23 November 2011

Story Panas Apek Sebelum Sukan Sea 2011

Sebelum Sukan sea 2011 macam-macam isu panas tentang Apek.....Kalau korang tak caya korang baca kat bawah nie....

Kami tahu yang ada yang katanya sudah muak dan bosan dengan cerita Khairul Fahmi Che Mat tetapi apa yang perlu dilakukan harus dilakukan. Antara sebab kami suka ruangan komen di BeautifulNara kerana kami dapat banyak maklumat dari komentator jadi kewajipan kami juga ialah cuba untuk menjernihkan keadaan terutamanya fitnah yang melanda Khairul Fahmi Che Mat dan teman wanitanya, Nur Dalia yang dituduh minum arak sewaktu menyambut majlis harijadi Dalia di sebuah restoran makanan Itali di Bukit, Bintang, Kuala Lumpur. Walaupun Apex dan Dalia menafikan mereka minum, ramai yang membuat telahan mereka benar-benar telah minum di majlis itu.

Saya bukan nak mempertahankan sesiapa tetapi pada Apex, dia jadi mangsa keadaan. Mereka berdua pun tak kenal saya sebab saya pergi birthday party Dalia tu sebab teman kawan saya.
Ya, saya memang ada di tempat kejadian semasa birthday Dalia Teck. Memang tak dinafikan itu semua botol arak, adatlah masuk kelab kan. Tapi saya pelik macam mana orang boleh tuduh Apek minum sedangkan apek langsung tak sentuh air tu. Sumpah demi Allah saya berkata benar. Saya ada gambar bersama Fahmi ketika event tu baru nak mula, memang muka dia dari awal sampai akhir sama je warna merah berikutan keadaan yang sempit dan orang yang ramai. Lagi satu dia kan putih, lain la kita ni kulit gelap, kalau saya nak tipu awak la kan Serenity, kenapa saya berani sumpah?
Sebab lepas event tu Apek still okay lepak kat luar after event tu, tak ada pun jalan huyung- hayang dekat kedai makan pada masa itu. Dia, Dalia dan perempuan yang badan dia gemuk saya tak tahu nama mungkin kawan Dalia sebab dia bagi teddybear kat Dalia. Bukan mata kepala saya saja nampak, saksi kat situ yang nampak Apek tak minum dan still okay sampai akhir event tu...
Komen asal Asyraf di BeautifulNara ialah:-
apek mana minum arak la wei… aku ada kat tempat kejadian… aku nampak dia g lepak dgn perempuan gemok n awek dia pas event tu kt kedai makan… time tu pkl 3 pagi cmtu kalau aku x silap… aku tatau sapa pmpuan tu tp dia mmg gemok… dia elok je borak2, xde lentok2 pun mcm org mabuk yg lain… pada yg hantar email tu,,, cukup2 la buat fitnah.. dia mmg nak jatuhkan apek… bila game besar nak dekat mula lah mcm2 fitnah apek dpt… hati busuk punya olang!!
Pihak kami telah melakukan siasatan dan mendapati Asyraf mempunyai profil Facebook yang sahih dan sudah mempunyai akaun Facebook sejak beberapa lama. Kepada orang ramai, bolehlah menghentikan spekulasi. Sememangnya Khairul Fahmi dan Dalia tidak harus pergi ke tempat tersebut, tetapi mereka memang tidak minum seperti mana yang diberitahu sejak awal. Kami berharap Khairul Fahmi akan berjuang dengan tenang untuk Sukan SEA 2011 selepas ini. Semoga pulang membawa emas!



Nie lagi satu isu pasal Apek jugak Sebelum Sukan Sea 2011
Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang Khairul Fahmi Che Mat telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan disebabkan tweet-tweet bekas tunangnya itu baru-baru ini, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang membantu pasukan kebangsaan bagi meraih pingat emas Sukan SEA, mendakwa itu cuma percubaan untuk mengganggu konsentrasinya.

Khairul Fahmi didakwa telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan berhubung penyebaran gambar-gambar beliau di sebuah restoran Itali di Bukit Bintang. Menurut Khairul Fahmi melalui Twitternya, dia hanya menghubungi ibu, ayah serta kekasih barunya sebelum berlepas ke Indonesia. Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai agar berhenti memperkatakan tentang kisah peribadinya kerana fokus yang lebih penting ialah tugasnya sebagai pemain kebangsaan yang berusaha membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.
Menyifatkan gosip baru itu sebagai tuduhan tak berasas, Khairul Fahmi turut membuat kenyataan tentang pihak yang hendak membuatnya jatuh dan tidak gembira, tetapi dia juga berkata dia tak akan mempedulikan semua itu. Untuk berbual dengan Khairul Fahmi Che Mat secara langsung, tweet beliau di @fahmiapexs.

Kredit By Beutiful Nara 

12 comments:

  1. Apapun suka dgn aksi beliau di Sukan Sea final game arituh.. :D Bangga!!

    ReplyDelete
  2. kita tak ambil pusing hal peribadi
    apex ni...

    kita minat dan sokong dia masa
    main bola je ...hihi

    p/s: org banting ke?

    ReplyDelete
  3. apa2 pun apek best of the best...kita minat la kt dia cik rose..heheh..ni gara2 tgk bola aritu la ni...dia mmg cekap la..

    ReplyDelete
  4. macam2lah kan, tapi alhamdulilah lah dia pandai asingkan antara peribadi & kerjaya

    ReplyDelete
  5. tu la kan, mula2 mmg berbulu dgn dia..
    buakn eks ni je, ada gak kes gmbo dlm bilik hotel dgn pompuan tu lagi...

    tpi sib baik dia perfom bagus kan...

    ReplyDelete
  6. apa2 pun aku memang salute sama apek yang dah beraksi dengan baiknya semasa sea games,tak kira apa yang ingin orang katakan, aku hanya tahu melihat dia beraksi dipadang,. semoga apek dan harimau muda yang lain akan terus beraksi dgn baiknya menentang syria malam nie,.

    ReplyDelete
  7. Apapun, harap Apex dpt beraksi cemerlang mlm nie...

    Entri terbaru di blog JR: "Bola: Kim Swee Pecat Baddrol Bakhtiar??"

    ReplyDelete
  8. nama baru apex...KFC ( khairul fahmi che mat) hehehe....biasalah bla dan femes ni...dugaan ...
    yg penting kene pandai bwa diri...

    ReplyDelete
  9. Walau apapun kisah kontroversinya, Myra pun suka dengan Apex sebab prestasi cemerlang dia masa Sukan Sea baru2 nieh :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠