Siapa yang Belum Kahwin Patut Baca

Author : Cik Rose Cute | 1:58 PM | 14Total Comments |
Wah!!! macam2 sekarang niekan...macam manalah tahun2 yang akan datang...makin lama..makin naik ekonomi hidup dekat negara kita...kos kahwin pun dah mahal...

Golongan belia dinasihati berkahwin segera sebelum April 2015 bagi mengelakkan daripada menanggung kos kenduri perkahwinan yang tinggi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata peningkatan perbelanjaan kenduri perkahwinan dijangka berlaku disebabkan semua urusniaga membabitkan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk kos menyediakan makanan atau katering, menyewa dewan, menyewa khemah dan perkhidmatan jurufoto.



“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.

Rafizi yang juga seorang Akauntan bertauliah dan memiliki pengalaman luas dalam hal ehwal percukaian memberitahu demikian dalam taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Katanya, jika perniagaan katering terbabit enggan mendaftarkan syarikat, maka mereka akan bertindak menaikkan harga perkhidmatan bagi menampung caj GST yang dikenakan pembekal terhadap mereka.

Perkara sama turut berlaku bagi perkhidmatan sewa dewan atau khemah, juru solek, penyediaan pakaian, jurufoto atau jurukamera dan persediaan lain.

“Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.

Sumber


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

14 comments:

  1. Terima kasih dah pasang artikel menarik...

    ReplyDelete
  2. ini baru betul2 menyusahkan urusan nikah kawin

    ReplyDelete
  3. bakal berlumba2lah orang nak kahwin ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus barang naik. Nilai ompuan pun naik sbb maskwin boleh di naikkan sama

      Delete
  4. Nasib baik saya dah kawin dan nasib baik juga saya tak pernah berniat nak kawin lagi, hehehehe....

    ReplyDelete
  5. oh gst...sgt glemer kan penghujung thn hari tu

    ReplyDelete
  6. nampaknya kena kawin cepat ni...hihihi...
    cuma masalahnya xde calon lagi..
    kekekeke

    ReplyDelete
  7. nak kawen pun susah sekarang ni..semua nak kena kira..

    ReplyDelete
  8. http://asmasuhaimi.blogspot.com/

    blogwalkng :)
    Caantik nye blog

    ReplyDelete
  9. mm.. perkahwinan kalo blandaskan Islam sbnr nya mudah.. buat laa ikut kemampuan. jangan nak blebih2.. menambahkn hutang d kmudian hari jaa.. mm.

    ReplyDelete
  10. adeyhh.. smua mahal.. naseb baik dah kawen... hihi

    ReplyDelete
  11. hihihi... kalau nak jimat kena buat ala kadar je la ye.. panggil tuju2 saja... tapi kdg2 biasala jiran2 ni suka mengata.. kenapa buat kenduri kecik2? ahaks... ada famili jenis tak kisah asalkan yg wajib diutamakan.. tapi ada punya famili yang kurang2 panggilan kena 1000 orang, siap le duit kan.. tu kira minimum dah la tu kan... :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠