Bismillahirrahmanirrahim....
Entry Last Untuk di kongsi buat You All...
Sajer aku tepek gambar familiku...
Sejak dulu hingga kini saya selalu merasakan orang perempuan lebih banyak berkorban-dalam apa juga-berbanding lelaki.Masih ingatkah sebuah pantun lama: Nasi lemak buah bidara,sayang selasih saya lurutkan;buang emak buang saudara,kerana kekasih saya turutkan.
Percayalah,yang sanggup 'membuang' emak dan saudara biasanya orang perempuan (gadis).Oleh sebab di pujuk pakwe,dan kononnya untuk membuktikan cintanya yang kudus,mulus lagi fulus,gadis sanggup mengikut kekasihnya.
Sejarah membuktikan bahawa wanita mudah termakan pujukan.Sekeras-keras si dara,apabila teruna pandai memujuk,akan lembut juga hatinya.Lebih-lebih lagi jika yang memujk itu adalah lelaki dari spesies kasanova atau keturunan buaya tembaga.
Sebab itu kita selalu membaca berita gadis lari dari rumah.Kerap terjadi setelah di temui semula,gadis berkenaan akan memberitahu keluarga dia lari mengikut kekasihnya.(amit-amit)Lebih malang lagi sekiranya dalam pelarian untuk membuktikan cinta si gadis sanggup melakukan satu lagi pergorbanan: menyerahkan 'kesuntiannya' untuk di nodai oleh kekasih.Demi cintaku padamu,konon!Ini adalah sekadar catatan dan renungan untuk ibu bapa.
Untuk wanita yang dah kawin pulak...Pengorbananmu memang besar.
Sejak janin terbentuk dalam rahim, seorang wanita sudah memulakan satu pengorbanan mulia yang tidak dapat di lakukan oleh mana-mana lelaki pun.Betapa tidak selesanya keadaan sepanjang sembilan bulan mengandung.SElera tiba-tiba mati,tekak loya bukan kepalang untuk minggu pertama.Wek sini Wek sana,Wek pagi,Wek petang sebab tekak loya.Wajahnya pucat sebab terlalu banyak muntah.Seleranya pun bukan-bukan.Hendak makan pulut durian walaupun bukan musim durian,minta di beli jeruk kelubi tengah2 malam buta.
Tetapi fikir punya fikir dia sudah berkorban begitu besar untuk hamil,apakah tanggung jawab lelaki tidak boleh membuat pengorbanan dengan mendapatkan benda-benda pelik yang di idamkan?
Siapa yang sanggup melakukan pengorbanan itu kalau bukan perempuan?
Bayangkan dengan pengorbanan begitu besar pun,masih ada suami yang tidak menghargai isteri.Bagi mereka sebaik selesai melahirkan urusan kelamin hendaklah di laksanakan seperti biasa,secepat mungkin.Kalau boleh tanpa menunggu 40 hari.Apa,dia ingat kilang ke?Sudahlah semasa isteri mengidam suami gagal mendapatkan apa yang di minta,setelah isteri melahirkan suami buat tidak tahu juga.Hanya sehari dua dia memberi perhatian kepada si comel,tetapi tidak mahu berkongsi membelai bayi.
Pengorbanan ibu tidak setakat akan lahir.Sepanjang hayat dia akan berkorban untuk anaknya.Sekiranya anak sakit orang yang sentiasa berada di sisi anak adalah ibu.Ibu yang akan bersengkang mata sepanjang malam untuk merawat anak.Dan siapa yang menghadapi kerenah juga susah payah mendidik anak,kalau bukan seorang ibu.Daripada tapak kaki bayi selebar dua jari hingga membesar menjadi kasut saiz tujuh atau lapan,ibulah yang menjadi pendidik,pembimbing,pakar motivasi.Ibulah segala-galanya.
Pantang anak berasa hendak makan sesuatu,ibu cepat-cepat akan mencari makanan tersebut.Ibu sendiri yang memasak,ibu juga yang menghidangkan.Malah, pada ketika tertentu ibu yang menyuapkan makanan ke mulut anak.Demikianlah pengorbanan seorang wanita sebagai Ibu.
Apa kurangnya pula pengorbanan seorang wanita sebagai isteri.Saya percaya suami yang jujur dan ikhlas akan menilai sendiri betapa 'Khimat' - dalam pelbagai bentuk,tanpa mengira waktu - yang telah di berikan oleh seorang isteri kepada Suami.....
Percayalah kejayaan suami ada kaitan rapat dengan pengorbanan isteri.Pengorbanan itulah yang perlu di hargai!
Nota Pink: Entry nie aku terbaca kat sebuah majalah...terus terasa mau share gan korang...hope korang enjoy membacanya...
09 September 2013
27 comments:
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul tu..pengorbanan ibu tidak ternilai harganya kan :)
ReplyDeletebetul..
ReplyDeletekasih ibu sampai mati
kasih bapa tiada penganti.
kejayaan lelaki sure ada seorang perempuan jadi tulg blkg..xkira la mak ke bni ke kakak ke adik ke..mesti perempuan :)
selalunya la
Assalammualaikum..kak rose...betui tu..pompuan byk berkorban..sbb tu apa pun,sya tetap syg mak sya...:)
ReplyDeleteWanita...
ReplyDeletekerana dirimu begitu berharga. :')
btol 2 kak..tp sy lebih setuju pengorbanan ibu lebih besar =) sbb rasulullah pnh bgthu psal ni..mgkin bab2 lain 2 menunjukkn peredaran zaman sekarang..xbleh nk kata sebb xpnh tgok isu ni dikaji..bab ibu sy skong sgt2 =) besar pengorbanan perempuan bergelar ibu ni..kdg2 renungkn blik pn boleh mgalir air mata..
ReplyDeleteserius sedih baca entry ni.. tersentuh lah pulak.. ada kebenaran kata-kata akak di situ... mulianya seorang ibu berbanding si bapa...
ReplyDeletebetul3 tu kak... tp msh ramai lg lelaki atau suami kt luar tu yg tak menghargai isteri nyer... sampai dipukul terajang...
ReplyDeletePgorbanan wanita mmg besar...
ReplyDeleteXternilai besarnya....
Alangkah bertuahnya kalau ada lelaki yg sanggup susah senang bersamakan....
bila fizi baca entri ini teringat pila pengorbanan mak ummi fizi kat kampung..sedih pula rasa :)
ReplyDeletesalam kenal jugak ye sis.
ReplyDeletememang kita tak boleh nafikan,tak semua lelaki bersikap lepas tangan.ada yang berperikemanusiaan,penyayang,betul2 menghargai kehadiran wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada zuriatnya.
macam apa yang pernah nenek kak lea cakap,orang pompuan ni dari dia dilahirkan hinggalah dah tua bercucu cicit,pengorbanannya tanpa henti :)
sy setuju pendapat akak..perempuan lebih banyak berkorban dari lelaki. last entry? akak nak pegi mana?
ReplyDeletekita perempuan ni kena berkorban hanya pada yg satu iaitu suami. yg kekasih tu macam tak perlu ja. melainkan dia tu confirm2 jodoh kita jd suami kita. tp jodoh kn kita tak tau. tu suma takdir, di bwh kuasa Allah :)
ReplyDeleteuntung jadi wanita...
ReplyDeletemat pagi sis .. entry terakhir? sis nak gi mana?
ReplyDeletetapi apa yang sis sharekan tu memang terjadi di dunia realiti .. memang ada kebenarannya ..
ibuu~ ratu hatikuuu~ =)
ReplyDeletesetuju n3 ni....mmg betol wanita lg banyak perngorbanan...klu x takder lah pepatah wanita yg menghayun buaian mampu menggoncang dunia :-)
ReplyDeletejentik2 nuff kak rose
ReplyDeleteSokong Che Rose.. betulbetulbetul ^_^
ReplyDeleteassalamualaikum rose...sweetnya color purple ...;)
ReplyDeletebtul tu kak.. pengorbanan kite daripada masa gadis sampailah ke ibu memang tidak dinafikan... tp pengorbanan gadis biarlah pada jalan yang benar... lelaki harus menghargai wanita kerana pengorbanan inilah...
ReplyDeletebetul sangat tu kak.. wanita ni memang banyak berkorban.. tak kira la benda yg baik ke buruk ke.. huhu..
ReplyDeletesobsob terasa nak kawen je skrg ni heeee
ReplyDeletebetul sis...kathy setuju..
ReplyDeleteenjoy!
ReplyDeleteharap2 jgn lah Ai jumpa dgn buaya tembaga tu k.Ros..rosakkkk nti dek kena pujukan nya.hehehe
Skang nie falsya tgk rase ketidakselesaan bile ngandung tuh..walaupin xde wek wek tp bile dh ujung2 nie sgtlah xselesa..hurmmmm..
ReplyDeletesbb tu perempuan sgt mudah masok syurga.. tp mudah juga masuk neraka.. wallahualam...
ReplyDeletebetul betul betul....boleh kita tengok kat mak ayah sendiri...abah masha kalu mak takde je mula mencari2....
ReplyDelete