07 October 2011
Korang Kenal Ahkak Puaka??
Ketika laman peminat “Belia Sokong Khairul Fahmy Che Mat dengan Dalia Teck” diwujudkan, Dalia mula dituduh sebagai individu yang membuat dan menjadi pentadbir laman peminat itu. Ketika muncul juga blog hangat yang ditulis oleh seorang individu yang menggelar dirinya Ahkak Puaka, Dalia turut dituduh sebagai Ahkak Puaka oleh sesetengah pihak.
Yang agak menarik juga kerana pentadbir “Belia Sokong Khairul Fahmy Che Mat dengan Dalia Teck” memang bukan Dalia Teck, sebaliknya MEOW kenal siapa pentadbir laman peminat tersebut, tetapi MEOW yakin kamu sendiri tidak mahu tahu siapa dia, kerana dia memang bukan Dahlia Teck, sebaliknya seorang awam yang langsung tidak mengenali Dalia. Dia hanya menubuhkan laman peminat tersebut kerana ‘nalurinya menyuruh dia berbuat begitu’.
Individu yang bergelar ‘Ahkak Puaka’ itu walau bagaimanapun tidak dikenali. Tetapi melalui perbualan dengan Dalia, MEOW yakin tutur katanya itu tidak membayangkan dia boleh menulis blog dengan gaya bahasa yang digunakan oleh Ahkak Puaka.
Mengakui yang banyak nombor telefon tidak dikenali yang menelefonnya sejak timbulnya isu ini, Dalia memberitahu dia tidak menjawab langsung , kerana menurutnya “bukan apa, saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, dan saya bukan siapa-siapa pun untuk mengeluarkan kenyataan.”
Digelar dengan pelbagai gelaran kurang sopan dan dituduh menggunakan susuk dan guna-guna untuk memikat Fahmi, Dalia langsung tidak membalas kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kepadanya.
“Saya lihat ramai individu yang tidak saya kenali membersihkan nama Khairul Fahmi, dan dia sangat berterima kasih untuk itu. Macam sekarang ramai orang tidak suka saya, saya terima asalkan mereka tidak membenci Fahmi. Fahmi memerlukan orang ramai menyokongnya supaya dia terus memberikan persembahan terbaik di padang, bukan mencaci dia kerana hal-hal peribadi. Saya berasa kasihan padanya.”
Jadi siapa Dalia dalam hidup Khairul Fahmi?
“Saya dan Khairul Fahmi sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing,” jawabnya, “malah apabila dilemparkan pelbagai tuduhan dan beberapa gosip membuatkan kami lebih kerap berhubung. Kami makin rapat selepas pelbagai pertuduhan dan perkataan kurang sopan yang dikeluarkan kepada saya oleh individu-individu tertentu. ”
Khairul Fahmi juga pernah mengeluarkan kenyataan yang Dalia ialah tempat dia mengadu masalah sebelum ini.
“Saya tak nak masuk campur dalam hal Elia dan Fahmi. Yang pasti Fahmi sendiri menyatakan yang dia ada banyak sebab yang membuatkan dia nekad untuk memutuskan pertunangan. Fahmi bukan jenis yang bercerita hal peribadi dia , saya dah lama berkawan dengan dia pun dia susah hendak bercerita tetapi bila keadaan menjadi semakin teruk, dan blog Ahkak Puaka diwujudkan, menyebabkan Fahmi mengadu semua kepada saya. Dan itu satu faktor yang membuat kami lebih rapat. Kami sendiri pun terkejut macam mana Ahkak Puaka dapat tahu tentang semua itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga terdekat atau kawan Fahmi atau Elia,” tambah Dalia lagi panjang lebar, dan mengakhiri perbualan dengan MEOW melalui Facebook Chat.
Jadi apa yang sebenarnya berlaku selepas keputusan untuk memutuskan pertunangan telah menjadkan hubungan Dahlia dan Khairul Fahmi bertukar status kepada hubungan istimewa.
Bagi MEOW, jodoh dan pertemuan di tangan tuhan. Kita sebagai orang luar tidak mengetahui dengan sepenuhnya apa yang sebenarnya berlaku dalam kehidupan Khairul Fahmi dan mungkin apa yang berlaku juga ada hikmahnya untuk individu-individu terbabit, untuk mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka selepas ini. Yang penting, Khairul Fahmi akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga gol Harimau Malaya dengan cemerlang. Dia perlukan sokongan dalam menjalankan tugasnya sebagai penjaga gol pasukan Harimau Malaya untuk menaikkan nama negara, jadi jangan pernah berhenti memberikan sokongan.
P/S: Kalau korang nak terjah Klik Sini aku selalu jugak pegi baca n3 Ahkak Puaka nie.......tapi aku tak pernah komen...just baca jer.....
13 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
suke cara dahlia...xamik pusing pun!
ReplyDeletejodoh tu di tangan Allah. kalau dah jodoh, tak kemana.
ReplyDeletebui pun pernah jugak masuk blog ahkak puaka tu..seronok jugak baca bebelan dia..tp tak pernahlah tgglkan komen
ReplyDeleteisu elia dan fahmi tu,anggap jer lah takder jodoh kan..kalau kita asyik cakap umpama kita ni melawan takdir Allah..betul tak..
@Uchi kay-f @hmad
ReplyDeletebetul uchi...cam tak giler glamourkan!!! hihihi
@NasZ
ReplyDeletebetul tue Nasz...jodoh di tangan Tuhan....kita hanya mampu merancang....tapi Dia yang menentukan....
eh dia 18 ke,,ada can la ni,,huhuh
ReplyDelete@Bui Junaidi
ReplyDeleteOoo Bui pernah jenguk jugak Ahkak puaka tue....hihihi Sama ler kita...
kdang2 tgok suci je elia ni.
ReplyDeletetp kdg2 mulut lepas gak.
tak sokong sapa2.
tp tgok jelah siapa yg tak henti2 mngutuk nanti.
@yen(toka ziizokukuto)
ReplyDeleteAda cam boleh gorat hihihi muda lagi Si Dahlia tue...
@budakijaupendek
ReplyDeleteAkak tak sokong sapa2 dik hihihi..
Ahkak puaka tebing mana pulak tu kak. haha :P
ReplyDelete@faizal mohd
ReplyDeleteFaizal terjahlah...blog dia tue...yang KLIK SINI..hihihi
x suka dahlia nie , haha
ReplyDelete