12 October 2011

Cucur Udang Geragau resepi dari blog Azatiesayang


Assalamualaikum semua...slmt pagi ya... hari nie cuaca baik.....malam tadi pun tido terasa sejuk..biasa aku tidur bukak kipas no 3 kebiasaannya la....Tapi malam tadi dalam pukul 2.00pm aku sedar...terasa sejuk sangat2  aku rasa badan syifa pun sejuk......aku bangun aku betulkan kipas letak no 1....korang rasa sejuk tak malam tadi?....Kat bawah nie resepi dari blog "azatie sayang" aku copy paste...aku rasa teringin pulak nak buat cucur geragau....nie first time dengar hihihihi....


BAHAN-BAHANNYA (sumber:MG)
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
  2. Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....

8 comments:

  1. cik rose..kak atie pandai masak kan..best2 jer tgk gambar masakan dia...

    mlm tadi saya pun tutup kipas dlm kul 2..tetiba sejuk plk...

    ReplyDelete
  2. mmg sdp cucur geragau ni...kena lak makan time2 hujan...pekena lak ngan kopi ke...alahai nikmatnya...

    ReplyDelete
  3. lawalah template baru!

    x penah buat cucur nih..sy salu buat cucur yg taruh udang dgn kentang jer..tak pon taruh kelapa jer..tak pon taruh nestum..


    p/s: anak cik rose syifa seorang ke atau ada yg lain lg?

    ReplyDelete
  4. terliur. sedapnya!!! walaupon cekodok. :

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠