01 August 2013

Biodata Wardina Safiyyah

Aku paling suka dengan Wardina Safiyyah,walaupun waktu remaja dulu Wardina Safiyyah seorang yang agak sosial...pernah jugak di gosipkan dengan Yusry KRU...tapi itu dulu....Setiap manusia ada sejarah waktu remaja....betul tak....Kalau you all nak singgah dan baca laman webnya klik SINI

 https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/p480x480/969232_622729217751422_1925839995_n.jpg

Wardina adalah antara selebriti popular terkenal Malaysia. Wajahnya dikenali ramai, personalitinya cukup disenangi. Wardina dikenali dan sinonim dengan imej seorang ibu yang prihatin dan sering menjadi ikutan ramai remaja wanita dan ibu muda. Di sebalik kelembutannya, Wardina juga dikenali sebagai seorang lantang dan tegas bersuara. Wardina tidak gentar dalam membicarakan apa yang benar. Beliau merupakan seorang bekas pelakon, dan kini bertugas sebagai seorang pengacara rancangan bual bicara pagi popular di TV3 Malaysia Hari Ini.
Wardina kini mencuba nasib sebagai penulis dan jualan 2 buah buku beliau pernah dicatatkan di tangga pertama jualan paling laris MPH. Wardina sedar akan kepentingan menuntut ilmu, kerana ilmu itu sesuatu yang amat tinggi nilainya. Oleh sebab itu, Wardina mengambil keputusan untuk menyambung pengajian dan kini sekali lagi beliau bergelar seorang pelajar dalam jurusan psikologi. Namun, menurut Wardina kerjaya tetap yang sebenarnya adalah sebagai seorang ibu kepada 3 orang cahaya mata.
Wardina bermula beraksi di hadapan kamera seawal umur 6 tahun dan pengalaman kerja membawanya mengembara ke Hong Kong, Indonesia, dan Australia. Di kemuncak popularitinya Wardina mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk memakai hijab. Walaupun ramai yang menganggap kerjayanya akan terkubur namun sebaliknya berlaku.
Kini Wardina bergiat aktif menyertai pelbagai program kemasyarakatan bersama NGO, badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk bersama-sama berganding bahu, bersama sesiapa sahaja bagi mengajak masyarakat mengubah diri dan pemikiran kepada perkara-perkara yang positif dan baik. Wardina juga gemar menghabiskan masanya menyertai program-program ilmu dan agama secara tidak formal untuk memantapkan diri sebagai seorang Muslim. Antara falsafah hidup Wardina - “Untuk berjaya di dunia kita memerlukan ilmu, untuk berjaya di akhirat juga kita memerlukan ilmu, untuk berjaya dunia akhirat kita amat memerlukan ilmu”.


Nota Pink: Sewaktu dulu aku amat meminatinya...aku suka cara dia bercakap lagi2 dalam sitcom "Spanar Jaya" you all ingat tak? hihihi

17 comments:

  1. suka jugak dengan wardina nie...memang nampak tegas bila berbicara dalam apa jua aspek,,

    ReplyDelete
  2. peminat wardina jgk .. biasalah manusia kan berubah mengikut usianya..

    ReplyDelete
  3. sya pon minat die...die cantik...:)

    ReplyDelete
  4. suke dgn wardina ..

    dik ! akk doakan kurus cepat2 .. jom herbalife ! ;)

    ReplyDelete
  5. itulah mkin mrah rzki dia skrg.alhamdulillah ;-)

    ReplyDelete
  6. sy masih simpan lg cover dia ms jd dewi remaja dulu..

    ReplyDelete
  7. dulu dia mmg seksi kan..sosial jugak.. tp alhamdulillah dia kini muslimah sejati..suka jugak tgk penampilan dan cara dia.. yup, ingt lagi lakonan dia dlm spanar jaya tu.. ;)

    ReplyDelete
  8. ita pun suke tengok dia comel je kan

    ReplyDelete
  9. suka dia juga... mmg suka sgt tgk dia.. manis jer.. comel cute.. hehehe

    ReplyDelete
  10. dulu selalu layan spanar jaya jugak. best hee dgn mat rocknya

    ReplyDelete
  11. admire dengan dye ni....yup!~ spanar jaya...hehe...jadi minah spanar....

    ReplyDelete
  12. alhamdulilah perubahan ckit3 kan..sy x th bila..moga di bukak kan hati sy

    ReplyDelete
  13. aiza minat wardina sejak dia jadi dewi remaja dulu lagi.. lepas dia bertudung lagi bertambah suka..

    ReplyDelete
  14. wardina salah seorg artis yg istiqomah dalam perubahannya...

    ReplyDelete
  15. cantik sangat Wardina ni. Tambah2 lagi bila lepas dia bertudung :)

    ReplyDelete
  16. Salam K.CR

    cma cukup kagum dgn dia.. blh dikategorikan salah seorg icon muslimah & ibu..

    selamat berjaya utk wardina :)

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠