09 November 2011

Remy Dan Tiz Zaqyah Bercinta

Apa yang di gosipkan memang betul pasal Remy Dan Tiz.....hihihi...aku suka diaorang couple....cam serasi jer....."serasi membawa bahagia" senikata lagu.....aku dah lupa senikata lagu apa....Akhirnya Remy mengaku jugak tentang perhubungannya dengan seorang pelakon yang tak asing lagi Tiz Zaqyah....



Kat bawah nie luahan dari Tiz Zaqyah tentang pengakuan Remy kepada media.....


"Sebenarnya saya pun tidak tahu hendak komen macamana. Tapi,  berasa agak gembira dan saya saya anggap pengakuan Remy itu sebagai hadiah harijadi saya yang disambut pada 26 Oktober lalu. Saya pun tidak sangka Remy akhirnya mengeluarkan kenyataan kerana dia tidak pernah maklumkan kepada saya. Mungkin Remy merasakan sudah sampai masanya untuk mengakui tentang hubungan cinta ini. Saya tidak ada masalah dengan tindakan Remy itu.

Macam yang pernah saya maklumkan sebelum ini, kami lebih selesa bercerita tentang karier lakonan berbanding kisah-kisah peribadi. Selain itu, saya dan Remy tidak mahu kecoh-kecoh kerana bimbang perhubungan kami tidak berpanjangan. Walaupun kami sudah mengaku bercinta, tetapi kami masih tidak bersedia untuk bercerita lanjut tentang perhubungan ini.


Cukuplah peminat tahu yang kami sedang berpacaran dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Pengakuan ini berlaku tanpa dirancang.  Ia berlaku dengan sendiri dan bukan atas desakan mana-mana pihak. Kalau orang ingat kami ingin mengikat tali pertunangan atau melangsungkan perkahwinan, ianya tidak benar sama sekali. Masih terlalu awal untuk itu. Kami masih perlukan masa untuk saling mengenali. Memang saya dan Remy telah berjumpa dan berkenalan dengan keluarga masing-masing, tetapi tidak ada perbincangan ke arah pertunangan mahu pun perkahwinan. Tunggulah, jika ada jodoh dan sudah sampai masanya, pasti kami akan umumkan."


P/S: Aku doakan semoga hubungan mereka di akhiri dengan perkahwinan.....Amin.....

8 comments:

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠