Jasmin Hamid Mengoda Aaron Aziz

Author : Cik Rose Cute | 12:07 PM | 7Total Comments |
Hai! Blogger Cute.....Dah makan tengah hari ke?Aku dah makan.....lauknya ikan goreng gan kari udang....Korang tengah hari nie santap apa?hihihihi....Korang tengok gambar aksi Aaron gan Jasmin dalam Muzikal....panas giler!!!!.....

Dalam pementasan teater itu, Aaron yang berlakon sebagai Karim turut melakukan aksi menari disko dan  berlakulah beberapa adegan ghairah yang membabitkan Aaron dan Jasmin Hamid yang melakonkan watak Dora. Dora dalam teater itu cuba memikat Karim dengan melakukan aksi tarian ghairah bagi menarik perhatian  lelaki yang ketika itu sudah sangat rapat dengan Mazni yang dilakonkan oleh Erra Fazira.







Soalnya sekali lagi, perlukah aksi-aksi berahi itu? Jangan cakap pasal hukum agama, kerana semua orang tau hukumnya beraksi sebegitu. Tak ada cara lainkah wahai Sang Sutradara bagi menggambarkan watak seorang perempuan miang dan seorang  lelaki berahi?
JR kadang-kadang nak tergelak dengan telatah artis-artis Melayu kita yang memang mudah menunjukkan alur-alur objek yang seharusnya disembunyikan dalam baju atau kain mereka. Mungkin bagi pengarah dan artis-artis kita, itu namanya 'kemajuan', semua boleh dipertontan, termasuk bahagian-bahagian aurat yang patut ditutup. Sayangnya bila ada anugerah-anugerah filem antarabangsa nama artis-artis yang suka berpakaian ghairah itu jarang muncul sebagai pemenang untuk mengharumkan nama Malaysia. Yang setiap tahun filem mereka sering menang ialah filem-filem Iran yang pelakonnya tidak pun mendedahkan aurat mereka. Pelik kan? Orang putih dan orang bukan Islam yang mengadili filem nampaknya lebih menghargai jalan cerita dan mutu lakonan yang menggetar jiwa, sebab itulah tanpa aksi ghairah dan tanpa perlu menyelak  pakaian pun, filem Iran sertra aktor dan aktresnya sering menang dalam anugerah antarabangsa...

(Sumber foto: Bulan Purnama)

Kredit: JR


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

7 comments:

  1. dari hari ke hari makin kemas template blog cik rose..suker ^__^..tajuk blog pon dah tukar ya..



    aduhai ternoda aaron ajiz ai haha..baik kita tgk dora the explorer kan haha..tp dgr khabar watak mazni (erra) sgt bagus dlm teater tu..

    ReplyDelete
  2. isy2..hehe.. jgn t'goda btul2 sudah la... XP

    ReplyDelete
  3. bagus ke teater ni ek.. xpnh lg sy tgk teater

    ReplyDelete
  4. artis mana ad ilmu ... ape pgrah suruh , sume ikut ....

    ReplyDelete
  5. Apa yg Aaron Aziz rasa yep? is..is.. is.. untung2. lol.

    ReplyDelete
  6. tak minat tengok teater2 ni...hee~

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠