16 November 2013

Punca Filipina Di landa Taufan Terdahsyat Di Dunia

Sebelum nie...aku ada share Filipina di landa taufan terukkan...kalau ada yg belum baca boleh klik SINI
Sekarang aku nak share punca Filipina di landa taufan yang paling dahsyat,ianya kerana punca sebuah masjid di roboh dan menyebabkan 3 orang pemuda mati kerana menghalang daripada masjid itu di robohkan.



Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/hr di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.

Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.



Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Abdelmanan Tanandato , seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas , 37; Hakim Usman , 30 , dan Rajid Batalo . Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.



Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.
SUMBER : philstar.com, Kosmo, google

Kredit dari blog http://taotauajer.blogspot.com/2013/11/subhanallah-kerana-robohkan-masjid.html






               

25 comments:

  1. Allahuakhbar,
    sekejap jer kalau Allah nak bagi balasan.

    ReplyDelete
  2. Sy pn ada wat tanggapan sendiri ttg taufan ni..sysangka pasti ada maksiat yg berlaku hgga menyebabkn kemusnahan sebegini... rupanya...


    3 terbunuh krn pertahankan rumah-Nya dan DIA bls dgn taufan sekuat tu...4k++ mati sekelip mata

    ReplyDelete
  3. Subhanallah,allahuakbar..mula2 saya ingt tsunami..dasyat..

    ReplyDelete
  4. laaaa..
    xtahu ni ...
    knp nk roboh masjid tu!
    astafirullah!
    elok jadik iktibar kpd sape2 yg permudahkan rumah ALLAA.

    ReplyDelete
  5. subhanallah....
    semoga tidak terjadi di Malaysia...

    ReplyDelete
  6. Oh rupanya btl la sbb ni ye. Solehah pn dtg dri website yg akak gtau tu. Nauzubillahiminzalik. Semoga Allah melindungi Malaysia daripada bala sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  7. Sebak saya, Maha Kuasa Allah.

    ReplyDelete
  8. Pada malam Krismas 1996, Sabah dilanda taufan dahsyat Greg yg tak pernah diramalkan akan berlaku kerana secara tiba2 taufan yg melanda selatan Filipina tiba2 telah beralih arah ke Keningau, Sabah. Kata orang ia berlaku sebagai pembalasan Tuhan kerana satu pesta penuh kontroversi diadakan di pekan kecil itu pd mlm itu. Berpuluh orang mati akibat taufan dahsyat Greg tersebut.

    Semoga Allah tidak turunkan bala utk Malaysia kerana di sini juga banyak kemaksiatan berlaku. Jika Filipina masjid dirobohkan oleh kerajaan yg dikuasai orang Kristian, di negara kita pernah berlaku surau dirobohkan utk membina pusat membeli belah oleh kerajaan yg dikuasai oleh org2 Islam....

    ReplyDelete
  9. kita tak taw perkara sebenar,nie semua rahsia allah..semoga malaysia terhindar dari bencana alam sprti ni :)

    ReplyDelete
  10. lajunye angin tu kak
    3++/km mmg akan memusnahkan kwsn yg dia lalu
    ramai yg terkorban n cedera

    ReplyDelete
  11. pembalasan di dunia.. semoga semua kita juga mengambil ikhtibar dari kisah yang telah berlaku..

    ReplyDelete
  12. YaAllah..sebab itulah Allah turunkan bala...

    pasti ada sebab kenapa taufan tu menlanda filifina..rupa2nya inilah akibatnya...

    ReplyDelete
  13. ALLAH JUA YANG MAHA MENGETAHUI..

    ReplyDelete
  14. sekejap je kan kalo Allah nak balas..Ai x tahu pun cerita di sebalik taufan ni,yg tahu dorang pnya gereja mmg teruk lah kena..subhanallah..

    ReplyDelete
  15. ada juga kak tengok video masjid dirobohkan tu dlm youtube. tapi dalam bahasa tagalog, tak berapa faham. singgah sini baru faham

    ReplyDelete
  16. Subhanallah.. ALLAH maha besar.. hanya Dia yg berkuasa... sbb tu jgn sesekali cabar kuasa Allah.. inilah padahnya..

    ReplyDelete
  17. mudah2an dijauhkan kita dari semua bala sebegini

    ReplyDelete
  18. Ade terbaca kt fb psl nie..Allahuakbar..tp yg kesiannye dekat org2 yg x bersalah..

    ReplyDelete
  19. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    ReplyDelete
  20. SUBHHANAULLAH, ALLAH MEMBAYAR DENGAN CASH>>>ALLAHUAKBAR !!!!

    ReplyDelete
  21. Allahuakbar... Tu la musibah Kalau merutuhkan rumah Allah swt...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠