Tadi terbaca kat "Utusan Malaysia" tip kempiskan perut....terus terasa mau share gan korang Almaklumlah badanku makin berlemak-lemak lagi2 kat bahagian perut kikiki
Antara tips mengempiskan perut buncit :
1) Air putih/mineral
- Air putih mampu membuatkan korang berasa kenyang serta meningkatkan kadar metabolisme badan. Oleh itu, jangan lupa untuk minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
2) Senaman
- Senaman juga penting! Lakukan gerakan bangkit tubi kerana ia adalah cara terbaik untuk menguatkan otot abdomen serta bahagian oblique, selain mengurangkan lemak dan mengempiskan perut.
3) Berkebun
- Dipercayai aktiviti berkebun boleh mengurangkan berat badan yang mana ia mampu membakar 350 kalori dalam tempoh sejam.
4) Plank
- Plank adalah gaya dalam pilates dan yoga yang mana bertujuan menguatkan otot utama seperti belakang tubuh dan tangan serta mengempiskan perut. Lakukan senaman ini sebanyak tiga set dengan kiraan 15, 12 dan 10 ulangan atau selama 30 saat untuk mendapatkan kesan yang dimahukan.
5) Buah-buahan
- Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet harian korang kerana kedua-dua makanan itu mempunyai serat yang tinggi. Walaupun korang mengambilnya dalam jumla yang banyak, korang tidak perlu risau tentang pertambahan lemak di bahagian perut.
Sumber : Utusan Malaysia
Nota Pink: Belum habis lagi membalas kunjungan kalian ke sini...Terima kasih kerana sudi komen dan follow sini....Start bulan nie aku nak buat "Top 5 Pengomen" mungkin hujung bulan aku akan kasi hadiah kepada sesiapa yg top 5 pengomen tersebut.
|
bagus semua tips ni.. banyakkan minum air kosong untuk detoks..
ReplyDeletetip no 1 mmg tengah praktiskan, tip2 lain akan dicuba :D
ReplyDeleteTips2 nie kene simpan smp abis pantang..hehehe
ReplyDeleteyeay..saya memang nak sangat tahu cara kempis kat peyut ni..
ReplyDeletetapi 1 & 5 jer kot boleh amalkan.. :P
Uikssss.. kena lah dgn saya yg gigih nak leper perut tp masih lagi kek lapis
ReplyDeletesatu masa dulu saya rajin wat bangkit tubi . yg bestnya wat exercise nih , hampir setiap hari buang najis kat bawah tu ...
ReplyDeleteyg no 1 mmg dok prktis skg..hihi
ReplyDeleteterima ksh atas info..mia suka bab diet
ReplyDeletenice sharing kak... hi hi hi, perut buncit berisi tak boleh nak buat apa, kena tunggu sampai baby deliver....
ReplyDeletefizi selalu berkebun..dan percaya dengan fakta itu..sebab bila berkebun kita bukan saja berbakti kepada tanah..kita juga dapat mengeluarkan peluh dan mencergaskan minda..:)
ReplyDeletenak buat latih tubi tulah. yg paling bercinta
ReplyDeletetips yg baik utk deqla jugak ni...pecaye tak, perot deqla muncit..hahahaha..
ReplyDeletethanks kak sudi share tips ni.
ReplyDeletenak cuba la.. :) hehe..
nk minum air putih tu yg kureng sket. hihi..
ReplyDeleteWah.. bagus tips ni. Boleh diamalkan. Bagus juga utk lelaki yg pregnant tp x beranak2 juga tu kan hehee.. Thanks sharing :)
ReplyDeletedalam banyak2 tips nombor satu je yang selalu buat. tu pon lepas kene paksa minum air masak banyak2. hahaha. nak bersenam aduh malas giler. hihihi
ReplyDeletebgus tups ni, cuma malas je nak buat..huhuhu
ReplyDeleteAkak nak kurus ke?? he3..kemain letak kt label komen 2..nice sharing kak =) smoga akak tercapai ape yg dihajati..
ReplyDeletey penting.mesti minum air kosong byk2
ReplyDeleteperkongsian yang menarik,tq sis
ReplyDeletenice tips..minum air putih tu mmg tiap2 ari dh..senaman jer jrg kihkihkih
ReplyDeletehehe...of course JM try ni...hahaha!
ReplyDeletehaha, bab kempiskan perut ni mama suka... boleh cuba tips akak ni..
ReplyDeleteorang dulu dulu la.. pernah cakap minum air banyak nanti perut buncit.. betul ke kak?
ReplyDelete