24 May 2012

KEMENTERIAN KESIHATAN LARANG RAWATAN LINTAH

Author : Cik Rose Cute | 9:34 AM | 24Total Comments |
Aku tengok pun mengelikan.....Kalau lintah letak kat muka aku...mau satu kedai tue dengar suara aku menjerit.....Korang geli jugak ke? Aku tak sanggup dengan cara perubatan cam ni...



Kaedah dikesan tak selamat, risiko sebar penyakit berjangkit

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan tidak pernah memberi kelulusan kepada pusat kesihatan menjalankan kaedah perubatan melalui penggunaan lintah kerana keberkesanannya tidak dapat dibuktikan secara saintifik.

Sehubungan itu, orang ramai dilarang menggunakan lintah sebagai kaedah rawatan yang dikesan tidak selamat dan mampu membawa risiko penularan penyakit berbahaya yang berjangkit melalui darah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata penyebaran penyakit berbahaya itu boleh menular apabila lintah sama yang menghisap darah pelanggan iaitu pembawa kuman, digunakan pula merawat pengguna lain.

“Kita memang tidak benarkan kaedah ini untuk rawatan kerana ia belum terbukti berkesan, termasuk tanggapan lintah menghisap darah kotor juga salah, tiada darah kotor dalam perubatan. Berhubung penyakit tibi, berkemungkinan besar seseorang itu boleh berjangkit kerana duduk bersebelahan ketika menjalankan rawatan itu, tidak semestinya oleh kuman dibawa lintah.”

“Proses rawatan itu memang mampu memindahkan penyakit berbahaya yang berkaitan dengan darah ketika penggunaan lintah itu. Kesan gigitan lintah juga boleh melambatkan darah beku,” katanya ketika mengulas kenyataan Pakar Dermatologi Hospital An-Nur, Dr Saadiah Sulaiman, kaedah rawatan berkenaan yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta mengeluarkan darah kotor, sebenarnya mendedahkan pelanggan kepada sejenis penyakit batuk kering (tibi) ganjil.

Dr Saadiah berkata, setakat ini dua pelanggan sudah berjumpa dengannya untuk mendapatkan rawatan susulan selepas dijangkiti penyakit itu akibat terapi terbabit.

Dr Hasan berkata, pada masa sama pengguna diminta memberikan maklumat berhubung pusat rawatan didakwa mampu menyebarkan penyakit terbabit supaya kementerian boleh mengambil tindakan selanjutnya.

“Beritahu kita maklumat di mana pusat rawatan didakwa menyebarkan penyakit tibi itu, kita akan pergi sana untuk ambil tindakan,” katanya.


P/S:Hari tue...ada jugak keluar isu...yang lintah elok untuk perubatan...Sekarang..korang jangan amalkan perubatan dengan menggunakan lintah okey....


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

24 comments:

  1. ada betul nyer sbb kite x tau ada sesetgh pengamal perubatan x penah ambil port ttg perkara2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. eiii..jgn kata tgk dengar perkataan lintah pun dh geli..kecik2 dulu kalau main kat paya ada anak lintah kay kaki mmg menjerit mcm org kena histeria la..pacat pun sama..eeiiyekkk..

    ReplyDelete
  3. waaaa mana satu nak dipercaya kan ..dulu kata bagus lintah ni ..pas tu tak pulak .. ishk2 ...

    apapun ..trm kasih sis sebab share kan isu ni :)

    ReplyDelete
  4. ramai jgak yg buat cam ni rasanye..xboleh eh rupenye

    ReplyDelete
  5. Kalau tak silap saya perubatan menggunakan lintah ini juga diamalkan di luar negara, cuma ia dilakukan oleh pakar yg terlatih dan bertauliah dan bukannya pengamal perubatan tradisional yang subjek sains di peringkat SPM pun mereka gagal.

    ReplyDelete
  6. huhuhu... tengok jer pun dah geli...
    ni mungkin lintah yg dah digunakan lepas tu guna semula kat pesakit lain...

    ReplyDelete
  7. oh mak ai... gelinya tengok gambar lintah tu.. lemah semangat saya.. hohohohoho...
    geli sangt2 la..taknak la saya guna lintah ni nak buat ubat.. huhuhu.. nanti terjejas pulak kesihatan saya dan keluarga..

    ReplyDelete
  8. eeeee...goli den..xsuke lintah..xpenah n xakan gune kaedah lintah nieh..

    ReplyDelete
  9. oy mak tak kuat aku iat lintah geli

    ReplyDelete
  10. BOLEH GUNA LINTAH NI TP SETIAP KALI LEPAS PAKAI,LINTAH TU MESTI DIBUNUH..YG SEBARKAN PENYAKIT TU DIA ORG GUNAKAN LINTAH YG SAMA..

    TP KALAU BUI LAH MMG X SNGGUP,TENGOK JER DH GELI...EIIIII

    ReplyDelete
  11. bagus suruh sya pegang cicak dari binatang neyh.. yearrkk... geliii

    ReplyDelete
  12. geli lah...xbole nk bayang lintah letak kt badan tok berubah...huuuu

    ReplyDelete
  13. tak sanggup dengan rawatan ni... geli geleman

    ReplyDelete
  14. saya dulu bukak kedai lintah.jadi kes kes larangan gini selalu saya harungi...hehe...anyway

    akak,nak tanya jugak,lama tak akak nak page blog saya tu?curious.

    ReplyDelete
  15. eii tgk pon dah geli apatah lg nak letak-letak kat badan..


    yg bekam tu sy konpius gak..cemana boleh tau yg keluar tu darah kotor ke bukan ek?

    ReplyDelete
  16. aduhai js tak sanggup nk tengok lintah tu...tak blh nk baca entry awak...huhu

    ReplyDelete
  17. thanks akak untuk feedback tu... :)

    ReplyDelete
  18. huhu...
    lya mmg x sanggup nk gnakan lintah ni

    ReplyDelete
  19. pulak dah....

    ttp kalau dgn lintah mmg akak geli sgt2....eeeee.....xsanggup.

    ReplyDelete
  20. morning cik rose..aiiyakkk.pagi2 masuk sini nmpk lintah lagi..eeii...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠