Tergerak hati nak buat solat taubat tapi tak terbuat-buat lagi...Solat taubat elok di amalkan setiap hari..InsyaAllah....semoga kita selalu beramal dan taubat kita di terima oleh Allah...Amin...
CARA SOLAT TAUBAT
1. Niat Solat Taubat:
“Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
2. Bacaan surah selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua, bacalah Tasbih berikut 40 kali:
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
4. Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar:
a.
Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.
b.
Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
c. Baca 3 Kali Penghulu Istighfar:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
5. Baca Doa Taubat
Tidak ada bacaan doa khusus selain dari istighfar selepas solat. Berdoa memohon ampun daripada Allah swt. Boleh jadikan Penghulu Istighfar sebagai doa..
MASA
Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.
Nota Pink: Aku dan ingat2 lupa cara sembahyang taubat nie...kena praktis balik dan ingat apa yg patut...dulu waktu sekolah selalu buat..
Selalu niat nak buat tapi tak terbuat2.. Huhu..
ReplyDeleteMieza Suri Shaklee
In Shaa ALlah !
ReplyDeleteAlhamdulillah perkongsian yg berguna.thanks dan keep it up dear :)
ReplyDeletethanks for sharing kak, memang bagus jadi amalan ni... Farah pun kalau boleh nak buat hari2...
ReplyDeletetq share cik rose... samalah nak buat tp tak buat2...
ReplyDeletenice sharing kak.. :)
ReplyDeleteterima kasih cik rose berkongsi ilmu
ReplyDelete