17 May 2012

Gambar anak Dian Sastrowardoyo

Korang kenal ke artis dari Indonesia nie....Aku memang meminatinya sejak dia berlakon dalam filem "Ada Apa Dengan Cinta" tahun  berapa aku tak ingat tapi yang pasti filem nie memang meletop dekat Malaysia ataupun Indonesia...



Aku bukan nak cerita pasal filem nie,aku nak story heroin yg berlakon dalam filem nie.....sudah selamat melahirkan  seorang bayi lelaki...


Wajah ceria dan gembira Dian Sastrowardoyo di Hospital setelah melahirkan anak lelaki beliau. Menurut info dari seberang Dian dan suami memberi nama anak mereka Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo yang dilahirkan secara normal.

Panjangnya anak Dian dan Maulana Indraguna ni, apa-apa pun semoga anak ini akan menjadi anak yang soleh.

Dan berikut jawapan beliau apabila ditanya oleh wartawan : 

  
"Kami sangat bersyukur atas anugerah yang diberikan oleh Allah SWT dan sangat bahagia atas kelahiran putera pertama kami.
"Alhamdulillah selama saya mengandung dan proses bersalin semuanya berjalan dengan lancar," tulisnya.
Tambah isteri kepada Maulana Indraguna Sutowo ini, kehadiran cahaya mata tersebut memberi semangat kepada dia dan suaminya, malah mereka berjanji akan mengutamakan keluarga biarpun sibuk dengan kerjaya masing-masing.
"Kami akan sentiasa menjadikan keluarga sebagai keutamaan biarpun kami sibuk dengan kerjaya kami, kami berjanji untuk menjadi orang tua yang baik untuk anak kami.
"Buat masa ini saya masih berehat dan pemulihan, maka tiada sesi bertemu media," tambahnya
.

Note: Panjang betul nama anak hehehehe

8 comments:

  1. tahniah buat Dian.. sangat2 cantik la dia.. saya pun sngat2 suka dia ni sejak dia berlakon AADC... :)

    ReplyDelete
  2. Panjang betul name anaknye . Terbelit lidah nak sebut nie . huhu :)

    ReplyDelete
  3. nk sebut nama anak dia pun bebelit2..anak pun sm hehe

    ReplyDelete
  4. panjang sungguhlah nama anak dia.. dian pun masih cantik cam dulu2... tahniah buat dian!

    ReplyDelete
  5. Kiut jer anak dia.. MAcam mak dia jer.. :D

    ReplyDelete
  6. nama je panjang. nnt pggl nama singkatan je.

    ReplyDelete
  7. La dah ada anak rupanya Dian ni..ishk2 M ni mmg ketinggalan sesangat la nampaknya..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠