19 September 2013

Sinopsis Pendek Cinta Jannah Episode 17 hingga Episode Akhir

Assalamualsikum....Dah lama tak berkunjung ke blog korang...aku busy sikit..sorry sangat2...Insya Allah...aku akan berkunjung blog korang ya....tunggu ya...Sebelum tue layan sinopsis Cinta Jannah...
sinopsis cinta jannah

Cinta Jannah Episode 17
Nur Jannah dan Izaryl bersarapan bersama. Izaryl memberitahu dia akan singgah ke tapak projek dahulu. Nur Jannah memandu menuju ke tempat kerja. Sampai di pejabat dia masuk ke bilik Izaryl dan mengemas meja. Izaryl berbincang dengan pekerjanya mengenai projek perumahan yang di kendalinya. Nur Jannah mengadap komputer menyiapkan laporan. Kamal rakan sepejabatnya mengajak Nur Jannah ke luar makan tengahari. Nur Jannah menolak. Wanda mendekati Nur Jannah dan bertanya apa yang Kamal mahu. Dia juga mengingatkan Nur Jannah untuk melawat Amina. Damia berlari masuk ke biliknya dan muntah. Damia menelefon Eddy untuk berjumpa. Perlahan-lahan dia menyentuh perutnya. Izaryl menegur Nur Jannah dan menyuruh Nur Jannah masuk ke biliknya. Wanda mengusik. Izaryl mengajak Nur Jannah makan tengahari. Nur Jannah menolak kerana sudah berjanji dengan Wanda untuk ke hospital melawat Amina yang sudah bersalin. Izaryl berkeras dan Nur Jannah terpaksa menurut. Damia bertemu dengan teman lelakinya. Damia menyuru..


Cinta Jannah Episode 18
Nur Jannah berjalan di tepi kolam sewaktu hujan renyai-renyai. Dia menyanyi kecil. Izaryl sedang menyiapkan menyiapkan kerja menggunakan laptopnya. Dia memberi amaran supaya berhati-hati. Nur Jannah tersenyum dan terus berjalan sambil menyanyi. Nur Jannah terpijak lantai yang licin dan terjatuh ke dalam kolam. Nur Jannah terkapai-kapai. Izaryl berlari dan terjun ke dalam kolam. Nur Jannah di tarik ke atas. Izaryl marah kerana Nur Jannah tidak mendengar nasihatnya dan bersikap seperti kanak-kanak. Nur Jannah ketakutan dan terketar-ketar kesejukan. Izaryl meminta maaf kerana memarahi Nur Jannah kerana dia tidak ingin kehilangan Nur Jannah. Izaryl menarik Nur Jannah ke dalam pelukan dan Nur Jannah menangis.


Cinta Jannah Episode 19
Nur Jannah memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Izaryl. Di meja makan mereka berbual dan bersembang. Izaryl telah membuka rahsia yang dia tidak pernah merogol Nur Jannah. 


Cinta Jannah Episode 20
Izaryl dan Nur Jannah solat berjemaah. Kemudian Nur Jannah mengaji. Izaryl membimbing Nur Jannah. Izaryl dan Nur Jannah melawat Amina di rumahnya. Izaryl kekok memegang bayi dalam dukungannya. 


Cinta Jannah Episode 21
Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya.


Cinta Jannah Episode 22
Nur Jannah memasak menu yang istimewa untuk Izaryl untuk kali yang terakhir. Air matanya mengalir. Izaryl masih termanung di pejabat. Dia malas mahu pulang ke villa. Izaryl masuk ketika Nur Jannah baru selesai solat. 




Cinta Jannah Episode 23 -
Nur Jannah termenung memikirkan Izaryl . Sufian menegur. Mereka saling bertanya khabar. Abdullah menghampiri dan bersalam dengan Sufian. Mereka berbual. Nur Jannah hanya memerhati mood ayahnya yang sudah berubah.


Cinta Jannah Episode 24 -  (Akhir)
Perut Nur Jannah sakit. Bonda membawa Nur Jannah ke hospital. Izaryl bermimpi. Nur Jannah jatuh ke dalam lubang yang dalam dan meminta tolong. Izaryl hanya melihat. Nur Jannah meminta tolong dan menangis. Izaryl tersedar dan badannya berpeluh. 


Nota Pink: Minggu depan dah nak habis dah...drama nie....Pasti korang akak rindu dengan lakonan mereka berduakan....Sumber Google..

15 comments:

  1. saya x tgk citer ni....
    huhu...x sempat
    nanti nk contact cik rose tlg edit blog

    ReplyDelete
  2. seronok sgt tgok Cinta Jannah....hehe..best! setakat ni baru bebrapa kali terlepas tgok..nasib boleh tgok onnline ;)

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu episod hari ini

    ReplyDelete
  4. tak sabar tgg ending...letih layan citer banyak episod ni

    ReplyDelete
  5. x sempat nk tgk... lagi pun sminggu sekali.. lagi lah kurg nak melayan.. sbb klu dh layan ketagih lak nnt.. :)

    ReplyDelete
  6. hehe..fizi kurang sikit layann cerita cinta..:)

    ReplyDelete
  7. sy tak pernah tgk cerita nih sbb tgk channel lifetime

    ReplyDelete
  8. suka citer ni..tp ada la beberapa episod yg deqla terlps tgk..nk kena tgk blk nmpknya ni.. yup..isnin dpn dah habis.. jap je kan...

    ReplyDelete
  9. tak berkesempatan sgt nak mengikuti cerita ni .. layan gitu² jer...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠