Piring Astro

Author : Cik Rose Cute | 1:47 PM | 10Total Comments |
Selamat Tengah Hari Blogger Cute....Korang ada baca tak kisah piring Astro nie....aku terkejut jugak pasal piring astro nie...mengadap Kaabah @ Kiblat....Kebetulan kat umah aku mengadap ke sana jugak....Tapi umah jiran sebelah nie tak ada mengadap ke sana.....Tapi yang penting Kaabah  memang kiblat kita....Kaabah jugak adalah segala pusat di atas muka bumi ini.....Itulah kebesaran Allah....Jom! kita baca segmen di bawah nie...untuk renungan bersama okey.....dan jugak jangan mudah terpedaya....Pasal isu piring Astro nie...Ada seorang hamba Allah mengkaji betul ke tidak "semua piring Astro mengadap kiblat" Jom! layan....(aku pun hampir2 tertipu huhuhu)


Baru baru ini saja ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Mengapa Piring Astro Menghadap Kaabah/Qiblat". Apabila membaca artikel tersebut palbagai teori sains yang dikaitkan dengan Kaabah telah dikupas. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah artikel tersebut mengatakan kebanyakan piring astro menghadap ke arah Qiblat lantas saya terkejut dengan kenyataan ini kerana dari pandangan mata kasar saya sendiri piring astro tersebut tidak langsung menghadap ke arah qiblat malah jauh terpesong ke arah lain. Kecuali orang yang tidak mengambil tahu arah qiblat yang betul mempercayai perkara ini yang mana jika dibiarkan ia boleh merosakkan aqidah umat Islam. Sebab apa saya berkata demikian?, ya berdasarkan komen sama ada di dalam forum, facebook mahupun blog, ramai yang percaya perkara tersebut dan ada yang mengaku apabila ke tempat yang tidak tahu arah qiblat mereka hanya melihat arah piring astro tersebut dah arah tersebutlah qiblat mereka. Sesungguhnya orang yang menyiarkan artikel ini memang akan merosakkan aqidah umat Islam dan beliaulah bertanggungjawab apabila ada orang sembahyang berqiblatkan arah piring astro.

Saya telah membuat siasatan dan kajian saya menunjukkan arah qiblat dan arah piring astro jauh berbeza. Bukan sedikit perbezaan malah sangat jauh dan jelas dilihat dengan mata kasar. Mungkin orang yang menyiarkan artikel ini tidak prihatin atau mengambil berat dengan arah Qiblatnya.... cuba lihat gambar di atas dan saya nasihatkan agar mereka yang percaya arah astro sama dengan arah qiblat tolong ambil kompas dan buat eksperimen seperti yg saya buat.. untuk mengetahui kedudukan arah qiblat dari tempat anda sila rujuk laman web Jakim http://www.e-solat.gov.my/ ...Wallahu a'lam......
 
P/S:Azahari Shafei  kalau nak tahu lebih detail email blogger nie okey....    azazrie@hotmail.com


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

10 comments:

  1. kebetulan sahaja tu..tak semua ke arah kiblat kan...

    ReplyDelete
  2. @Azhafizah[フィザ]

    kebetulan...tak semua..yang mengadap ke situ...

    ReplyDelete
  3. mungkin kat sstgh tempat satelit mghadap kiblat .. cume kebetulan saje ..

    ReplyDelete
  4. first time dengar pasal ni, apa2 pun jgn lah kita memndang remeh arah kiblat dan main terima je fakta yang entah betul entah tidak

    ReplyDelete
  5. Kalau ia ke arah qiblat ia pasti kebetulan saja. Dari pemerhatian JR, banyak Astro yg tak mengadap qiblat..


    Entri baru di blog JR:

    "Kontes Teka Gambar: Jom Teka Apa Ke Bendanya Ni??"

    ReplyDelete
  6. xtau nk komen pe sbbnya sy xmngikuti berita ni sblm ni..

    ReplyDelete
  7. piring astro mengadap satelit measat yg berada diatas semenanjung malaysia atau laut cina selatan... .. sebab tu arah piring tu berlainan mengikut tempat... pakai satelit lain, arah lain pulak.. inilah akibat bila satelit dish kena ban di malaysia....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠