24 December 2012

Zul Ariffin Dah Ada Buah Hati

Zul Ariffin

KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai hubungan cinta antara pelakon Zul Ariffin dan penerbit filem Tayangan Unggul, Gayatri Su-Lin Pillai akhirnya menemui jawapan apabila lelaki itu mengesahkan tentang perhubungan tersebut.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 26, berkata, perhubungan cinta itu sudah tujuh bulan dijalinkan dan ia masih lagi di peringkat awal dalam mengenali antara satu sama lain.
"Benar saya dan dia (Gayatri) bercinta. Kami mula rapat sejak penggambaran filem Penanggal sekitar bulan Mei lalu.
"Seperti semua tahu, dia seorang yang sangat disenangi ramai dan antara tarikan lain membuatkan saya jatuh hati kepadanya ialah perseonalitinya yang lemah lembut.
 
Zul tertarik dengan sifat lemah lembut Gayatri.

"Kami lebih rapat apabila masing-masing sangat serasi dalam membincangkan sesuatu perkara. Malah saya sangat selesa apabila berada disisinya," katanya.
Beberapa bulan lalu, gosip Zul yang dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan Gayatri tersebar namun Zul mahupun penerbit filem itu enggan memberikan sebarang komen tentang hubungan tersebut.
Walaupun tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua mereka, hUbungan cinta yang dijalinkan itu tetap dipersoalkan.
Zul dikatakan mempunyai citarasa ke arah wanita yang lebih matang memandangkan sebelum ini dia juga pernah bercinta dengan Abby Abadi lebih kurang selama dua tahun.
Sementara itu, Zul berharap agar tiada yang cuba membangkitkan isu tentang jarak umur antara mereka yang jauh berbeza kerana keputusannya untuk menjalinkan hubungan dengan Gayatri tidak ada kena mengena dengan status atau usia wanita itu.
"Sejak dahulu lagi, saya tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau had umur dalam menjalinkan sesebuah hubungan.
"Begitu juga sekarang, cinta saya terhadap Gayatri ikhlas. Apa-apa pun hubungan ini masih lagi baru dan kami belum lagi memikirkan ke arah perkahwinan," ujarnya.


Psssttt!!! aku terbaca kat Mstar Online....Semoga Cepat Kawin...

29 comments:

  1. owh.. dulu ngan abby skng ngan gayatri.. err gayatri? bangsa apa? hihi..

    ReplyDelete
  2. nma dia mcm yg sbutan lebhraya tu..org mana ni..moga kekal.

    ReplyDelete
  3. tersermpak dgn dia kt KL bike week baru2 ni

    ReplyDelete
  4. nama dia pelik.. huhu.. x pe la asalkan diorang bahagia,

    ReplyDelete
  5. no komen la kalau retisssss ni. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. Kalau dah berkenan cepat bina masjid....

    ReplyDelete
  7. nama gayatri macam nama india kan kan

    ReplyDelete
  8. Kesian Abby Abadi. Sekarang dia dah beralih arah dah...

    ReplyDelete
  9. gayatri ni macam awet muda kan..mmg tak penah kawen ke dia seblom ni ek... ??

    ReplyDelete
  10. Kita doakan yg terbaik dah la...

    ReplyDelete
  11. salam kak cr..

    huhu..dah xde jodoh ngan abby.. moga2 yg naru ni berkekalan lah hendaknye.. amin2..

    ReplyDelete
  12. harap berpanjangan jodoh diorang. :)

    ReplyDelete
  13. apa2 pon pjalanan masih pnjang,.

    ReplyDelete
  14. Gayatri org apa eh kak?
    mmg org msia ke?

    ReplyDelete
  15. Na suka taw zul ni..tapi dye mesti x suka Na sbb Na sebaya dgn dye kan? hihi

    ReplyDelete
  16. nama dia mcm indiankan?memang zul citarasa dia wanita berumur..oklah diapun nampak matured

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠