Aku sebenarnya dah lama tak kena bisul,kecik2 dulu pernahlah...dalam sebulan lebihlah...bisul nie ada kat dada aku...memang sakit giler...kadang2 tue bila pakai pakaian dalam wanita terkena kat bisul aku tue memang sakit,sabar jerlah...mungkin Allah beri aku sakit untuk mengingatiNya.
Sekarang bisul tue dah pecah,rasa lega sikit.Operasi picit memicit bisul pulak untuk keluarkan nanah kat dalam bisul tue,sakit giler bila picit sabar jerlah huhuhu
Bisul
BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada
kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau
parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia
kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan.
Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah,
membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah
mengalir keluar. Dalam masa 24 jam, ketulan merah ini akan berisi nanah.
Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari,
kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih
kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua
minggu.
Punca-Punca
Bisul selalunya terjadi apabila saluran di mana rambut tumbuh dijangkiti
bakteria stafilokokus aureus. Bisul boleh timbul di mana-mana bahagian
tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha –
kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel.
Bisul tahap 'Dewa' boleh menyebabkan demam panas dan juga tidak boleh
berjalan.
Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Perubatan
Pesakit dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di bahagian muka atau jika mempunyai:
- Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan (Di mana-mana tempat)
- Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
- Bisul yang kerap timbul (Tidak sembuh dalam masa 4 minggu)
- Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
- Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.
Rawatan
Rawatan Sendiri.
Untuk mempercepatkan pemulihan bisul, Pesakit hendaklah memicit bisul
untuk mengeluarkan nanah yang terdapat di dalamnya 'dengan syarat', luka
daripada bisul tersebut hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya 3-4
kali sehari. Biasanya, doktor akan menasihati orang ramai supaya tidak
memecahkan bisul, namun kalau datang ke klinik atau hospital, doktor
sendiri akan tolong pecahkan bisul tersebut?? terpulang kepada individu
untuk pilih yang mana satu.
Rawatan Klinik
Sekiranya seorang pesakit bisul datang ke klinik untuk rawatan, doktor
biasanya akan bertanya tentang tahap kebersihan pesakit. Penyakit bisul
biasanya terjadi akibat daripada gaya hidup ataupun ruang rumah / tempat
beristirehat / Bilik tidur tidak bersih.
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau
karbunkel dengan membuat torehan kecil di hujungnya. Ini akan
mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu
mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara
keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril
agar nanah boleh terus dikeluarkan.
Pencegahan
Sebelum Bisul Melanda
- Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.
- Elakkan memakai pakaian yang ketat. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.
- Untuk mencegah dari ditumbuhi bisul, banyakkan memakan makanan yang membersihkan darah seperti karot, tomato, sayuran hijau, buah-buahan serta makanan yang mengandungi vitamin C. Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.
Tip Penjagaan Sendiri
- Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram / yang mempunyai antiseptik (Dettol) ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
- Basuh perlahan-lahan bisul anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Kemudian, sapukan antiseptik di sekeliling bisul sebelum dibalut dengan pembalut.
- Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang disyaki telah boleh menyebabkan bisul merebak.
Rawatan Cara Tradisional
Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan
sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, kapur
akan mempercepatkan proses untuk bisul menjadii matang dan kering dengan
sendirinya. <-- ini cara yang paling Power.. 2-3 hari boleh sembuh pecah sendiri nanah tu. Penyembuhan luka terpulang kepada cara penjagaan.
sakit uh kalau kena bisul huhu
ReplyDelete..pernah kena bisul waktu kecik dulu..kat hidung..sakit gilerr..huhuhu..
ReplyDeletea'ah, memang sakit kalau terkena bisul ni. haritu dah terkena dekat kaki untuk the first time.. uuu sakit bila nak duduk tahiyat and duduk antara dua sujud. skrg dah baik tinggallah parut.. :'(
ReplyDeletemmg sakit kalau kene bisul..tp kalau kne bisul mmg xsanggup nk g klinik..
ReplyDeletesakit tu kak..hope cpt sembuh
ReplyDeleteSy pn lama xkne bisul..last kne mse skola rndah..tp incik hubby sy de jgak kne..yg jd mgsa tukg picit bisul sy la...hahaha
ReplyDeletegerunnya tengok pict. cepat sembuh kak..
ReplyDeletetu bisul kak, yang ni jerawat penuh belakang badan... acaner tu nak dirawat?.. hihi
ReplyDeleteish.. tgk gmbr tu pun dah terok nmpknya.. apa lagi bila akk ckp lagi besar dari tu.. dah la kat dada pulak tu.. sabar ye kak.. moga cpt sembuh..
ReplyDeletebisul ni, mmg kena picitkan...
ReplyDeletepicit sampai keluar punat bisul tu...
baru lega..
kalau tak sakit jee