13 December 2012

Perkahwinan Apek Dan Leuniey Mencecah RM300 Ribu

Semalam, Apek atau Khairul Fahmi Che Mat mengumumkan di sidang media tarikh nikah dan juga majlis respsi antara beliau dan Leuniey Natasha atau nama sebenar Nur Eilunie Natasha Nazri. Selain itu Apek ada menjelaskan jumlah tajaan perkahwinan mereka sudah mencecah RM300,000 , tajaan adalah dari pelbagai pihak.

Apek mendedahkan pada bulan Oktober lalu, dia menghantar rombongan untuk melamar Leuniey. Tiada apa-apa majlis khas diadakan, sebaliknya kedua-dua belah keluarga berjumpa dan menikmati makan malam bersama-sama.
Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Dato’ Siti Nurhaliza.
Tarikh nikah Apek dan Leuniey Natasha 28 Disember
Mengulas tentang tarikh yang dipilih untuk mereka di ijab kabul iaitu pada 28 Disember ini, jejaka berusia 23 tahun itu menjelaskan tarikh tersebut tidak membawa apa-apa maksud istimewa.
Tiga majlis resepsi perkahwinan Apek
Majlis respsi sebelah Leuniey
Sebanyak tiga majlis resepsi akan diadakan. Persandingan sebelah perempuan bakal berlangsung di hotel Renaissance, Kota Bahru Kelantan pada 30 Disember berkonsepkan Melayu kotemporari.
Majlis resepsi sebelah Apek
Manakala persandingan sebelah pihak lelaki akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Chenang Kota Bahru, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala kampung.
Majlis resepsi di KL
Serta sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royal Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep English style.



Pssst.....Semoga Majlis tue nanti berjalan dengan lancar....

43 comments:

  1. err...kalo dah majlis kawin cecah ratusan ribu,mudah-mudahan perkahwinan yang bakal di bina hingga ke akhir hayat.=)

    ReplyDelete
  2. Errr...Cepatnya Apek kawen...

    ReplyDelete
  3. tuah badan tp tak membazir ke?

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi cik kiut rose mawar gitu.(saja ja menambah..) huhuh..orag glamer syok an, ramai betul org nak taja

    ReplyDelete
  5. tu diaaa..byknya modal..mbazir je

    ReplyDelete
  6. uuuyooooo...recep kat Royal Bintang tuh..hehehe

    ReplyDelete
  7. untung dorang ramai org taja....moga bahagia selamanya

    ReplyDelete
  8. semoga Majlis mereka berjalan lancar dan diredaai ALLAH :)

    ReplyDelete
  9. kawen mcm ni punya belanja kena jaga lah rumah tangga betul2

    ReplyDelete
  10. MB Kelate Nik Aziz ada hantar surat kepada bapa Leuniey sebab apa, yek?? mm..

    ReplyDelete
  11. siapa sangka jodoh dia smpai dgn org lain..

    ReplyDelete
  12. done hotlink....jgn publish tau kak

    ReplyDelete
  13. untung ler jd org femos ... mjls sume dpt tajaan ...

    ReplyDelete
  14. tok guru nik aziz yg nak nikah kan dorang..cyaalah..hehe

    ReplyDelete
  15. tahniah2

    sama cantik sama padan dorang ni kan

    ReplyDelete
  16. salam kak...alhamdulillah...tahniah buat mereka :)

    ReplyDelete
  17. Hebatnya krn Menteri Besar kelantan (Tuan Guru Nik Aziz) sendiri yg akan menyempurnakan pernikahan dua mempelai ini...

    ReplyDelete
  18. benar2 hebat kos perkahwinan mencecah itu. Duit kalau banyak buat apa ja pun boleh, namun amalan bersedekah kita utamakan ..

    ReplyDelete
  19. nak tanya CR..sudikah untuk kemaskan blog etuza ni? bagaimana caranya CR nak amik kod2 saya dalam designe tu, tamplate saya ni jenis unik, 3 kolum, tapi nak juga blog cantik macam blog CR, 2 kolum pun tak apa, yang penting kekal kan header dari Mama Arina. Hehehe..nanti jangan publish komen etuza ni ok..tq

    ReplyDelete
  20. CR tolong respon cepat2 tau..tqvm

    ReplyDelete
  21. wow..best nye dapat banyak tajaan kan...

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum rose...tahniah2 buat apek n Leuniey...:)

    ReplyDelete
  23. wallah...tuah manusia takde sape yg tau....tak penting perbelanjaan yg tinggi yg penting jodoh berkekalan hingga ke akhirat

    ReplyDelete
  24. akhirnya kawen juga apek.. setelah digossip dgn ramai wanita..sedih pula kat elia. :( hehe padahal dia relax jer :)

    ReplyDelete
  25. semoga berjalan lancar kan

    cr..su dah email :D

    ReplyDelete
  26. Wah...Bertuahnya Apek dan Leuniey ^_^

    ReplyDelete
  27. untung mereka dapat tajaan mg kekal sampai hujung nyawa..

    ReplyDelete
  28. mesti la meriah..sana sini org nk sponsor.. kalo deqla pun nk mcm tu..hihi

    ReplyDelete
  29. Mesti gempaq satu kg Chenang tu nanti..

    ReplyDelete
  30. tu la kan..untungnya depa..dah kaya siap ada sponsor lagi.bertuahnya badan :)

    ReplyDelete
  31. uihhh...dasat..moga kekal lah kalo x jd mmbazir 300 ribu tu huhuhu..

    ReplyDelete
  32. Orang popular. ...byk tajaan..kikiki

    ReplyDelete
  33. moga2 semuanya berjalan dgn lancar..

    ReplyDelete
  34. moga semuanya berjalan lancar.doakan yg baik2 utk mereka kan :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠