03 October 2011

Perbezaan Ikan Keli Halal Dan Haram!!!!




Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
Kepala berbentuk 'V'
Bentuk badan mirip torpedo
Badan berwarna hitam berkilat
Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
Kepala berbentuk 'U'
Bentuk badan tirus
Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Salam Ukhuwah..~

Info pada foto..~

11 comments:

  1. bagus2.. saya suka makan ikn keli.. mgkin post ni akn membantu sy.. thanks.. :)

    ReplyDelete
  2. geli geleman tengok ikan keli tu..bui tak pernah makan lagi..*_*

    ReplyDelete
  3. tak pernah tau pn..tq 4 sharing :)

    meh amek award:
    http://zira-aziz.blogspot.com/2011/10/versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete
  4. erk ikan keli kegemaran sy jg...dah mkn taktau plk yg halal haram..rasanya semuanya keli halal...thanks for this info.

    ReplyDelete
  5. nasib Kancil ndak boleh makan ikan keli...

    ReplyDelete
  6. emmm...ratu tak makan keli tp makan sembilang :)

    ReplyDelete
  7. owh..baru tahu. thanx sudi share. kena hati2 pasni.

    MOHD NASER.com

    ReplyDelete
  8. @PCL

    Memang ikan keli halal tapi tengok jugak siapa yang taukeh kolam...Cina @ melayu...hihihi

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠