semasa final AJL 28 nanti, Hafiz menyatakan, dia masih belum lagi membuat sebarang perancangan memandangkan masih mempunyai masa yang banyak.
Menurutnya, berdasarkan lagu yang dipersembahkannya itu, berkemungkinan besar dia akan lebih memberi fokus kepada vokal memandangkan lagu tersebut bernada tinggi.
“Mungkin ramai yang beranggapan lagu ini memberikan kelebihan kepada saya untuk sekali lagi memenangi kategori Vokal Terbaik. Namun begitu, semua keputusan terletak kepada juri dan bergantung kepada persembahan yang saya tampilkan.
“Lagipun banyak lagi peserta yang turut memiliki vokal yang cukup mantap dan pastinya ia menjadikan persaingan bertambah sengit. Jadi, saya perlu membuat persediaan dari sekarang serta menjaga kesihatan supaya tidak menjejaskan persembahan nanti,” ujarnya yang pernah memenangi Vokal Terbaik tiga kali berturut-turut iaitu pada AJL 25, AJL 26 dan AJL 27.
Sementara itu, satu lagi peserta yang turut layak ke final iaitu kumpulan Sleeq berkata, perasaan berdebar tetap dirasai memandangkan ia kali pertama mereka bersaing dalam pentas yang besar seperti AJL.
Salah seorang anggota Sleeq, Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah atau Syarif menyatakan bahawa penyertaan sulung mereka ini pastinya akan memberi pengalaman yang cukup bermakna sepanjang bergelar penyanyi.
“Walaupun lagu Sahabat adalah hasil kolaborasi bersama Najwa Latif dan Shamkamarul, namun kami merasakan lagu ciptaan Najwa dan kakaknya, Ika mempunyai kekuatan untuk dipilih sebagai salah satu lagu yang layak bersaing ke final,” ujarnya.
Melodi dan lirik
Selaku ketua juri yang dilantik oleh pihak TV3 untuk mengadili saingan separuh akhir yang berlangsung selama tiga minggu, Datuk Ramli MS memberitahu, kesemua lagu yang terpilih memang mempunyai kelebihan dari segi penciptaan melodi dan lirik.
Ujarnya, penilaian turut dibuat berdasarkan kepada persembahan yang ditampilkan oleh peserta semasa separuh akhir yang memberi pengaruh kepada permakahan yang dibuat.
“Sama seperti proses yang pernah dibuat sebelum ini, 70 peratus markah diberikan sebelum saingan separuh akhir dimulakan iaitu penilaian dari suduh melodi dan lirik.
“Kemudian markah sebanyak 30 peratus lagi diberikan sewaktu peserta membuat persembahan dan mereka dinilai berdasarkan kepada kreativiti cara olahan lagu dan nyanyian yang ditampilkan,” jelasnya.


Artikel Penuh: Kosmo


Sekarang AJL tak berapa menarik sangat....tak tahu kenapa...tapi tetap jugak layan..nak tahu siapa yg menang hihihi

9 comments:

  1. sy x mengikuti lgsg MM nih...nanti akhir jelh kot tgk hihi..tu pon kalo ingat..ble AJL?

    ReplyDelete
  2. Semuanya hebat2 kali ni ya. Liza minat lagu Awi Rafael dengan Altimet tu. :)

    Jom join Giveaway kat blog Liza. http://lizayati.blogspot.com/2013/11/count-books-giveaway.html.

    The more the merrier!!

    ReplyDelete
  3. yg semi final deqla x tgk pun...hihi.. agak2 sapelah jadi juara kali ni..

    ReplyDelete
  4. tahniah buat semua.. x sempat tgk pun sape yg masuk huhuhu

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠