Drama "Setia Hujung Nyawa" Kembali Sempena Raya

Author : Cik Rose Cute | 4:12 PM | 17Total Comments |
Nampaknya drama yang pernah mencetus fenomena di kalangan peminat hiburan, Setia Hujung Nyawa akan kembali dengan kisah baru dalam telefilem berjudul Setia Hujung Nyawa Raya.
Telefiem yang menampilkan semula lakonan mantap Amar Asyraf, Nelydia Senrose dan Shah Iskandar ini akan mengisahkan tentang pasangan muda yang baru berkahwin, El dan Zain.
El sedang sarat mengandung cenderung untuk lebih sensitif dan mudah tersinggung. Malah sikap El juga menjadi semakin pemalas, Namun Zain hanya mampu bersabar biarpun dilayan seperti bibik.
Sudah seminggu Ramadan berlalu dan El hanya tidur sahaja, pelbagai cara Zain cuba memujuk El untuk aktif namun tidak berjaya. Selepas ibu bapa El dan Zain pergi menunaikan Umrah, Zain mengambil keputusan balik ke kampungnya. Dan krisis pun bermula.
Ketika berada di kampung, hubungan El dan Zain mula goyah setelah sepupu Zain, Maisarah muncul dalam kehidupan mereka. Zain sememangnya menyenangi perangai Maisarah yang kelakar sehingga membuatkan El cemburu dan mengurung diri di dalam bilik.
Jangan ketinggalan menyaksikan Setia Hujung Nyawa Raya pada malam pertama Raya, pukul 9.15 malam hanya di TV3.

Jom! layan Gambar aksi mesra mereka di bawah...




hihihi sweetnya...


Tenung Isteri tengah tidur...

Anzalna memegang watak sebagai "Maisara" Shah Iskandar  memegang watak sebagai "Syawal"



 Mereka berdua berlakon untuk memeriahkan lagi Tele movie "Setia Hujung Nyawa"


Zain Sentiasa Memenuhi permintaan Isterinya membuat buku skrap pelakon Korea Lee Min Hoo


Zain sentiasa menolong isterinya di dapur...


Nota Pink: Tak sabar nak tengok...Tapi ada kesempatan ke nak tengok...yalah sibuk raya ....sudahnya layan kat youtube kikiki


Nak Tempah edit blog Comel Dan kemas dengan harga murah Tekan Sini Tau..ツ

17 comments:

  1. ini adalah antara rancangan yang ditunggu untuk raya ni...muahahhaa...sah sah kalau orang datang pun masih lagut duk tengok tv ni...ekekekeke...

    ReplyDelete
  2. Jangan pulak ada yang terlepas peluang nak tengok nanti.

    ReplyDelete
  3. tq kak =)http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/08/simple-giveaway-by-ayza-hidayah.html

    selamat hari raya kak.

    ReplyDelete
  4. tak sabar nya nak tengok citer ni nnt..

    ReplyDelete
  5. As salam.. :)

    uwaa.. tak sabar rasanya nak tengok kan.. malam pertama raya ye? harap2 ada masa nak tengok nnt.. ;D

    Opps.. salam perkenalan dp saya. Hati-hati di jalan raya & Selamat Hari Raya.. ;)

    ReplyDelete
  6. tulah kak. entah sempat ke tak nk tgk tv ni. hahaha.

    ReplyDelete
  7. wahh siap ada sambungan sempena raya ye.. mesti ramai yg tgk ni.. mcm menarik..

    ReplyDelete
  8. ntah smpt tgk ke tak nanti..

    huhuhu..

    slmt hari raya kak..

    ReplyDelete
  9. ade gambar ea..tak dpat tgok lak...eh ni mesti nak tonton ni nanti...;)

    ReplyDelete
  10. haa x sempat tgk.. kita record la.. blh tgk ulang2 kali... ;)

    ReplyDelete
  11. pakat semua org melekat depan tv lahkan....

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠