Siapa tidak kenal gelagat mereka antaranya Tan Sri P Ramlee. Namun apa yang ingin dikongsikan di sini adalah pelakon Ahmad Nisfu. Siapa yang tidak kenal dengan beliau merupakan seorang pelakon dan pelawak yang berbakat. Banyak sahaja tagline yang digunapakai sehingga hari ini antaranya :
“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”
Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu. Dalam kita mengenang ramai artis-artis veteran terutamanya, mungkin tak semua yang tahu. Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada dipuncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni ini dan terus tenggelam ditelan oleh arus berzaman.
Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee. Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.
Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu ini hanyalah dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.
Hinggalah penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah menghambakan dirinya dalam dunia lakonan. Selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah hilang punca pencarian hidup. Filem Puaka dikatakan filem terakhir lakonan beliau.
Di sinilah Ahmad Nisfu tinggal semasa hayatnya di Kubu Jepun (pillbox)
Disebabkan tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu. Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu telah menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri. Hanyalah teman rapat.- Balbo
Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain.
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!
Selain meluangkan masa disitu, dia sering keseberang jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sop itu terletak dilorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association). Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan lahan sesama sendiri “ura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil gigil menahan ketawa. Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.
Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh dikubu Jepon diJalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah diJalan Nanas off Geylang Serai. Lama juga dia tinggal bersendirian disitu dibawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.
Melayukini.net - Rasa sedih pula apabila mengenangkan nasib allahyarham Ahmad Nisfu yang pengakhiran hidupnya amat menyayat hati. Seorang pelakon dan pelawak berbakat hidup dalam kedaifan. Admin percaya, rata-rata semua baru tahu mengenai riwayat hidupnya. Apa yang menyedihkan lagi, beliau dahulunya adalah hidup sebatang kara. Apa-apapun, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah
Nota Kaki: Sedih pulak aku baca kesudahan Ahmad Nisfu sebelum ajalnya....Sama-samalah kita sedekah Al-fatihah buat arwah....
tak sangka mcm tu jerr kesudahan hidup ahmad nisfu...setiap kali dia ada berlakon dalam citer p ramlee...memang ketawa terbahak bahak...memang ohsem giler...dan sejujurnya saya katakan,hari ni baru tau nama betul dia...@_@
ReplyDeleteBru tau kisah hidup dia sbb x bnyk owg yg citer sal dia kn...mmg x bole lupa lah tagline 2 ^_^
ReplyDeleteksiannya..xtau plak ksudahan hdup bliau mcm tu.
ReplyDeletesedih betul kisah ahmad nifsu ni...
ReplyDeleteAl-fatihah buat arwah...
sedihnya baca cite nih kak... dana tak penah tau lak... betapa artis Zaman dulu lg susah dr masa skrg nih
ReplyDeletekalu kat holiwud nun lagi legend artis tu lagi berharga tapi nengoknya kat negara kita ni....hmmm..sedih.
ReplyDeletesungguh br sekarang sha tau pasal riwayat Ahmad Nisfu
ReplyDeletesedihnya
ReplyDeletedan alfatihah buat arwah
sedih sbb kenapa dia boleh dilupakan dan dibiarkan sampai begitu sahaja kan dik , pelik akk nie huhuh
kesian arwah semasa hidup.. al-fatihah...
ReplyDeletesedihnyer.. kita ingat dia bahagia.. sebab bila berlakon nampak gembira jer..
ReplyDeleteAl-Fatihah..
betul2 mengayat hati..
ReplyDeleteselama ni gelak2 je tgk arwah berlakon dekat tv tak sangka pulak jalan cerita hidup dia macam ni..
semoga roh arwah dicucuri rahmat..
Sedihnya...baru tahu kisahnya..
ReplyDeletePernah juga dengar cerita penyanyi R.Azmi (allayarham) yg juga meninggal dunia sebatang kara tanpa anak isteri, tanpa rumah kepunyaan sendiri. Zaman ini pula masih hidup seorang artis bergelar Datuk yg tinggal menyewa di flet usang dua bilik, tiada pendapatan tetap, cuma mengharap bantuan Jabatan Zakat Wilayah Persekutuan. Berbeza dengan artis baru terutamanya wanita yg hidup dlm kemewahan walau berlakon tak sehebat mana...
ReplyDeleteSedih...baru tahu beliau hidup sebatang kara! Al fatihah..
ReplyDeleteooo macam tu ke... sblm ni xpnh tau kisah hidup dia..
ReplyDeletepe2 pun al fatihah utk arwah..
scene yang selalu ingat..tgk banyak kali pun leh gelak lagi.^__^
ReplyDeletetak sangka orangnya begitu.
slama ni slalu tgk lakonan dia..tp x pnh tau sejarah hdupnya.. kesudahannya..amt myedihkan
ReplyDeletesaya pun baru tahu kisah ni..terima kasih kongsikan bersama...nampak je best kan jadi artis,ingat bila dia berlakon banyak filem,hidupnya mewah,tapi sebaliknya pula berlaku...dulu-dulu tskde persatuan agaknya yang dapat membela nasib artis..kena pula syarikat filem tu kepunyaan cina...apa-apapun kita panjatkan doa buat arwah disana...
ReplyDeleteSori Cik Rose,, terpaksa selit kat sini. Tak boleh masuk borang komen plak.
ReplyDeleteAkk baru tau kisah Ahmad Nisfu yg selalu jd bahan gelak kami adik beradik. Sedih...menggembirakan org ramai tp diri sendiri merana.
Memang sedih... kakak pun baru tahu. Tapi dia memang lawak hingga anak kakak pun kenal dia. Anak kakak panggil Kulub Besar... sebab ada satu lakonan dia pegang watak kulub besar...
ReplyDeletepelakon jalan ampas mmg rata-rata miskin..taukeh shaw brothers yg kayo rayo..duit diaorang hasil jualan filem tak abis makan 7 keturunan..harap artis zaman sekarang ambil teladan
ReplyDeletesedihnya cite dia...pelakon dulu tidak semewah pelakon sekarang...
ReplyDeletebaru bace kat blog miss banu tadi. al fatihah buat arwah.
ReplyDelete