01 May 2012

Terharunya Aku

Memang aku terharu membaca satu kisah seorang kristian memeluk Islam....Itu semua kehendak Allah...kepada hamba-hambanya....

Muallaf Pun Pandai Tutup Aurat Dengan Sempurna... Mereka Peluk Islam Sebab Nak Jadi Penganut Islam Sejati Sedangkan Kita Yang Nyata-Nyata Islam Tak Menghargai Ajaran Yang Dibawa Oleh Nabi Kita... Sama-Sama Kita Renungkan Kisah Ini...


Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Download Video : http://hotfile.com/dl/142475124/8f765fc/

20 comments:

  1. ya Allah .. semoga beliau kekal di jalan-Nya .. insyaAllah .. rasa kerdil diri ni bila tau ada remaja yang baru masuk islam tapi lebih bersungguh-sungguh mempelajarinya.

    ReplyDelete
  2. masa allah , semangat kita yang islam selamat bagi yg datang

    ReplyDelete
  3. ye la cik rose..mmg terharu sgt baca kisah ni..aritu ada baca kat fb..
    selamat bercuti cik rose..cuti ker kita ni...ermm..sama jer kan...cuti ke tak cuti ker..

    ReplyDelete
  4. hai cik rose....dah bertukar header?...wow mengancamnya..

    mmg terharu baca kisahnya..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,, ssungguhnya, hidayah itu dtg dari Allah terhadap hamba2 yg terpilih shja.. moga2 kita yang mmang ISLAM, akan trus bangga mnjdi umat ISLAM.. INSYA ALLAH

    ReplyDelete
  6. Kebanyakan org Melayu beragama Islam bukan kerana mereka sangat yakin kpd agama Islam tapi kerana mereka berketurunan Islam. Sebab itulah ramai org Melayu termasuk isteri pemimpin2 kita dan artis yg menjadi role model remaja kita tak menunjukkan ktrampilan sbg org Islam. Ia berbeza dgn mualaf yg memeluk Islam kerana keyakinan mereka terhadap Islam. Sebab itulah saya lebih menghormati mualaf berbanding sebahagian org Islam.

    ReplyDelete
  7. akk ada baca dlm blog mana erkk .. dah lama dah nie ..
    sgt2 terharu kan .. dia mualaf punn tahu menghargai keistimewaan islam .. inikan kita orang islam .
    harap2 kita jadikan pengajaran dan renungan bersama .. insyaallahhh

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..bertambah lagi saudara seaqidah...Semoga ALLAh sentiasa mengukuhkan iman kita...

    ReplyDelete
  9. kagum dengan beliau.. kuat semangat dan iman dia... :)

    ReplyDelete
  10. Orang bukan Islam pun mengkaji Islma sehingga mendapat hidayah apatah lagi kita sebagai orang Islam kan ;)

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah... Biarpun dia baru mengenal islam namun saya memang kagum dengan semangat beliau... sesungguhnya saya terasa kerdil dengan beliau bila mana beliau yang baru mengenal islam sangat bersungguh2 utk mendalami islam..

    ReplyDelete
  12. bila nak buat baik ni mmg banyak je dugaan nya..

    ReplyDelete
  13. terharukan.. org bukan islam pun pandai menutup aurat dan nak masuk islam... yg dah tentu2 islam sejak lahir ni.. macam2 hal pulak.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  14. semoga terus diberi hidayah. Ya Allah, besar sungguh kuasaMu.

    ReplyDelete
  15. memang terharu membaca kisag gadis ni...

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah....kat Sabah ramai yang memeluk agama Islam tetapi ditentang keras dengan keluarga mereka. Cerita2 mereka buat YM rasa bersyukur sangat Ibu YM memeluk agama Islam terlebih dahulu sebelum kelahiran YM, walaupun ditentang habis-habisan oleh keluarganya. Syukur...

    ReplyDelete
  17. COMEL SGT2 DIA... MMG TERSENTUH HATI BACA KISAH NI...


    ** CIK ROSE..NANTI CHECK INBOX FB YER.. LYA DAH BELI LIPSTIK TU.. NNTI MSG ADD KAT FB YER..

    ReplyDelete
  18. hai cik rose..nape tak update arini..sibuk ye..apapun header cik rose comey sgt tau..

    ReplyDelete
  19. Allah Maha Besar. kalau Dia berkehendak maka jadilah.

    ReplyDelete
  20. kagum dengan beliau.semoga menjadi contoh buat remaja2 Islam yg dh jauh menyimpang..

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠