Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba aku teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu. Memang feeling habislah aku baca novel nie tau.....semalam aku tengok kat astro filem nie Astro tayang sikit.....korang ada tengok tak??? Aku memang terujalah nak tengok filem nie.....sebabnya..jalan ceritanya menarik.....kalau baca dalam novel.....Filemnya....Tak tahu lagikan....Kita tunggu 1 Disember 2011.....hihihi
Selepas novel Lagenda Budak Setan yang kami kira berjaya menarik ramai penonton untuk ke pawagam menonton filem tersebut, kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures. Sedikit sinopsis Ombak Rindu,
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya. Maya Karin mengatakan,
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
wajib tgok nih. hahaha... dh lama menantii
ReplyDeleteermmm kalau boleh tgk .. memang nak tgk .. kalau kat wayang x dpt lahh .. hubby x suke tgk wayang huhuhu
ReplyDelete@C i k P i p i T e m b a m
ReplyDeletehihihi....mesti best ceritanyakan...
@ieda
ReplyDeleteYa ker...Cam Cik rose pulak dua2 suka tengok wayang tapi ada anak2 susah sikit hihihi
dh penah bc novel dia..ada aaron ajiz..ai pasti tonton hehe
ReplyDeletep/s: sy tag cik rose satu GA best punya jom join
http://cikbetty.blogspot.com/2011/11/mega-giveaway-cpb-mehlah-kritik-kalau.html
perhhhh dah nak launching ke movie die???? x sbrnye nk tgk!! hehe =P
ReplyDeleteluv,
cik ana
sinopsis dia mcm best.. dulu sy xsuka sgt bc novel2.. sbbnya bila baca sikit mesti terus tertidur.. hihii
ReplyDeletemesti best cite ni..
ReplyDelete@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
ReplyDeleteSeronokkan novel dia...hihihi
@anamizu
ReplyDeletehihihi tak sabarkan....
@IntaNBerliaN
ReplyDeleteRugi Intan...time remaja la....baca novel hihihi...baru jiwang...
@fieda
ReplyDeleteNovelnya best giler.....Tapi tengok jugak dekat Astro Filem tue tayang sikit....Cam best jer...
comel sgt2 maya karin bertudung.. nmpk keayuan dan kelembutan gadis melayu..
ReplyDelete