29 June 2012

Kek Batik


Tadi aku google nak carik resepi kek batik...tup-tup pergi ke blog Hana Memories terus aku copy resepinya...Mana tahu ada masa nanti aku ingin mencuba resepi nie...

Jom! tengok resepi kek batik...Emm memang sedap bila tengok gambar di bawah nie...

RESEPI KEK BATIK LAPIS
resepi asal : wendyy@table2more @ hanamemories
olahan kedua : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 250g@satu peket biskut merie
  • 200g@satu peket milo
  • 397g @ 1 tin susu pekat - hana buh 3/4tin
  • 5 biji telur
  • 1sk esen vanilla
  • 150g butter @ 2/3 cawan
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1sk nescaffe - optional
  • 2 sudu besar air panas - optional (utk kek yg agak moist)
Cara-cara
  • Sediakan loyang 7 inci yang di alas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya. Pastikan kertas minyak melebihi paras loyang. Ketepikan.*boleh rujuk step by step di SINI.
  • Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.
  • Cedokkan satu senduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susun biskut di atasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.
  • Lapisan yang terakhir tekan sedikit lebihan kertas minyak tadi supaya permukaan rata dan tutup. Dan biarkan sejuk beberapa jam di dalam peti ais.
  • Keluarkan dan potong. Hidangkan.


Tips Resepi Kek Batik Lapis yang cantik dan tidak melekit-lekit ( untuk resepi yang nih yer):
  • Alas loyang dengan kertas minyak @ plastik wrap supaya senang nak potong dan keluarkan dari loyang.
  • Sebelum matikan api, pastikan tekstur adunan bukan sahaja pekat tapi KASAR berbintil2 seolah menggerutu. Teruskan mengacau adunan sehingga menjadi tekstur yang sebegitu. sesudah itu br boleh matikan api dan angkat.boleh rujuk blog wendy utk teksturnya.
  • Untuk lapisan pertama dan kedua susun biskut berlainan arah.. juga rujuk blog wendy..
  • Selepas siap melapis ratakan permukaan kek dengan plastik wrap atau lebihan kertas minyak supaya licin.. Jangan tekak kuat sangat, nnti lapisan biskut akan pecah dan lari dari kedudukan asal.
  • Seelok2nyer sejukkan dalam peti ais semalaman. (biasa hana buat mlm, so keesokannya dah bleh mkn dan kek nmpk cantik sbb lg padat)
  • Potong menggunakan pisau yang tajam dan di basahkan terlebih dahulu dan lap.. untuk potongan kedua lapkan dulu pisau dengan kain@tisu basah dan ulangi proses memotong seperti tadi.

P/s: Cantikkan kek batik yg di hasilkan oleh hana nie...nampak cam padat...mesti sedap...Untuk hana Sorry copy resepi nie..

24 comments:

  1. chantek tsusun b.marie 2..hehe..ida sllunya x guna koko + nescafe sbb naty rasa dia pahit ^_^

    ReplyDelete
  2. yummy..ambik resepi yaa..nk try buat

    ReplyDelete
  3. Panjangnya teks resepi, susah jugak nak buat tu. Kalau Cik Rose buat dan jadi poskan saya sekeping...hihihi...

    ReplyDelete
  4. nengok gambo dah tau mesti shedapp nih...nt cr buat,cr tayang kat sini eks..tgu saya buat sure tk menjadi :)

    ReplyDelete
  5. cantik sgt...nampak macam play-doh..hehe..sy tak pandai masak..

    ReplyDelete
  6. salam cik rose..

    wah...terliur sungguh tgk kek batik tu..
    kak hana mmg superb dlm buat kek2 ni..sentiasa terliur oh...huhuh..

    cuma..dh try byk kali tp x menjadi2..cik rose dah menery ?

    tq for sharing the recipe!

    ReplyDelete
  7. wah sedapnye...nnti klu dh bt jgn lupa pos kat mie sikit yer...2.3 hr x msuk blog cik rose dh brtukar wajah...

    ReplyDelete
  8. Mmg sedap ni.... Lama dah nak cuba tapi mcm malas hehehe

    ReplyDelete
  9. cantik betul kek batik yg kak hana buat ni. rasa terliur nak makan kek batik juga!

    ReplyDelete
  10. TELAN AIR LIUR SY SIS..TERASA KESEDAPAN DI HUJUNG LIDAH...BERANGAN2 JAP...

    ReplyDelete
  11. wah sdpnya....cer krim sikit!!

    ping kat busuk free ja kak..jum try hehe

    ReplyDelete
  12. series cntik kek batik die. ;)

    ReplyDelete
  13. memang saya suka makan kek batik ni.. dulu pernah try nak buat tapi memang tak pandai.. asyik mak saya yang buat.. hehhe.. sekarang dah ada resepi dia, bole la buat utk raya ni.. :)

    ReplyDelete
  14. ssalam rose..cantiknya kek batik dia..acik pernh buat..tapi kurng cantik susunan nya..

    ReplyDelete
  15. wahh menarik ..
    cantikk lagi .. kemasss aje ;)

    ReplyDelete
  16. Kemas susunannya dari cara yang kak ani pernah dok buat.

    ReplyDelete
  17. wah.. cantik betoi kek ni.. elok je bentuknya... :-)

    ReplyDelete
  18. Sedapnya cik rose..kek tu dh mcm bar coklat..

    ReplyDelete
  19. Sya bru buat kek ni, knpa coklat masih melekat2 d kertas mnyak dan agk lmbap..dh ikut resepi btl2 tp xmenjadi..d mana silapnya? Help please:-(

    ReplyDelete
  20. Sya bru buat kek ni, knpa coklat masih melekat2 d kertas mnyak dan agk lmbap..dh ikut resepi btl2 tp xmenjadi..d mana silapnya? Help please:-(

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠