07 May 2012

Tabiat anak suka koyak kertas

Anak korang ada tak tabiat suka  koyak kertas? si kakak gan syifa memang suka koyak kertas..pantang nampak kertas mesti koyak dan sepahkan satu rumah....Hari tue aku ada baca satu kes yang berlaku dekat Ipoh.Aku baca pun terkejut...mesti korang dah bacakan...





IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.

Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

Ibunya, Siti Erna Izura Abd Jamil, 32, berkata, niat untuk memberikan pendidikan agama kepada anaknya itu telah menjadi igauan ngeri kepada mereka sekeluarga.

Menurutnya, guru-guru di sekolah itu juga tidak memaklumkan keadaan anaknya yang mengalami asma selepas memakan cili itu kepadanya.

“Lebih memilukan, saya tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar dua hari tanpa rawatan dan dibiarkan terbaring di katil asrama sambil menahan kesakitan.

“Keadaan itu diceritakan oleh bapa salah seorang pelajar yang kebetulan melihat Ainul Aiman Hafiz terbaring sambil menekan perut ketika mengambil anaknya di asrama itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Siti Erna berkata, Ainul Aiman Hafiz juga enggan kembali ke sekolah berkenaan kerana masih trauma dan dia merasakan hukuman itu tidak sesuai bagi kanak-kanak kecil.

“Ketika lawatan guru-guru sekolah itu ke hospital ini, mereka mengaku ada memberikan cili padi dan menerangkan bahawa hukuman itu adalah biasa di sekolah berkenaan.

“Mereka maklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberi kebenaran mengenakan hukuman tersebut dan mereka mengaku tersalah bagi hukuman kepada anak saya,” katanya.

Katanya, dia kecewa dengan sikap lepas tangan guru-guru sekolah berkenaan yang lambat memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Saya tergerak hati untuk menelefon sekolah, barulah mereka beritahu keadaan anak saya tidak mahu makan menyebabkan saya pergi mengambilnya dan barulah perkara ini terbongkar.

“Anak saya diwadkan selama empat hari bermula 15 April lalu. Laporan polis telah dibuat berhubung kejadian ini dan saya dinasihatkan oleh Kementerian Pelajaran Negeri untuk bertemu dengan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi mengadu perkara ini.

“Saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran untuk tukarkan anak saya ke sekolah lain. Difahamkan ramai lagi murid dipaksa makan cili kerana ia telah menjadi hukuman biasa bagi sekolah itu,” katanya.

Memo:Tak patut buat camtukan...kesian kanak-kanak...nanti dorang takut nak belajar atau ke sekolah....

35 comments:

  1. makan cili tu sangat lah kejam..boleh bahayakan kesihatan kan..

    ReplyDelete
  2. ish....cian kat budak tu..apa ke zalim sangat hukuman tu...tak sesuai langsung..ni nak marah nie....hihihhihi..

    ReplyDelete
  3. ya ALLAH..mcm tuh skali..kut ye pun nak mendidik anak jgn la smp tahap mcm tuh..

    ReplyDelete
  4. melampau je...tak leh terima je kalu anak kite di perlakukan mcm tu....

    ReplyDelete
  5. tu yg takut nak bg anak kecil skolah asrama.. kalo boleh nak tgk anak membesar depan mata.. kita pun x sanggup nak buat anak camtu tp org x de perasaan.. pilunya hati si ibu.. hurmm... harap perkara ni x jadi lg..

    ReplyDelete
  6. Astaghfirullahalazim... apsal la kejam sangat guru2 kat sekolah tu.. kejam nya... dah bagi budak tu makan cili tanpa minum air boleh pulak dorang lepas tangan macam tu jer.. tak inform kat mak bapa dia tentang anak tu... ishhh..

    ReplyDelete
  7. kesiannya kat dia. byk cara lagi yg boleh dilakukan kalo nak denda anak murid. meh sini kita soh cikgu skolah tu pulak mkn cili, meh kita tgk apa yg akan terjadi. melampau btoi

    ReplyDelete
  8. ada ke hukuman 'biasa' tu biasa di buat di skolah tu???! pelik???! buat la hukuman biasa yg lain. yg lebih berunsurkan pengajaran daripada penyiksaan!

    ReplyDelete
  9. aduiii cian nyew..kecik lagi la nak denda camtu.

    ReplyDelete
  10. kejamnyer.... dana yg dh tua ni pun tkt nk mkn cili api ni kan pulak bdk2... aduhla...pastu dibiarkan pulak bdk tu kesakitan... apa punya cikgu2 lah ni...

    mmg ptt dikenakan tindakan cikgu yg bt... mcmnelah mereka nk mendidik anak murid ngn cara gini... ish geram lak

    ReplyDelete
  11. alahaii..zalim bebenorrrr sampai buat gitu kat budak!!

    ReplyDelete
  12. sy baru tahu berita ni selepas membaca blog akak ....

    sungguh kejam denda tu....ya Allah moga budak tu dilindungi n selamat semuanya.

    ReplyDelete
  13. dulu masa kat sekolah agama cikgu denda budak yang degil makan tumbuhan #tak igt nama apa... pahit masyaallah... eh, tp saya tak kene, kawan yg cerita...hehe2~

    ReplyDelete
  14. eh, ada plak hukum camtu.. cube hukum suruh dia hafal surah ke, ada gak faedah.. sakit ati bace pasal kes ni

    ReplyDelete
  15. yelah kot . apsal nak makan cili? bukan semua orang boleh makan cili .. macam saya lah ..

    jemput baca kalau sudi :)

    http://www.inikisahtia.com/2012/05/si-dia-tak-luahkan-perasaan-keliru.html

    ReplyDelete
  16. byk2 hukuman... kenapa mesti makan cili... macam dah tak de hukuman lain yg boleh di gunakan...

    kesian ngan budak tu... ;'(

    ReplyDelete
  17. Salam,

    Saikologi mana yang dia orang guna ni. Sanggup tak dia orang berikan cili pada tu pada anak dia orang bila anak dia orang buat salah.

    cuba dulu pada anak sendiri baru cuba pada anak orang lain.

    10 tahun dah boleh diajak berunding. Nasihatlah dengan baik.

    ReplyDelete
  18. kesian kan? Hukuman yang tidak setimpal dengan usia kanak2 tu. Bukan ke cili padi ti bahaya. kita yang dewasa pun kadang2 tak tertahan pedanya inikan anak2...

    ReplyDelete
  19. salam

    sanggup dorang bagi hukuman sampai camtu sekali...

    kalau denda cara lain kan bagus.. contoh bersih kawsan sekolah selama seminggu ke... cuci tandas ke hape ke... ni ala2 nak membunuh je

    ReplyDelete
  20. ishhh mana boleh buat mcm tu..hukuman yg xsesuai..saya yg xcerdik pandai ni pon leh pikir budak2 mana leh tahan perut diorg..lg satu berkaitan dgn kesihatan pulak tu..hurmmm

    ReplyDelete
  21. haish..saya baca pun dah berderau darah..kalau saya adalah ibu kepada anak itu mmg saya suruh guru2 tu semua makan cili 10 mangkuk..hihihi.

    biar dia tahu sedap tahap mana cili tu.eeeeee.. apa punya cara mendidik la..teruk!!

    ReplyDelete
  22. kejam nye.. xptot kot buat mcm tu..

    ReplyDelete
  23. tak patut buat mcm tu...makan cili...adehh...apa la nak jadi ni..

    ReplyDelete
  24. mak aihhh kepala hotak cikgu tuu !
    haa amikk ko ! ... ( sabarrr )

    astarfirullahh .. kalau mati budak tuu macam mana ?? ko nak jawab sbgai biasa ke ?? haaaa
    sakit nyee ati dgr jawapan cikgu2 tuu .. x der denda lain ke nak ajar budak ??? huhuhu nie melibatkan nyawa .

    akk prefer kalau dirotan di tangan , ,macam biasa2 kita guna di sekolah dulu .. kan ok huhuhu

    ps : dik singgang serani tuu .. mayang bawang putih , merah , halia dan kunyit , lada merah sikit nampak cantik , adik beradik ( lawang dan sbgainya ) tumis kan semua bahan ...

    lepas dah tumis semua masuk air asam jawa , mengelegak masukkan ikan , dan air sedikit layie .. haa siap dik .. air tuu ikut lah nak ubuh banyak mana ;)garam jgn lupe ! .. ;))

    ReplyDelete
  25. sekolah agama swata taiping..? dekat sgt tu, tapi tak tahu pula dekat mana sekolah tu..!

    mmg xpatutlah cikgu2 buat mcm tu..! mcm ni ke cara nk didik budak..!

    haishh,...kesian budak tu..!bygkan kena mkn cili tu..kita yg dewasa ni pun trasa perit, ni kan budak2...ish2..apalah perasaan cikgu yg buat tu..!

    rasa nak pi je serang sekolah tu.!

    ReplyDelete
  26. alahaii..kesiannya..xpatut dorg wat cmtu kan?? bkn smua bdk tahan ngan cili..apatah lgi bdk, cik sweety sndiri tak tahan..(^_^)

    ReplyDelete
  27. Kenapa la jai sampai mcm tuu..
    Kesian..

    ReplyDelete
  28. ya Allah. kesiannye budak tu. ade jugak kes same di sekolah. budak berkenaan dh pun tukar sekolah.

    ReplyDelete
  29. kesiannya.. cara didikan tu sgt2 salah bg lya.. blh mybebabkan gangguan emosi gak tu..

    lya ada tbaca, kalo anak2 koyak kertas tu tnda ank kt aktif bfikir.. eyh... ke mcm mana.. xigt dah..tp ada tbaca kat pa & ma kalo x silap..

    cik rose..dh dpt lum lipstik tu?

    ReplyDelete
  30. Ya Allah.. denda apalah camtu yer.. kita ni pun kdg2 xdpt thn pedas.. ni pulak bdk umo 10 thn...

    ReplyDelete
  31. Siannya dgn budak tu kena hukum mkn cili api,nasib baik ibu budak tu tergerak hati nak call sklh dan baru tahu apa yg terjadi kat anaknya....

    ReplyDelete
  32. 10 tahun dah hantar duduk asrama...?koi masa umur 20 tahun masih homesick tinggal di asrama...jgnla hantar anak umur bwh 12 thn duduk asrama..kesian...masa2 ni diorang masih perlukan mak bapak lagi...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠