11 March 2014

Kapten Norudin : Di Mana Sains Berakhir di Situ Kuasa Allah Bermula

Kapten Norudin  memberikan penerangan yang menginsafkan semasa diwawancara di Tv3 hingga ramai orang tidak menyangka dan terpegun dengan penerangan dan pandangan beliau. Sejauh mana kecanggihan teknologi dan kepakaran manusia, manusia jangan angkuh dan perlu  kembali kepada penciptanya. Beliau adalah bekas Ketua Pilot B777  dan sekarang di lantik menjadi pilot peribadi Perdana Menteri Malaysia. Orang yang membuat ujian penerbangan ketika pertama kali B777 dibawa ke Malaysia. Beliau dan Kapten Zaharie pilot yang menerbangkan pesawat MH370 adalah rakan baik.
Kapten Norudin Abd Majid  sedang keluar berdakwah selama 40 hari bersama dengan Jemaah Tabligh,kemudian beliau di panggil oleh TV3 untuk berkongsi pandangan peribadi beliau berkaitan dengan kehilangan MH370 dan teman rapatnya kapten Zahrie Ahmad Shah PilotMH370 (bergambar dengan Kapten Nurudin adalah sahabat baik beliau, bahkan Kapten Zahrie pernah mengambil bahagian dalam kegiatan Jemaah Tabligh hasil ajakan Kapten Nurudin sendiri).Kapten Zahrie juga di laporkan pernah menziarahi Syeikhul Hadith Maulana Abd Hamid di Madrasah Miftahul Ulum,Sri Petaling dan beliau ada meluahkan keinginan beliau untuk membantu menyumbang ke atas pembangunan madrasah.
Norudin rapat dengan Zaharie
Semasa mula bertugas dengan Mas, Kapten Zaharie pernah tinggal bersama dengan Kapten Norudin, secara peribadi , Norudin sangat mengenali Zaharie dan keluarganya.  Norudin menyifatkan Zaharie sangat berdedikasi, bertanggungjawab, sangat meminati penerbangan, terlibat dengan R & D B777.
gambar dari facebook
Kapten Norudin di MHI
Beliau mengikuti kegiatan Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi.Anak-anak lelaki dan perempuan beliau di hantar belajar agama di Madrasah Alimah di South Afrika dan juga di Madrasah Miftahul Ulum,Sri petaling.

“Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.”
“Allah nak ingatkan kita bahawa dunia ini bukan milik kita. Dia yang menciptakan sains dan dia berkuasa ke atasnya. Allah berkuasa meletakkan manusia di mana sahaja.”
di mana sains berakhir di situ kuasa Allah bermula”
-Kapten Norudin

12 comments:

  1. sgt merendah diri kapten nih... bagus

    ReplyDelete
  2. Falsya pun terkesu n kagum ngan setiap ayat yg keluar dr mulut die..

    ReplyDelete
  3. doakan semua selamat. amin...

    ReplyDelete
  4. sesungguhNya Allah lebih mengetahui apa yang direncanakan..smg mereka dipermudahkan Allah dlm mbuat pncarian MH370. Ameen

    ReplyDelete
  5. ALLAH MAHA BERKUASA ATAS SEGALANYA

    ReplyDelete
  6. bile dengar die bercakap mmg sangat terpegun.. setiap kata kata dia ada betul jugak.. apepun kita hanya mendoa.. Allah yang Maha Mengetahui kan.. kak, cantiklah blog akak.. happy besday tau..

    ReplyDelete
  7. Hye, I'm a new blogger :) Salam perkenalan, Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  8. lama tak singgah sini..moga MH370 cepat2 ditemui dengan selamat~

    ReplyDelete
  9. Solehah ske sgt gaya juruterbang ni cakap. Inilah ciri-ciri orang yang bijak.

    ReplyDelete
  10. Mmg tepat sekali kata2nya.. Pnuh maksud yg mndlm..

    ReplyDelete
  11. Mmg tepat sekali kata2nya.. Pnuh maksud yg mndlm..

    ReplyDelete
  12. Subhanallah...Kapten Norudin nih memg merendah diri

    ReplyDelete

●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
terima kasih kerana korang Ikhlas Memberi Komen...Lambat Atau Cepat...Cik Rose Akan terjah blog Korang...
Semoga kita sama - sama ikhlas berkawan di alam maya Bersama mahabbah cintaNYA
●▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬●
"⎝⓿⏝⓿⎠JAZAKUMULLAH"⎝⓿⏝⓿⎠