21 September 2013

Di Sebalik Lirik Lagu "Sesat Dalam Rindu" (Damasutra)

Assalamualaikum....

Korang pernah dengar lagu "Sesat Dalam Rindu" Damasutra....ingat waktu sekolah rendah...aku minat betul lagu nie...liriknya memang cukup mendalam...kalau kita hayati betul2...

Ku Resah Mencarimu Dengan Akal,
Dengan bersama Sifat-sifat pinjaman,
Kau Kurasakan Semakin Menjauh,
Tersesatlah Aku Dalam RinduMu,


Ku Satukan Firasat MencariMU,
Dan Ku Terlontar Di Penghujung Alam,
Kau Masih Tidak Dapat Ku Jejaki....,
Betapa Malangnya Nasibku...,

KeranaMu...Kutinggalkan Segalanya.,
Sendiri Aku Terpedaya...,
Punya Akal Dan Firasat Yang Tidak Kemana..,
Hanya Jalan Yang  Sengsara...,

Zahir Musnah Bagi Yang Mimpi,
Zahir Ada Rahsia Mencari...,
Lalu Ku selami Di dalam Diri...,
Di bawa Arus Nafasku..,
Asal Serah Janji Dahulu...,
Mula Hidup Pasti Mula Cinta..,

Engkau Kasih Ada Di sini..,
Engkau Kasih Ada Menanti...,
Engkau Kasih Aku Jua Kasih...,


(Maksud Lagu)
~~Sesat dalam rindu menceritakan tentang seseorang yang mahu mencari Pemilik DIRI yang telah lama ditinggalkannya. Dalam resah, bersama sifat-sifat pinjaman Allah Ta’ala, penulis berusaha untuk mendekati semula DIRI yang kini bagaikan ‘merajuk’, dan semakin menjauh…~~
~~Naluri disatukan, hanya untuk bertemu DIRI. Namun, penulis mendapat habuan yang setimpal dengan perbuatannya apabila dia dibiarkan terlontar sendirian di ‘alam zikir’ DIRI semakin menjauh dan kian sukar dijejaki…~~

~~Kesungguhan dalam mencari diri, membuatkan penulis sanggup meninggalkan segala kenikmatan dan kemewahan dunia. Namun pengorbanan itu terlalu kecil dan tidak memberi apa-apa makna baginya apabila dia perlu menempuh kesengsaraan dalam kerinduan…~~

~~Penulis mengingatkan kepada pendengar yang mahu belajar ‘jalan’ ini agar tidak mendambakan kehebatan dunia sebagai impalannya (sang pemimpi), tetapi mereka sebaliknya perlu tahu ‘rahsia mencari’ Yang Tersembunyi. Hal inilah yang membuatkan penulis kembali membawa dirinya menyelami ke dalam DIRI (muraqabah). Dan saat itu…nafas turun dan naik disusun bersama lafazan zikir. Syaratnya, cuma mengotakan semula ‘janji’ yang dibina kepada DIRI suatu masa dulu… “Hidup di dunia hanya untuk beribadah…” dan bermulalah sebuah percintaan antara manusia dan Penciptanya disaat roh ditiupkan ke dalam jasad.

~~Pada rangkap lagu yang terakhir… merupakan kemuncak sebuah percintaan. Kerinduan yang sekian lama terpendam…telah tercetus…kesesatan menjadi kebenaran hakiki…apabila penulis telah menemui Pemilik Cinta Yang Abadi. Di situlah terlihat olehnya DIRI menanti kehadirannya.

~~ENGKAU KASIH…AKU JUA KASIH…(…RASA RINDU Cinta ALLAH TAALA DI RASA DGN NUR IMAN DLM QALBU KITA.SIAPA  YG BAGI PERASAAN RINDU & KASIH? SETIAP JAWAPAN PERLULAH MENURUT KACAMATA SYARAK & DI NILAI DGN MATAHATI YG TELAH SUCI BERSIH. INSYAALAH SEMOGA KITA TIDAK TERSESAT / TERSALAH FAHAM PERKATAAN ORG2 SUFI.)


SESAT DALAM RINDU_DAMASUTRA


8 comments:

  1. alamak...lupa dah lagu ni mcm mana...kalau baca lirik je mmg xdapat tgkap la..heheh

    kena dgr youtube balik...

    ReplyDelete
  2. tau je lagu ni..hihi.. suka gak dgr..lagu dedulu mmg lagi best dari sekrg kan.. maksudnya pun mendlm.. ;)

    ReplyDelete
  3. Akk minat lagu damasutra ni tp x perasan pulak lagu ni

    ReplyDelete
  4. Lagu seseorang yang sedang berjihad melawan nafsu,ketagihan dll.

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠