22 November 2011

Pengakuan Yusry Tentang Lisa

Selamat petang blogger...tengah aku tulis entry nie..hujan pun turun dengan lebatnya....bestnya..hujan....jangan ada kilat dah la  hihihi...aku fobia gan kilat....takut!!! dari kecik sampai sekarang aku takut....huhuhu....korang tengok tak Yusry gan Lisa Surihani kat FFM hari tue....aku nampak bila Yusry bangun nak ambik trofi yang dia menang tue..sempat lagi Yusry pegang tangan Lisa.....Ibu lisa mesti ada kat sebelah lisa tau.....Memang sah la...diaorang nie Coueple......huhuhu aku tak suka sangat Yusry ...walaupun si yusry nie ada kereta sports tau.....Tapi Lisa Surihani aku minat.....Dalam ramai2 tentang gosip Yusry gan Pelakon wanita...kenapalah Si Yusry pilih Lisa.....kenapa tak pilih Maya Karim ke? siapa lagi erk...dah lupa....Semoga ada jodoh mereka berdua....Kat bawah nie temubual antara GUA dengan Yusry Kru Dan LIsa Surihani....Kredit By GUA...



lisa surihani beraya bersama yusri kru





GUA: Apakah status hubungan anda berdua?
Lisa: Sebenarnya tak manis untuk saya jawab. Apa yang saya boleh katakan, jika sebelum ini kami bercakap pasal kerja, namun sekarang kami bercakap tentang banyak perkara. Saya tak boleh nak cakap banyak sebab tak manis untuk saya sebagai perempuan bercerita lebih. Itu memang prinsip saya dan saya harap orang boleh faham.

Yusry: Memang kita berkawan rapat, sebenarnya lebih dari kawan rapat. Saya tak berselindung dan cakap hal yang betul. Kita dalam perhubungan yang matang. Tak ada istilah cinta monyet dan cintan-cintun. Walau bagaimanapun, kami masih belum mengenali sepenuhnya. Saya selesa dengan perwatakan dan cara pemikiran dia.

GUA: Ada kata-kata nakal mengatakan ada udang di sebalik batu kenapa Lisa rapat dengan Yusry. Lisa kononnya dikatakan mahu mendapat tawaran dengan KRU Studios.
Lisa: Bagi Lisa, rezeki di tangan Allah. Sejak umur Lisa 11 tahun, Lisa berusaha untuk mendapatkan sesuatu tawaran. Lisa tak guna agenda tersembunyi untuk dapatkan ‘job’. Bagi Lisa, tak payah nak guna taktik itu. Namun apakan daya, Lisa tak boleh nak kawal apa orang nak cakap.

Yusry: Tak adil untuk pihak dia dan tak adil juga untuk pihak saya. Takkan lah saya bodoh nak kena macam tu. Saya akui terkilan dan kecewa dengan isu ini. Kalau macam tu, kira Lisa kena rapat dengan pengarah seperti Shamsul atau Farid dululah sebelum nak dapat sesuatu ‘job’. Saya ingin tegaskan yang kami berkawan atas sebab selesa antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, mengenai tawaran dengan KRU, kami berdua memang pernah berbincang dalam Blackberry Messenger (BBM) sebelum jumpa buat pertama kali. Kami pernah berbincang pasal projek dan kerja. Malah, saya pernah cadangkan satu projek dengan dia dan dia pun telah bersetuju.

GUA: Betul ke anda berdua dah berjumpa dengan keluarga masing-masing?
Lisa: Itu terlalu peribadi untuk saya cerita.

Yusry: Ya, saya pernah jumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara paling baik ialah jumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan hubungan kami. Namun, terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah itu (kahwin). Jika jadi, Alhamdulillah.

3 comments:

  1. ratu pun ske ngan lisa ni.cantik.manis je.pandang tak jemu.. :) yusry???dulu2 masa 1st album minatla.skang dah tua tak bape nk minat.ehehe.

    ReplyDelete
  2. suke je lisa ngan yusry.. coz sy [un mmg suke yusry tue..

    ReplyDelete
  3. sy suka dgn lisa ni.. dia cantik.. hihii

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠