18 August 2013

Cermin Diri Dulu Rita, Kata Zaquan

 Rita

MENGANGGAP kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar melampau dan keterlaluan, pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak tampil membidas pelakon itu di laman Twitter, hari ini.
Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.
“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama…cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.
“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama… mari bersemuka,” kata Zaquan.
Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.
“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.
Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.
“Hati saya sudah lama kosong… kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.
“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi,
Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?
“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.
” Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.
Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?
“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.
Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.
Kes perbicaraan perceraian dan tuntutan mereka belum lagi diputuskan walaupun perbicaraan sudah berlangsung selama dua tahun, tapi ikatan mereka sebagai suami isteri terlebih dulu sudah terlerai. – Sinar Harian Online

Nota Pink: Masing-masing mencari salah masing2...emmmm

13 comments:

  1. kalau tak layak buat suami sapa suruh ko kawen dengan dia?hakhak..dalam hal ni malas masuk campur.biaq depa setel la.huhu

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Kisah diorang ni..mcm terlalu diapi2kan.. sampai mcm takda penghujung.

    ReplyDelete
  3. macam2 la... tiba2 teringat kata2 ustaz kazim... kahwin tanpa restu orang tua tidak akan bahagia

    ReplyDelete
  4. syukurlah... akhirnya status rita dh jelas bukan lg gantung tak bertali...

    cari suami baik yg lebih berpengalaman dan matang walau masih muda... jadikan kisah mereka sebagai pengajaran buat rakan2 yg belum bertemu jodoh...

    mg rita akan bertemu dgn lelaki yg lebih baik...

    secara peribadinya... izan tak suka laa ngan kenyataan bekas ipar rita nih....

    alangkah baiknya hubungan suami isteri tanpa campur tangan org lain...inilah sudahnya... huuhuh

    kesian rita... mg rita akan bertemu kebahagiaan dgn lelaki lain yg layak untuknya...aminn

    ReplyDelete
  5. adehh peninglah tengok mereka nie ...biarlah mereka selesaikan sendiri

    ReplyDelete
  6. Geleng kepala baca.. tergelak bila baca 'lautan api sanggup ku renangi' errm, hati manusia... sedangkan pantai..... xmau sambung :)

    ReplyDelete
  7. hurm.. lumrah.. dulu masa nak kawen smuanya manis..sy suka dia sbb dia tu penyayang la, baik la, pndai hormat org tua la.. mcm2 lagi la.. bila dah tak suka smuanya serba tak kena.. hohoho..

    ReplyDelete
  8. macam2lah kes diorg ni...kes di mesir lain..kes di malaysia lain...haishh...

    ReplyDelete
  9. macam2lah kes diorg ni...kes di mesir lain..kes di malaysia lain...haishh...

    ReplyDelete
  10. Penat tgk kes rita n aidil..xsetel2

    ReplyDelete
  11. mls nk cmpur hal rmh tgga diorg.. hhu.. biasa dh artis Malaysia... huhu

    ReplyDelete
  12. kesian tgk rita dgn ank2 yg masih kecil tu,kawen ngan laki jauh lbh muda cmtu lah agaknye...

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠