19 September 2013

Perbezaan IbuBapa Dulu Dan Sekarang


• Dahulu : kena rotan dengan guru, balik rumah ayah tambah lagi dua kali ganda.
• Sekarang : kena rotan dengan guru, ibu bapa serang cikgu, buat laporan di PPD

• Dahulu : kerja rumah tak siap, ibu bapa bersila tunggu sampai siap.
• Sekarang : kerja rumah tak siap, ibu bapa sibuk tengok AF.

• Dahulu : pergi sekolah jalan kaki, sekolah jauh dari rumah.
• Sekarang : pergi sekolah dihantar naik kereta / bas sekolah

• Dahulu : pergi sekolah tak perlu telefon bimbit.
• Sekarang : video dalam telefon bimbit pun mengalahkan orang dah kahwin.

• Dahulu : belanja sekolah paling tinggi cuma 50 sen. Masih boleh beli sebatang pensel
• Sekarang : ada yang belanja sampai RM5.00. Tapi tak boleh beli pensel sebatang pun.

• Dahulu : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid datang sekolah terketar-ketar.
• Sekarang : kalau kerja cikgu beri tak siap, murid tak kisah pun sebab cikgu tak berani nak denda, parent boleh backup

• Dahulu : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya.
• Sekarang : walaupun ada murid belajar di kelas belakang, tapi belajar nak kena paksa.


Bukan semua tapi segelintir

Kredit Cikgu Bada

22 comments:

  1. Sebab tu anak2 murid sekarang semakin melampau kan

    ReplyDelete
  2. kadang-kadang sally rasa, punca masalah sosial berpunca dr ibubapa jugak kn..?

    ReplyDelete
  3. mmg betul pon..guru ug dahulunya murid kepada ibu bapa dimarah oleh ibu bapa sendiri..sekarang murid yang dh jadi cikgu pon still dimarah ibu bapa pelajar..kesian mereka..hihi :)

    ReplyDelete
  4. memang jauh beza dulu dan sekarang..memang anak2 sekarang terlebih dimanjakan..:)
    *anak sura yg drjh 3 tu pun kalau suruh buat homework bukan main seksa dia nak buat..masa drjh 2 kalau kerja tak siap nangis..skrg kalau tak siap.dia selamba jer..*

    ReplyDelete
  5. betul3.. so kita pilihlah nk jd ibubapa yg mcm mana.. mungkin ada sesetngh situasi mmg berubah sbb beredarnya masa & juga faktor keselamatan skrg x sama mcm dulu. so mmg perlu anak2 dihantar ke sekolah naik kereta oleh ibubapa. bab2 belajar & denda mmg kita perlu ikut cara ibubapa kita didik kita.

    ReplyDelete
  6. a'a mmg lain duli n sekarang
    skang ni ibu bapa siap slhkan cikgu lg

    ReplyDelete
  7. lain zaman lain ceritanya kan..dulu murid sgt hormat guru, klu nak lwn pun belakang2 hehehhe

    mari kita didik anak2 supaya menghormati guru dan org yg lebih tua..semoga Allah permudahkan :)

    ReplyDelete
  8. memang ada perbezaannya kak, dulu dan sekarang dan memeng jauh perbezaan itu...

    ReplyDelete
  9. betul tu kak... zamn kite sekolah rendh dulu.. kene rotan ke kene pukul ngn pembaris... balik umah takde nk ngadu2 tkt kene tambah lg...zmn skrg nih mrh skit pun cikgu naik court heheheh...

    zmn makin berubah tp tak semestinyer semakin canggih tu semakin bagus... kan kak?

    ReplyDelete
  10. jauh bezakan kak ibu bapa skang n dulu...

    ReplyDelete
  11. setuju.... mereka yg dulu bknlah yg sekrg..haha...dulu lain, sekrg lain..

    ReplyDelete
  12. memang bukan semua,tp segelintir.. tapi boleh nampak perbezaannya tu kan.. emm.. ap nak jadilah zaman sekarang ni.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. jauh beza..mungkin sbb ibubapa skrg pun well educated..sama taraf dgn guru,malah lebih dr guru pun ada..sbb tu diorg xboleh kena usik kot..ibubapa dulu2 majoriti biasa2..mak kita pun suri rumah..huhu.. apa2 pun tanya diri sendiri,kalau rasa diri lebih bijak dr cikgu,ajar lah jugak anak2 di rmh..jgn lepas tgn..huhu

    ReplyDelete
  14. mmg ada segelintir anak2 sekarang yg 100% seperti yg dinyatakan..

    ReplyDelete
  15. mmg byk bezakan dulu dengan sekarang...

    haishh...dunia kian berubah..

    ReplyDelete
  16. dulu lain sekarang lain.. hehe..

    ReplyDelete
  17. Zaman dahulu dengan zaman sekarang ni jauh bezanya kan. Entahlah...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠