Punca Bekalan Air Di Selangor Dan KL Terjejas

SHAH ALAM - Suasana gembira cuti umum sempena sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini bertukar menjadi hambar bagi sesetengah penduduk di sini dan Klang berikutan penutupan operasi empat loji rawatan air sejak semalam kerana tumpahan diesel di Sungai Selangor. Penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1),  Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2), Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dan Rantau Panjang semalam dijangka memberi kesan hampir sejuta pengguna atau 57 peratus penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur.
    
Seorang juruwang sebuah restoran ketika ditemui Bernama di sini pagi ini berkata bekalan air sudah mula tiada sejak semalam dan kini restoran berkenaan hanya bergantung kepada air tangki yang tidak diketahui sampai bila boleh bertahan.


bekalan air terjejas di selangor
    
Abdul Mutalib Syed Muhamad berkata ketiadaan air itu juga telah  memberi kesan kepada operasi restoran itu dengan jumlah pelanggan datang untuk bersarapan agak kurang.
Beliau berharap bekalan air dapat dipulihkan seawal yang  mungkin.
Seorang pengusaha kedai dobi di Seksyen 11 di sini yang hanya mahu  dikenali sebagai Chai berkata beliau menyedari bekalan air telah tiada semasa membuka kedai pagi ini.
Beliau berkata beberapa pelanggan yang datang untuk menghantar baju untuk dicuci di kedainya tidak jadi berbuat demikian apabila diberitahu tiada bekalan air.


bekalan air terjejas di selangor
    
"Air tangki yang ada tidak cukup untuk mencuci baju dalam kuantiti  yang banyak.  Kita hanya buat dry-cleaning dan hand-wash untuk hari ini kerana tidak memerlukan banyak air," katanya yang berharap bekalan air dapat dipulihkan segera.
Seorang penduduk Taman Seri Andalas, Klang Roszita Mohd Tauhid berkata bekalan air di kawasan perumahan itu terputus sejak malam tadi.
"Air tiada dari malam tadi dan sejak pukul 4 petang semalam bekalan air mula perlahan. Bekalan air terputus kira-kira pukul 10 malam tadi,"  katanya.
Beliau berharap Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dapat menghantar bekalan air bagi membantu penduduk kerana ada yang mengadakan kenduri kahwin pada hari ini. - Bernama. Gambar sumber Astro Awani & SH


Sumber : sini

♥Like , tweet and g+ peliss ! ♥

14 Doakan Aku Kurus... (◕‿◕):

  1. Assalam.. ketiadaan air ni mmg sgt membebankan.. mudah2an masalah dpt diatasi segera, in shaa Allah.. amin.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah , kat seri kemabangan masih ok lagi ...

    ReplyDelete
  3. patutlah paip tadi bukak kecik jer...huhuhuh...baru tau!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau air takde memang semua kerja pyh nak buatkan kak...

    ReplyDelete
  5. Nasib baik area port klang x terjejas.. andalas tu dah dekat sah, cuak jugak akak sbb almaklum bila x der air...mood ke lau je..

    Lama x singgah dini..

    ReplyDelete
  6. owh..bekalan ai terputus upanya..huhu

    ReplyDelete
  7. Moga masalah ini cepat diambil tindakan dan selesai.

    ReplyDelete
  8. hurmm tu la.. pagi sabtu hari tu akak call tanya umah ada air tak..dia nk dtg mandi.. haha.. umah deqla ada air hari tu.. alhamdulillah la.. ;)

    ReplyDelete
  9. memang seksa kalau air takde.. kesian pada yang buat kenduri kawin tapi air takde.. dugaan sangat... so skrg agak agak dah selesai ke ek?

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠

 
This Template Was Made & Design With Love By Cik Rose Cute. All Right Reserved To Me.