Taufan Haiyan: Lebih 10,000 Dikhuatiri Terkorban di Filipina

Author : Cik Rose Cute | 1:24 PM | 15Total Comments |
Mayat seorang lelaki terdampar di Tacloban, Filipina pada Ahad. Taufan Haiyan yang terkuat di dunia telah memusnahkan hampir seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa setakat ini
TACLOBAN (Filipina): Taufan terkuat di dunia yang memusnahkan seluruh bandar Filipina dipercayai sudah meragut lebih 10,000 nyawa, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad, sekali gus menjadikan ia bencana semula jadi paling dasyat yang pernah direkodkan negara itu.
Angka korban terbaru akibat Taufan Haiyan dikeluarkan ketika Amerika Syarikat berjanji menyalurkan bantuan tentera dalam usaha membantu mencari mangsa yang masih hilang dan beberapa kawasan yang terputus bekalan makanan sejak tiga hari lalu.
Ketua Polis Wilayah Leyte, Elmer Soria berkata lebih 10,000 dipercayai terkorban di wilayah paling teruk terjejas itu.
"Kami sudah mengadakan mesyuarat malam tadi dengan gabenor dan berdasarkan anggaran kerajaan, pada mulanya terdapat 10,000 mangsa terbunuh. Kira-kira 70 hingga 80 peratus rumah dan struktur bangunan di sepanjang jalan musnah akibat taufan," kata Soria.


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

15 comments:

  1. supaya kita melihat apa yang Allah jadikan..

    ReplyDelete
  2. risau bila tgk berita pasal nie..sye ada beberapa kawan dekat filipina,tp bukan daerah yg kena ribut nie.tp still risau dekat dorang..kesian jugak bila tgk mangsa2 ribut nie

    ReplyDelete
  3. Kesian rakyat Filipina yg mendapat musibah tu.. mendoakan neara kita terselamat dari bencana alam yg melibatkan korban nyawa. amin.ya Allah. Selamat berhujung minggu cik Ros :)

    ReplyDelete
  4. Dunia semakin tua, semakin banyak bencana alam yang berlaku. Allah sedang memberi peringatan supaya kita sentiasa mengingatiNya...

    ReplyDelete
  5. YaALLah....
    Moga Allah lindungi bumi kita...

    ReplyDelete
  6. Ya Allah.sesungguhnya kita insan yang kerdil.kalau dah bencana alam macam ni,teknologi secanggih mana pun takkan dpt mengatasinya.

    ReplyDelete
  7. Sama2 kita muhasabah diri dengan bencana dari Allah ni..

    Semalam tengok berita takut ha..

    ReplyDelete
  8. Ya Allah.. Sungguh Besar kuasaMu.. takutnya la hai.. banyak dah petanda kiamat semakin hampir.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  9. nauzubillah.. tanda2 kiamat kan..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠