22 December 2012
Astagfirullahhalazim!!! Gay Pun Ada Masjid Ke?
Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid. Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.
Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini. Zahed mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.
Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.
“Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal,” tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.
“Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat,” tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.
Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.
“Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan. Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam,” terangnya.
Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.
Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: “Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu.”
sumber: billyinfo.blogspot.com
psst!!! nie macam mengalakkan lagi mereka melakukan perbuatan yg terkutukkan.... huhuhu...Dunia Sekarang....
29 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam-macamlah sekarang ni.
ReplyDeleteSalam Ukhwah..
ReplyDeletenisah jalan2 sini
best entri, masyarakat sekarang, tak tahulah apa yg yg mereka mahu, kelam kelibut dlm agama...
Ya Allah!! Takkn nk ulangi sejarah kaum nabi Luth. Dah btul2 hilang akal ni.
ReplyDeleteMoga Allah memberi petunjuk pd mereka.
Astaghfirullah..Ni LGBT ni memang dah tak boleh dibendung dah kegiatan mereka.Dapat hak istimewa pulak tu.Harap2 tempiasnya tak terkena pada negara kita sendiri..
ReplyDeleteAstaghfirullahalazim!
ReplyDeleteNi nak menyamakan Islam dengan kristian..terang-terang dah nak menghina islam.. dah lari dari landasan islam terus... perasan tak ni macam nak meracuni pemikiran orang-orang islam sekaligus nak tunjukkan pada penganut agama lain yang islam ni sama je dengan agama lain..
Sekarang ni macam-macam cara halus nak menjatuhkan islam..
tengok buat masjid tu dah macam bagus. tapi sayang, gay . masjid pulak untuk gay . rosak akidah
ReplyDeleteLahai....macm ni pon boleh ke....dunia dunia.....
ReplyDeleteIni namanya mencampurkan bangkai tikus dalam makanan berkhasiat. Mungkin ada tokoh2 agama besar dunia spt Yusuf Qaradhawi yg boleh nasihatkan mamat2 ni tentang keindahan Islam...
ReplyDeleteastaghfirullah,
ReplyDeleteapa nak jadi ni..
moga mereka kembali ke pangkal jalan
diberi hidayah dan petunjuk dari Allah..
macam menghina agama sendiri..
Astaghfirullahhalazim. Biar btl ni. Diorang ni memalukan Islam btl!
ReplyDeleteuish! apa la nak jadi dengan dunia ni!
ReplyDeleteAstaghfirullah....makin songsang umat islam ni..Nauzubillahiminzalik.
ReplyDeleteTak patut la camtu..!!
ReplyDelete'giler...'
ReplyDeleteish ish ish... dah macam2 dah sekarang ni ye.. takut pulak...
ReplyDeleteMakin bercelaru diorang ni... islamik mcm mana sekalipun.. hubungan sejenis tidak dihalalkan dalam islam...
ReplyDeletemasyaAllah..bole ke mcm tu?mcm2 hal lah diorg nih,manusia akhir zaman kot..takut dibuatnya
ReplyDeletemasya allah.
ReplyDeletebila allah swt turunkan bala, org2 yg tk bdosa pun tkena sama.... smoga mereka smua diberikan hidayah
ape nak jadi dgn dunie skrg ni. sesat.
ReplyDeletesesat dah tu. macam2 betul.
ReplyDeleteish pening betoi la
ReplyDeletemacam-macam kan la ni
ReplyDeletehuhuhu
ReplyDeletemcm2 la zaman skrg..mmg gila lah kalo betul..
hepi wekend kak ros :)
mengarut betol depa ni! huhh
ReplyDeleteAstagfirullah al azim...dunia memang dah akhir zaman
ReplyDeletemcm2 hal la diorg ni. mengarut tol..
ReplyDeletesalam cr..
ReplyDeletehuhuh...اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ...
ni la dinamakan kiamat kecil..
نعوذ بالله من ذلك ..
Astagfirlullah...!
ReplyDeleteNampakkan..dunia kita makin kepenghujungnya...
moga mereka ni kembali ke pangkal jalan...teruk betoi la
ReplyDelete