12 December 2012

Info 10 Amalan Terbalik Dalam Masyarakat Kita Sekarang




10 AMALAN T E R B A L I K YG TIDAK DISEDARI

Antara amalan-amalan yang mengalami tranformasi dari keadaan asal:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di sahihkan oleh al-Hakim)

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
 
 
Pssst....Hari nie banyak pulak isu buat korang untuk berfikir dan renung2kan bersama hihihi

45 comments:

  1. falsya sokong sgt statement2 tuh semua..;)

    ReplyDelete
  2. Dunia dah tonggang terbalik dah...Astaghfirullah

    ReplyDelete
  3. As salam Cik Rose,

    Semuanya betul & tak dapat dinafikan... tp kdg-kala budaya atau amalan org dulu2 ada sebab musababnya juga tetapi yg byk ditokok tambah sehingga jd mcm tu... Semoga kita mencontohi amalan & sunnah Rasullullah SAW itu yg terbaik! :))

    ReplyDelete
  4. sangat terkesan dengan entry CR, benar2 menyetujuinya. Lepas ni harus hati2. Apapun di tempat etuza menyampaikan keperluan dan wang sebagai sedekah adalah budaya kami kala ada kematian, kalau perkahwinan kami beli buah tangan ja, sebagai hadiah kepada mempelai.

    Budaya memasak bersama2 juga masih diamalkan di sini, ada kematian atau kahwin.Tq ingatan yang baik ni..

    ReplyDelete
  5. Betul CR.. Amalan yg sedang berlaku dlm kalangan kita sekarang. Tapi ada juga yang dah buat perubahan. Nampaknya ramai juga yg ke Mekah hanya buat kenduri selepas balik dari sana.

    ReplyDelete
  6. itulah akk masalah sekarang...huhuu

    ReplyDelete
  7. Malangnya,perkara yg dinyatakan sudah sebati dalam masyarakat kita...esp. yg no 1..tak der pun ustaz2 yg tegur perkara ni,malah jadi pembaca doa di majlis tu..

    ReplyDelete
  8. Salam Rose..mmg gitu la perangai org2 kiter,tp klu g umah org meninggal kat sini..disediakn 1 jug tuk org2 bersedekah ketika dtg menziarah simati.Bukan bg masa bersalam dgn kluarga simati.

    ReplyDelete
  9. Renungan tuk semua...bagus ni..banyak yang dah terpesong kan

    ReplyDelete
  10. betul tu..peringatan yg bagus utk semua ni

    ReplyDelete
  11. betul tuh kak...org skang nih byk amalan n adat yg tak berlandaskan agama Islam...Bila tegur kne mrh pulak

    ReplyDelete
  12. semua perkara tu mmg realiti..skrg 10 perkara tu mmg dah terbalik kan..

    ReplyDelete
  13. MJ dah klik Nestum :D (jgn publish komen ni na)

    ReplyDelete
  14. Nak kupas yang no 2... ziarah kematian.. biasanya setiap kali ada kematian.. orang yang datang ziarah mmg ada menghulurkan sumbangan.. tak pernah lagi jumpa org tak memghulurkan sumbangan.. mungkin ada gak yang tak prihatin...

    ReplyDelete
  15. memang banyak yg terbalik sebenarnya.

    ReplyDelete
  16. Setuju ngan entry ni.. Banyaknya amalan yg dh terbalik.. Hu hu...

    ReplyDelete
  17. hmmm... renungan bersama... tq cik rose...

    ReplyDelete
  18. semua betulkan apa yang terkandung dalam entry tu...

    bab kenduri arwah tu...sepatutnya tak perlulah tuan rumah masak2..

    ReplyDelete
  19. sangat2 setuju.sekarang ni semuanya dah terbalik.

    ReplyDelete
  20. Ada banyak lagi amalan terbalik org kita. Misalnya kalau waktu solat sunat tarawih, org begitu ramai di surau dan masjid (malam2 pertama hingga ke-10 khususnya), tapi utk solat fardhu berjemaah di surau/masjid boleh bilang dgn jari bilangan jemaah yg hadir. Seolah2 kita lebih utamakan yg sunat dari yg fardhu. Begitu juga dgn solat sunat Raya, org berbondong2 ke masjid malah yg tak pernah pijak tangga masjid dan tak kenal sejadah di rumah pun turut pergi tunaikan solat sunat...Pelik kan??

    ReplyDelete
  21. kena ubah nmpknya amalan2 yg tak bagus nie..:)

    ReplyDelete
  22. setuju sangat2..





    tima kasih ye che ros bb sudi nak edit blog ita...
    buat masa sekarang ni tak terfikir lagi nak tukar yg lain..bla ita rasa nak berwajah baru nanti ita bagitau che ros ye..
    :)

    ReplyDelete
  23. setuju sangat2..





    tima kasih ye che ros bb sudi nak edit blog ita...
    buat masa sekarang ni tak terfikir lagi nak tukar yg lain..bla ita rasa nak berwajah baru nanti ita bagitau che ros ye..
    :)

    ReplyDelete
  24. setuju sangat2..





    tima kasih ye che ros bb sudi nak edit blog ita...
    buat masa sekarang ni tak terfikir lagi nak tukar yg lain..bla ita rasa nak berwajah baru nanti ita bagitau che ros ye..
    :)

    ReplyDelete
  25. emm..kdg2 kita tau tp buat2 xtau..xberani nak tgur malu kot..huhu..melayu2

    ReplyDelete
  26. ADUH,TERASA..TERASA..HIHIHI..TP MMG BETULLAH MASYARAKAT SEKARANG KAN..MAJORITI BUAT BENDA2 YG TERBALIK MCM TU

    ReplyDelete
  27. thanks for sharing akak.. tp memg d aterbalik da semua.. bila adat melebihi agama

    ReplyDelete
  28. morning CR ..
    a`aa..beetul tu..paling suka yg last tu..
    suka yang ke sepuluh...

    ReplyDelete
  29. memang betul pun kan akak..satu lg, org kalau dah lambat bgn pg nk gi keje,terkejar2 trus bgn n rempit ke tmpat keje..tp kalau lambat bn subuh,xde pn smpai terkejar2 nk solat...dunia akhir zaman...

    ReplyDelete
  30. renungan bersama ni sis..tengs sharing :-)

    ReplyDelete
  31. stuju 2 kak...memang dunia dah tebalik gila..:)

    ReplyDelete
  32. pernah terbaca jugak..banyak yg betulnya tu~

    ReplyDelete
  33. Terima kasih ,kerana ingat mengingati.

    ReplyDelete
  34. betul tu kak.. deqla sokong..yg x betol tu la ramai dok ikot...huhuhu

    ReplyDelete
  35. nice sharing buat renungan..singgah sini lawat k.ros :)

    ReplyDelete
  36. nice sharing dan info la kak rose :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠